"Kami dari jabatan agama Islam. "Aku terdeku. Jabatan agama Islam? Haziq! Ni mesti kerja Haziq! Ahhgg, jahanam kau Haziq! Syaitan kau!
Dayyan pandang aku dengan mata helangnya.
Ya Allah, apa lagi ujian yang kau berikan ini ya Allah. Aku tak kuat! Aku tak kuat untuk hadapi semua ini. Aku lemah! Bantu aku ya Allah.
"Kami dapat aduan ada berlakunya perbuatan yang tidak senonoh. " Kata salah seorang daripada mereka.
"Saya tak buat apa-apa. " Kata Dayyan. Aku masih lagi tersorok ditepi.
"Boleh kami masuk? "
Mereka masuk. Dan mata mereka terarah kepadaku yang sedang melutut. Segera aku gelengkan kepala.
"Ini encik cakap encik tidak berbuat apa-apa? "
"Betul kami tak buat apa-apa! " Dayyan menegakkan kebenaran.
"Dengan pakaian encik macam ni, encik boleh lagi kata encik tak buat apa-apa. "
Aku pandang Dayyan. Dia cuma memakai tuala mandi. Aku baru perasan.
"Macam ni, kami minta encik berdua ikut kami dahulu. Dan boleh terangkan disana. Mari. "
Aku dengan Dayyan hanya mengikut. Tak mampu nak buat apa-apa. Tapi aku yakin, Allah pasti bantu. Memang kami tidak buat perkara terkutuk itu.
Dari jauh aku nampak Haziq tersenyum sinis. Kau manusia paling kejam aku pernah jumpa Haziq! Kau!
****
"Apa kamu berdua dah buat ni hah Dayyan? Hanna Humaira?! " Kuat suara papa memarahi kami.
Bergema rumah besar ini.
"We don't do anything pa. "
Aku tertunduk menangis perlahan. Otak aku sangat serabut sekarang ni. Dengan kes Haziq lagi.
"Dayyan dengan Aira memang dah malukan kami. Salah ke tak salah ke, papa nak kami berdua kahwin. Papa taknak kes ni lingkupkan bisnes papa. "
Bagaikan disambar kilat arahan yang dikeluarkan oleh papa.
"Pa! Papa tak tahu kes sebenar papa. Pa, Aira nak kena rogol dengan Haziq. Takkan papa nak biarkan dia kena rogol?! Yan abang dia. Takkan nak biarkan syaitan tu rosakkan adik Yan? "
Aku terpana. Adik? Dia betul-betul dah anggap aku sebagai adik. Tapi kenapa ujian ini hadir saat dia sudah mampu terima aku dalam hidup dia?
"Betul ke apa yang Yan cakap tu Aira? " Tanya mama.
Aku mengangguk dan masih tertunduk. Tak mampu nak angkat wajah.
"Cerita pada saya. " Kata mama lagi.
Saya?
"Ha...ziq datang bilik Aira. "
Aku pejam mata. Tak mampu nak teruskan kata. Terkenang memori hitam itu semula membuatkan aku trauma. Air mata semakin deras.
"See? Takkan Dayyan nak buat benda bodoh? "
"No. Papa masih nak kamu berdua kahwin. Lepasni Yan boleh jaga Aira. "
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...