Buka - buka sahaja mata pagi itu , wajah Damia yang menjadi tatapan Adam. Damia masih tidur lena di sebelahnya. Ya mereka tidur sekatil namun jangan fikir bukan - bukannya. Mereka masih tetap dengan pendirian mereka yang masing - masing belum ready.
Adam tersenyum sendiri. Bahagia bila dapat tatap wajah Damia macam ni. Alahai best jugak honeymoon ni. Hahahaha mengada kau Adam. Seketika Adam mengusap lembut pipi Damia memandangkan Damia memang tidur menghadap Adam tika ini.
Disebabkan sentuhan Adam itu, Damia terjaga dari tidurnya.
" Selamat pagi princess ..." ucap Adam.
Damia tersenyum kecil.
" Selamat pagi jugak prince.." balas Damia.
Alahai mimpi indah dhoo semalam. Bahagia bila semua tanda tanya selama ni terjawab. Tiada apa lagi yang tanda tanya di hati dan fikiran masing - masing.
Seketika Adam bangun mengubah posisinya.
" Bangun cepat...kita solat subuh sama - sama.." kata Adam.
Damia mengangguk lalu mengubah posisi dari bangun lalu duduk.
Pagi itu mereka bersarapan di luar rumah Lake House. Ya di luar rumah Lake House ada menyediakan kerusi dan meja untuk minum petang atau bila - bila sahaja. Bestnya di luar tu ada pemandangan tasik di situ. So sambil minum or makan tu mata boleh lah tengok keindahan tu.
Seketika Adam ada membuat tempahan makanan pagi untuk dia dan Damia pagi itu. Mereka berdua duduk makan pagi di situ bersama - sama.
Body guard ? Hahahaha well macam biasa. Ada aje duduk berdiri tegak berdekatan mereka juga tapi tak lah dekat sangat.
" Princess nak jalan - jalan mana hari ni ? " tanya Adam.
Damia tiba - tiba ketawa kecil. Adam tayang muka pelik. Dah kenapa isteri aku ni ? Aku tanya dia boleh ketawa pulak ?
" Kenapa ketawa pulak orang tanya ni.." kata Adam.
" Hahaha sorry - sorry...entah lah rasa nak ketawa pulak bila awak guna perkataan princess tu..."
" Kenapa ? Tak suka saya panggil princess ke ? " tanya Adam mendatar.
" Tak ada lah...saya suka...sorry my prince marah ke ? " kata Damia.
" Tak ada lah. Mana ada marah...okay now cepat jawab nak pergi mana ? " kata Adam.
" Ermm nak pergi ke hati awak lah...boleh ? " kata Damia spontan lalu memandang tepat ke arah Adam.
Adam tersenyum kecil.
" Kenapa nak pergi ke hati saya lagi sedangkan awak memang dah ada di hati saya..." balas Adam.
Alahai pagi - pagi dah bermadah cinta mereka berdua ni.
" Ermm thanks Adam..sebab buat Mia rasa bahagia sangat sekarang ni..." kata Damia.
Seketika Adam meraih tangan Damia yang cantik bergelangkan nama mereka berdua itu.
" Sama - sama. Dah itu memang tugas saya sejak saya hadir dalam hidup awak Mia...List utama saya sekarang membahagiakan awak...so smile again please ya ? " balas Adam.
Damia tersenyum bahagia.
************
Destinasi mereka berdua pagi ni ialah ladang teh. Pelancong dari mana datangnya pun mesti akan singgah di ladang teh ni. Pemandangan yang amat cantik. Penuh dengan kehijauan. Nyaman aje dengan cuaca yang tak berapa panas kan ?Sepanjang bersiar - siar di sekitar ladang teh, tangan Damia tak lepas - lepas dipegang erat oleh Adam. Damia juga hanya mengikuti sahaja langkah Adam. Kemana sahaja Adam melangkah , Damia turut melangkah bersama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...