Bab 8

4K 396 16
                                        

Pada malam itu Damia tidak dapat melelapkan matanya. Sekejap dia pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan. Hatinya tidak tenteram. Entah apa yang difikirkan olehnya pun tidak tahu.

Kata - kata Adam dan Amanda silih berganti. Sekejap dia terasa dia terlalu kejam tidak menerima Adam sebagai kawannya. Namun dia juga terasa dirinya hanya akan membawa malang kepada Adam.

" Kenapa? Kenapa kau nak kawan dengan aku Adam? " desis hati Damia.

Seketika dia menutup matanya, lama kelamaan dia terlena.

Tak sampai beberapa jam Damia tidur tiba - tiba tidurnya diganggu oleh mimpi yang hampir setiap malam menjelma dalam tidurnya.

Tragedi 2 tahun yang lalu muncul semula. Di mana kejadian kemalangan yang berlaku berdekatan sekolah. Di mana nyawa orang yang Damia sayang diragut. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Andai hari itu, Damia tidak berganjak dari posisi tu mesti semuanya takkan berlaku ! Mesti dia yang akan pergi dulu. Mesti dia yang takkan rasa peritnya menderita kehilangan orang yang disayangi.

" Firdaus ! " teriak Damia lalu terjaga dari tidurnya.

Damia terus terduduk dari pembaringannya. Dahinya juga berpeluh - peluh. Beberapa minit kemudian baru Damia sedar yang dia hanya mimpi.

" Fir..Mia takkan lupakan Fir.." desis hati Damia.

Akhirnya seperti kebiasaannya. Kalau Damia termimpikan kejadian tu mesti dia akan menangis. Menangis seorang diri pada tengah malam yang pada masa tu hampir semua manusia sedang tidur lena bersama mimpi indah mereka. Tak seperti Damia yang dihantui dengan kejadian 2 tahun lalu dalam mimpinya.

*******

Adam juga tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik terfikirkan Damia tidak henti - henti. Dia juga asyik teringatkan kata - kata Damia sewaktu di pantai.

" Awak takkan faham apa yang saya lalui Adam. Orang macam awak senang untuk berkata - kata tapi yang perit nak tanggung semua ni hanya saya! Sudah lah Adam. Awak tak payah nak cuba berkawan dengan budak malang macam saya. Tak dapat faedah apa pun! "

Awak salah Damia. Saya pun pernah ada rasa kehilangan seseorang tu. Saya tahu betapa perit dan sakitnya.

Kenangan semasa tingkatan 3 datang menerpa ke ingatan.

" Awak kena kuat Nisa.." kata Adam sebak.

Nisa hanya tersenyum lemah ke arah Adam.

" Saya kuat macam mana pun Adam..saya tetap akan pergi kalau itu yang Allah takdirkan.." kata Anisa atau panggilan yang gemar dipanggil Adam iaitu Nisa.

Mereka berdua duduk di taman mini hospital Sultan Shah Iskandar. Seorang gadis yang baru berusia 15 tahun terduduk lemah di kerusi roda berdekatan dengan tempat duduk yang diduduki oleh Adam.

" Tak ! Awak takkan ke mana - mana. Tolong kuat demi saya. Saya sayangkan awak Nisa. Please ? Awak akan okay. Percaya lah. Allah akan makbulkan doa saya. " kata Adam lagi cuba meyakinkan Anisa.

Adam ? Seorang anak raja yang selalu serious dan bersifat cool dan bersahaja boleh menjadi seorang yang yang berbeza apabila dia bersama Anisa. Seorang gadis yang berjaya mencuit hati lelakinya.

" Adam..awak kena redho andai saya pergi tinggalkan awak nanti. Saya pun sayangkan awak tapi kita memang tak ditakdirkan bersama dekat dunia ni. Awak kena move on. Hidup awak masih panjang. Ramai lagi orang yang lebih baik dari saya yang sesuai mungkin juga jodoh awak Adam.."

Adam menggeleng lemah.

Dalam tidak sedar, air mata Adam jatuh pada malam itu. Ya Allah, aku rindukan Nisa. Terlalu rindu. Seketika Adam mensedekahkan al - fatihah untuk kekasih hati yang telah lama meninggalkan dia sejak setahun yang lalu.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang