Adam hanya terpaku memandang Damia. Maka mereka pun bertentangan mata di atas tangga tersebut. Pegangan tangan Damia yang berlapik baju juga masih erat di dalam genggaman Adam.
Dalam beberapa minit, Damia terus mengubah posisinya. Adam juga melepaskan pegangan tangan Damia.
" Ermm terima kaseh.." ucap Damia malu.
" Erm sama - sama. Awak buat apa dekat sini ? Macam mana awak boleh ada dekat sana ? " tanya Adam terus.
Eh ? Adam tak tahu ke yang aku stay rumah dia untuk beberapa hari ?
" Errr saya..."
" Ehh Cik Damia , Tengku Adam ? Saya baru aje nak panggil turun makan...yang lain dah menunggu di ruang makan..sila kan ? " kata pembantu rumag yang tiba - tiba muncul.
Perbualan mereka terhenti di situ, mereka malah turun menuju ke ruang makanan bersama pembantu rumah.
Di ruang makan utama. Adam dan Damia mengambil tempat duduk masing - masing.
" Eh abang Adam ? Dah jumpa Damia ? " tanya Humaiera.
Adam dan Damia masing - masing mendiamkan diri. Masing - masing masih malu akan kejadian di atas tangga tadi.
" Maiera lupa nak bagitahu abang, yang Mia tinggal sini untuk 3 hari...nenek Jannah pergi lawat kawan dia sakit.." jelas Humaiera.
Adam mengangguk kecil. Damia stay rumah aku untuk 3 hari ? Means aku sebumbung dengan dia ? Hahahaha tetiba jantung Adam berdegup laju.
Selepas itu mereka mula makan malam bersama - sama. Damia makan dengan penuh sopan. Rumah orang lagi - lagi rumah kerabat diraja jangan tunjuk gelojoh sangat Damia oiii.
******
Kejap Adam baring kejap dia duduk. Kejap dia mengiring ke kanan kejap ke kiri. Dia tak boleh tidur haish kenapa ni ?Rasa panas semacam aje ? Dah kenapa ? Nak hujan ke ? Tapi panas apa nya air cond bilikya dibuka sampai ke angka 20 dah. Sejuk lah tu !
Akhirnya Adam ambil keputusan untuk keluar dari biliknya. Dia menuju ke tempat biasanya di halaman belakang rumahnya. Semua orang kelihatannya sudah ada di bilik masing - masing hanya Adam sahaja yang berkeliaran di sekitar rumah tapi lampu - lampu di setiap sudut masih di buka.
Hampir sampai saja Adam di halaman belakang rumah, Adam dapat tangkap satu figura yang dia kenal.
" Eh? Dia pun tak tidur lagi ? " monolog hati Adam.
Hmmm nak tegur ke atau aku masuk balik aje dalam bilik ? Adam masih ragu - ragu.
" Hmmm patah balik aje lah Adam. Tak payah ganggu orang. Mana tahu dia nak bersendirian ke kan ? " desis hati Adam.
Selepas itu Adam terus menoleh dan ingin berlalu namun tiba - tiba langkahnya terhenti apabila namanya diseru.
" Adam ? " panggil Damia.
Adam menoleh semula perlahan - lahan. Alah dia nampak aku pulak ?
" Ya ? " sahut Adam. Tu aje yang terkeluar dari mulutnya.
" Awak buat apa kat sini ? Tak tidur lagi ? " tanya Damia.
" Erkk...saja jalan - jalan ambil angin. Tak boleh nak tidur. Awak pulak ? " kata Adam lalu melangkah mendekati Damia.
" Ermm sama lah. Tak boleh tidur juga tu yang ada dekat sini.." kata Damia.
Seketika mereka duduk di tempat yang sama sambil melihat bulan dan bintang yang bersinar pada malam itu. Alahai sweet pulak rasa, hari tu tengok di rumah masing - masing. Tak sangka kali ni tengok sama - sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...