Dhiyyan duduk memandang tasik. Sunyi. Dia seakan ada kehilangan sesuatu apabila memandang tasik indah itu."Hey you! " Tegur satu suara.
Dhiyyan berpaling.
"Buat apa sorang-sorang dekat sini? " Lelaki itu ambil tempatnya di sebelah Dhiyyan.
"Saja. Buat apa yang patut. " Balas Dhiyyan.
"I see. Ingat I tak ni? Ke dah padam I dalam memori you? " Dia senyum menyenget.
"Fir! Saya ingatlah! "
Dhiyyan agak menyampah dengan senyuman Firdaus.
"Yaa.. Ingat rupanya. Rindu I tak? "
Ya Rabbi, kenapa dengan perangai Mamat ni? Nak kena benam dalam tasik ni ke macam mana?
"Tak pun. " Dhiyyan menjawab selamba. Firdaus gelak. Muka tak bersalah wanita itu mencuit hatinya.
"Seriously? Actually I rindu sangat dekat you tau! "
"Oh.. "
Firdaus memandang pelik. Kalau perempuan lain, memang dah menggedik dengan dia.
"Oh je? Say you miss me to darling! "
Dhiyyan rimas. Akhirnya dia bangun untuk pulang. Kesian pula pada drivernya. Tunggu lama.
"Nak pergi mana? "
"Baliklah. Takkan nak betapa dekat tasik ni pulak? "
"Haish.. Dari betapa dekat tasik baik you betapa dalam hati I. "
Ayat itu buat Dhiyyan bertambah nak muntah. Hati entah macam mana ada hati nak suruh kita betapa pulak.
Dhiyyan hanya berjalan tidak menghiraukan Firdaus.
"You, I dah minta nombor you dekat maklong. Tunggu I call ya malam ni. " Sakat Firdaus. Dia tergelak dengan perangai Dhiyyan.
"Ish, boleh dia selamba je dengan aku. Jual mahal! "
****
"Mama, perangai Firdaus memang suka kacau orang ye? " Soal Dhiyyan."Kenapa Di tanya macam tu? "
"Tak, siang tadi Dhi jumpa dia dekat tasik.. Gaya dia macam dah kenal Dhi 10 tahun.. " Terangnya. Masih teringat perangai sepupu angkatnya itu. Sepupu angkat? Macam kelakar je Dhiyyan hoi..
"Dia memang macam tu. Happy go lucky je perangai dia. Tak kesah orang! "
"Hmm.. Tapi ma, awat ma bagi nombor Dhi dekat dia. Ma.. Nanti malaun tu kacau Dhi macam mana? " Adu Dhiyyan. Bukan boleh percaya sangat dengan Firdaus tu. Bak kata Dayyan, buaya tegar dia tu.
"Dia dok merayu minta. Alah, apa salahnya. Dia pun macam dah berkenan dengan Dhi. "
"Ish mama ni, baru berapa kali Dhi jumpa dia. Tak mahulah! Dayyan kata dekat Dhi, Fir tu buaya darat! "
"Ada aja si Dayyan tu. Ni Dhi, mama pergi supermarket kejap dengan bik Yam. Dhi nak ikut? " Tanya Datin Uzaina.
"Boleh tak kalau Dhi tak ikut? " Dhiyyan serba salah. Bukan dia tidak mahu menemankan mamanya, namun kepalanya sedikit berat sejak malam semalam.
"Haish Dhi ni, bukan mama paksa pun. Tak apalah kalau taknak pergi. Mama siap dulu ya. " Datin Uzaina mengambil langkah untuk beredar.
"Mama tak marah? " Dhiyya serba salah. Nanti apa pula kata mamanya.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomansCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...