-54-

438 18 6
                                    


Patutlah Dayyan bagi warning awal-awal supaya jangan cemburu. PA si Dayyan ni Iyara rupanya. Sudahlah seksi menyesakkan dada. Aku tengok pakaian ketat dia pun dah rasa sempit dada ni. Dia yang pakai tu tak lemas ke? Dengan rambut warna ungu. Cantik tu memanglah. Tapi agaklah, awak tu orang Islam Iyara oi.

"Dhiyyan! Lamanya tak jumpa dengan you. Last jumpa masa hantar you balik ke Malaysia dulu. Omg!! I banyak cerita nak cerita dekat you ni tau. " Iyara gembira bila aku di hadapan matanya.

Tapi aksi gedik-gedik manja dia tu buat aku kurang selesa. Err, nak aje aku tolak tangannya yang sedang memegang tanganku.

Dan lagi satu, dia masih tidak tahu yang aku ni dah bertukar identiti kepada identiti asal. Ahaha, kelakar pula rasanya bila ada yang panggil Dhiyyan. Lama tidak dengar orang panggil aku dengan nama rekaan itu.

"Aira. Panggil saya Aira. Dah lama awak jadi PA Dayyan? " Soalku. Apa punya soalanlah aku ni. Dayyan baru aje bekerja.

"I jadi PA dia dari hari pertama dia kerjalah. Dia dah janji dengan I yang dia nak bagi I kerja. So I on aje. You? Kerja dekat mana? "

Aku perhati aje muka bangga di Iyara ni. Banggalah sebab Dayyan ambil dia kerjakan? Menyampah! Eh, jangan cemburu sangat Aira!

"Saya? Saya duduk rileks goyang kaki dekat rumah aje. Suami dah kaya. Dia suruh saya duduk rumah jaga anak aje. " Ah, propa berlebihan kau ni. Sejak bila kau ada anak Aira?

"Seriously? You dah kahwin? I tak tahu pun yang you dah kahwin. You kahwin dengan siapa? Oh my god! Kaya pula tu. Untungnya you Dhi.. Aira!" Pergh, makin menjadi kegedikan gadis Iyara ni. Betul kata hatiku yang Iyara tidak tahu aku sudah berkahwin. Dengan Dayyan lagi.

"Hey, dah berjumpa dah korang? So Aira, jeles? " Teguran Dayyan itu buat aku pukul lengannya. Marah jugalah. Macam mana tidak, dia bekerja dengan teman perempuan istimewanya semasa di uni dahulu.

"Jeles? Kenapa pula? Eh Yan, lunch ni I nak ajak you pergi rumah mummy I. I ada suruh mummy I masak lebih sebab I nak ajak you. "

Iyara sudah menempel di sebelah Dayyan. Lengan suamiku itu dipeluknya. Okey Aira, kau boleh undur diri kot? Nampak muka Dayyan pun macam happy.

Senyuman palsu aku hadiahkan pada Dayyan yang tercengang sambil matanya memandang kearahku. Ini aku ada pun dia biarkan. Apakan lagi kalau aku tiada. Entah-entah lebih daripada ini mereka buat. Isy, astaghfirullah al-azim! Jangan fitnah suami sendiri.

"Aira masuk dalam pejabat Yan dulu ye. " Aku melangkah meninggalkan pasangan itu. Pasangan? Huh, menyakitkan bagi aku!

Masuk aje ke dalam pejabat Dayyan, aku tergamam. Punya besar pejabat. Ini pejabat ke ruang tamu? Bilik air pun besar. Siap ada tempat mandi lagi. Ada sofa dan meja untuk tetamu. Ada juga rak buku yang menempatkan novel-novel inggeris dan komik-komik yang selalu Dayyan baca. Ini dah macam rumah.

Aku duduk diatas kerusi boss besar. Berwarna emas dicampurkan dengan warna hitam. Badan aku samdarkan. Lagaknya seperti bos besar di sini. Nak tergelak pun ada. Berangan ajelah Aira!

Dalam berangan, pintu tiba-tiba dikuak dari luar. Siapa lagi kalau bukan Dayyankan? Haih, smart betul suami aku ni. Dengan Italian Woven Tuxedo Suit berwarna maroon. Handsome! Uish Aira, jangan puji lebih-lebih. Ini kalau Dayyan dapat tahu ni, memang kena bahan selama sebulan ni. Dayyan, jangan baca hati kita ya!

JAUH [C]Where stories live. Discover now