"Dhiyyan, aku... ""Maaf-maaf. Auntie lambat pulak. Tadi singgah kedai tudung kejap. " Sampuk auntie Rina yang baru sampai.
Well, perempuan dengan tudung susah nak serasi. Itu yang asyik nak membeli baru aje kerjanya.
"Eh, it's okey. Kami pun ingat nak minta diri dulu. Dah lewat. Si Hanna ni sibuk nak balik. Mak bising katanya nanti. " Ujar aku kepada auntie Rina. Dia hanya mengangguk faham.
"Jomlah kita gerak sekali. "
Aku menganggukkan kepala. Segala barang aku angkat bersama Hanna.
"Thanks auntie sebab belanja. " Ujarku semasa jalan. Langkahku seiring dengan auntie Rina.
"Eh, apa pulak. Tu yang depan tu yang belanja. Kita tukang makan aje. "
Aku tertawa mendengar jawapan auntie. Entah ikhlas ke taklah dia belanja aku dengan Hanna tu.
"Kejap Dhi nak cakap thanks dekat dia. "
Aku berjalan laju untuk seiring dengan Mamat bisu tu.
"Qif, thanks sebab belanja saya dengan Hanna tadi. " Ucapku. Namun hampa, dia tak membalas. Hanya menganggukkan kepala sahaja. Alah, nak dengar suara. Entah bila lagi dapat jumpa.
"Err, tadi awak nak cakap apa dekat saya? " Soalku. Ya, seingat aku dia nak katakan sesuatu tetapi tiba-tiba auntie Rina datang pula.
"Nothing! "
Eeee, woi bisu, kau tahu tak aku nak dengar suara kau! Apa dalam mulut kau tu penuh dengan emas? Batu berlian? Permata?
"Fine! "
Penat betul nak bercakap dengan dia ni. Dia tak tahu ke aku ni macam ada hati dekat dia.
Eh kejap, aku baru mengaku yang aku ada hati dekat dia? Rileks Dhi. You just know he for 2 days! Dah boleh kata suka?
Alah, apa salahnya kan? Apa orang kata, cinta pandang pertama gitu.
"Auntie, kami balik dulu. " Aku salam tangan tua itu dan berlalu pergi.
Mungkin kalau ada jodoh jumpa lagi Thaqif.
****
Beg tangan LV yang baru dibeli itu dilempar puan Adilah. Marah betul dengan perangai anak perempuannya. Entah mana dia dapat duit nak beli beg mahal -mahal macam ni.
"Aku tanya kau lagi sekali Hanna, mana kau dapat duit beli barang-barang ni semua?! Kau jual maruah kau dekat jantan mana pulak kali ni?! Kau jangan ingat aku bodoh tak kenal barang mahal ke murah!! "
Tengkingan maknya membuat mata Hanna berair. Dia tahu mesti ini akan terjadi. Beg yang dibeli Dhiyyan itu di ambil.
"Hanna ada duit lebih mak. Itulah Hanna belikan untuk mak. Haritukan mak kata mak nak beli beg baru. " Pujuk Hanna.
"Eh, kau jangan nak menipulah! Apa baik sangat bos kau tu sampai nak bagi kau duit banyak macam ni? Kau kerja 10 tahun pun belum tentu dapat beli tahu!? Sekarang kau cakap dengan aku. Jantan mana yang kau menyundal?! " Puan Adilah menarik kuat rambut panjang Hanna.
Rasa nak tercabut rambut itu dari kulit kepalanya. Namun nak melawan memang tak mampu. Itu maknya. Nanti jatuh derkaha pula.
"Tak mak. Hanna tak buat benda terkutuk tu. "
Saat itu, nak sahaja dia beritahu apa yang anak lelaki puan Adilah buat kepada adiknya sendiri.
Pipi Hanna ditampar kuat sehingga cecair merah mengalir dihujung bibir munggil Hanna. Hanna memejamkan matanya mengawal kesakitan. Air mata yang sedari tadi mengalir tidak mampu dihentikan.
Badan Hanna ditolak kuat hingga jatuh dimamah lantai. Tidak cukup dengan itu, kepala Hanna ditujal kuat bersama bebelan yang Hanna tak mampu hadam. Dia tahu emaknya pasti malu. Mungkin bagi mak, dia sudah menconteng arang walaupun tidak sebenarnya.
Tapi ini bukan salah emaknya. Oleh sebab jiran sibuk nak menjaga tepi kain Hanna, Puan Adilah malu. Jiran sibuk berkata yang anaknya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang kaya.
Kerana itu, Hanna yang tidak bersalah menjadi mangsa pukulannya.
Badan Hanna dicubit kuat. Sana sini terasa sengalnya.
"Hanna minta maaf mak. Hanna minta maaf. " Berulang kali Hanna meminta ampun namun belas sudah tiada. Hanya kemarahan yang berkemuncak.
Hanna rasa sudah tidak tahan. Pipinya yang dipukul berkali-kali itu sudah terasa kebas. Matanya juga seakan kuyu. Otak tak mampu nak berfikir saat ini.
"Adilah, apa kau buat ni?! " Sampuk Encik Yusuf di hadapan pintu.
Hanna pandang ayahnya. Hanna tahu, sejahat-jahat encik Yusuf, dia tidak akan biarkan Hanna dipukul teruk.
"Kau nak Hanna mati ke apa?! " Encik Yusuf menarik Hanna ke tepi.
"Yang abang nak bela sangat perempuan ni kenapa?! Abang tahu tak yang sekarang ni jiran sibuk bercakap pasal Hanna ni ada hubungan dengan anak orang kaya. Harini tiba-tiba dia bawak beg mahal. Baju mahal.
Saya tahulah tak ada siapa nak dekat Hanna ni. Sah-sah dia jual badan dekat luar sana tu! " Kemarahan puan Adilah tidak dapat dihapuskan.
"Tak mak. Hanna tak buat! "
Puas dia merayu namun tak berhasil. Bukan Hanna tak kenal dengan si pembawa mulut itu. Jiran sebelah rumah merangkap teman baik mak, makcik Gayah.
Memang mulut bawang makcik Gayah itu. Pantang tengok orang senang, ada aje nak difitnahnya.
"Kau ingat aku percaya ke?! " Suara puan Adilah masih lagi meninggi.
Hanna tahu dia salah. Dia pernah keluar dengan Dinie. Mungkin ada yang nampak. Iyalah, besar mana aje pun bumi ni.
"Sudahlah. Yang kau nak bising-bising kenapa?! Hidup dia. " Encik Yusuf menyebelahi Hanna kali ini.
Dia tak ambil kisah bukan bermaksud dia akan biarkan Hanna dipukul teruk sebegitu. Baginya, biarlah budak Hanna tu nak buat apa. Apa dia kesah? Hidup Hanna, bukan hidup dia.
"Eloklah, biarkan anak awak ni conteng arang dekat muka saya. Eh, malu tahu saya nak tunjuk muka. "
Hanna hanya mendengar bebelan Puan Adilah. Entah apalah yang disantau makcik Gayah tu sampai maknya percaya bulat-bulat.
"Eh, kau ingat ya Dilah, dia ni manusia. Anak kau! " Suara Encik Yusuf juga sudah naik selari dengan suara isterinya.
Tercabar juga ego lelakinya bila isteri naik suara. Ikut hati dah lama dia melempang wanita itu. Namun kerana sayang, ditahannya sahaja. Kekerasan bukan boleh menyelesaikan masalah.
"Anak? " Sengihan puan Adilah buat Hanna kecewa.
Kenapa langsung tiada kasih sayang yang dipamerkan oleh maknya itu?
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...