Hari esok, aku bakal tinggalkan bumi empat musim ini. Empat tahun aku bertungkus lumus untuk mendapatkan kejayaan yang tidak seberapa ini.Jadi, berbaki beberapa jam lagi ini, aku dengan rakanku dua orang bercadang untuk keluar bersama.
Iyalah, nanti entah bila dapat jumpa lagi. Walaupun mereka belum habis lagi, tapi demi aku mereka sanggup. Sob sob. Terharu.
"Kira, nak pergi mana kita ni? " Soalku. Entah manalah dia nak seludup aku ni.
"*Bada!!!" Jerit Syakira teruja.
Alahai, semangat betul!
"Busan ke? " Soalku lagi.
"Yup. Busan. Laut kat sana cun. Banyak burung merpati. " Terang Syakira teruja. Raihana pula sibuk dengan telefonnya. Main game lah tu.
"Tahu. Terima kasihlah sudi keluar dengan aku walaupun korang sibuk. " Kataku. Terharu jugalah sikit.
"Eh, tak apa. Demi kau. Kami sanggup. Kan Rai kan? "
Raihana diam tidak menjawab. Matanya tumpu pada telefon bimbit. Tanggan dia pula laju menekan skrin. Dan tiba-tiba 'Maniac'!!!
Huh, sahlah tu bermobile lagend. Sampai kawan sendiri pun dah tak pandang. Hello Rai, esok aku dah tak ada tau!
"Hah, eloklah tu. Orang dok bersembang kau tak habis-habis dengan mobile lagend kau tu. Mainlah sampai tua. Nanti susah cari si Alpha, Zilong, Miya kau tu. Jangan cari aku. " Kata Syakira berjauh hati.
Aku hanya gelak. Tapi Raihana masih teruskan permainannya. Peperangan belum berakhir kata Raihana. Huh, peranglah. Perang sampai petang dunia ketiga!
Dalam beberapa jam, kami sampai di Busan. Wahhhh.. Depan aku kini terhidang permandangan pantai yang cantik. Subhanallah!
"Woah, *jinjja yebbueda! " Teriakku riang. Betul kata Syakira, terdapat banyak burung merpati ditepi pantai.
"Syakira, *Sajin hanbeon jigeojuseyo! " Pintaku.
"*Nei! "
Kamera DSLR aku bertukar tangan. Memandangkan banyak burung merpati didaratan,aku kejar mereka supaya mereka beterbangan.
Dan Syakira fokus pada gambar yang ingin dimemorikan.
Aku tergelak. Kesian burung-burung tu. Kena kacau dengan manusia. Tak aman hidup dia!
Namun burung-burung itu aku bagi upah. Makanan burung yang aku beli tadi aku tebarkan di pasir pantai. Dan tidak lama itu, burung kembali berkerumun.
"Meh tengok gambar yang kau ambil. " Kamera itu bertukar tangan.
"*Yebbue, *unyebbue? " Soal Syakira dengan bangga. Nak orang puji gambar dialah tu.
Jujurlah, memang cantik. Aku tengah berlari dan burung-burung itu sedang berusaha melarikan diri. Perfect! Dan gambar aku bagi burung-burung itu makan. Wahh, cun ah!
"Syakirakan.. Mestilah Yebbue! " Pujiku.
Syakira mula berbangga dengan hasil tangkapannya. Itulah manusia, puji sikit dah riak.
Aku nampak Raihana berlari kearah kami. Ini lagi seorang, katanya perut taknak bagi kerjasama. Merengat dari tadi. Nasib baik sempat masuk tandas. Kalau tak, jadi sejarah terberak dalam seluar. Hahaha
"*Neo gwenchana? *Ni bae geureohge apeunya? " Tanyaku. Kesian pulak tengok muka si Raihana ni. Dengan bau minyak angin semerbaknya.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...