Bab 49

2.6K 293 35
                                    

Damia kejap pusing sana kejap pusing sini. Hmmmm tak boleh nak tidur. Alahaii tu lah bila ada class  yang terlalu padat penat pulak. Bila semua class cancle hari ni , Damia jadi bosan pulak.

Humaiera mana ? Kan dia sama class dengan Damia. Kalau Damia class cancle mesti class Humaiera pun cancle kan ? Hmmm Humaiera dia keluar pergi date berdua dengan Ikhwan. Untung lah orang yang bercinta dan tak kahwin lagi boleh date tapi aku ni ? Dah kahwin pun macam tak kahwin. Gaduh la apa lah....

Seketika Damia bangun dari posisi baringnya. Dia mencapai Iphonenya. Apabila di tekan punat tengah. Terpapar gambarnya bersama Adam yang tersenyum dan buat peace sebagai wallpaper lockscreen.

" Adam...." panggil Damia.

Diusap wajah Adam di dalam Iphonenya itu.

"  Mia rindu....Mia rindu Adam...Bila kita nak macam dulu balik..." luah Damia sambil matanya berkaca...

Tanpa diminta air mata Damia jatuh satu persatu. Selepas itu Damia terus memeluk Iphonenya. Dia rindu nak peluk Adam. Tapi sekarang dia hanya mampu peluk Iphone yang wallpapernya bergambarkan Adam sahaja.



Jam menunjukkan pukul 2 petang. Damia akhirnya bosan duduk seorang diri di dalam biliknya. Hmmm Humaiera pun tak balik - balik lagi..Haish sakan pergi date dengan Ikhwan nampaknya..

Akhirnya Damia keluar untuk mencari angin di luar. Namun dalam hati dia berharap sangat yang dia bertembung dengan Adam. Dia nak tatap wajah Adam dan kalau diberi peluang dia nak peluk Adam. Dia tak kesah kalau dia masih bergaduh dengan Adam sekali pun tapi dia dah tak dapat nak tahan perasaan rindunya yang semakin menggunung ini.

" Hmmm Adam mana ea ? Ke dia dalam bilik dia ? " desis hati Damia sambil matanya memerhati sekeliling.

Hmmm sunyi aje kawasan yang dia lalu sekarang. Ada sesetengah budak yang masih ada class waktu - waktu macam ni.

Seketika Damia berhenti duduk di sebuah kerusi yang ada. Damia bersandar lalu mengeluh seketika.

" Mia...kalau kau rendahkan ego kau mesti kau takkan susah payah nak cari Adam macam ni..." kata Damia seorang diri.

Seketika Damia mengeluarkan Iphonenya dari poket seluar. Dia memandang screen Iphonenya.

" Ke aku call aje terus tanya dia ada dekat mana ? " soal Damia sendiri.

Tanpa membuang masa , tangan Damia terus mencari nombor telefon Adam. Apabila sudah jumpa, Damia terus menekan nombor tersebut.

Tut...tut..tut...

" Dia nak angkat ke ? " desis hati Damia. Telefon bimbitnya masih ditekup di telinga. Menanti Adam untuk mengangkat panggilan tersebut.

Beberapa saat kemudian panggilan Damia diangkat Adam. Damia terdiam.

" Hello...Hmmm kenapa call ? " tanya Adam dingin di hujung talian.

Damia diam. Dia terkelu. Tak tahu nak cakap apa..Namun hati Damia sedikit tersentuh..Akhirnya dapat juga dia dengar suara Adam. Ya Allah rindunya aku dengan suara dia ni.

" Kalau tak ada apa - apa nak cakap..tak payah lah call..." kata Adam lagi.

Tersentak hati Damia dibuatnya. Hmm Adam betul - betul marahkan dirinya tika ini. Tu lah Damia...kau asyik nak marah Adam aje..Kau tak fikir niat baik dia pulak.

" Hanafie ! "

Damia menoleh ke arah suara orang yang memanggil nama Hanafie itu. Dia tersentak lagi.

Damia dapat melihat yang Adam hanya berada berdekatan dengan dirinya. Kenapa dia tak perasan Adam ada dekat sini jugak ? Telefon masih ditekup di telinga. Mata tidak lepas memandang Adam begitu juga Adam. Adam pun membuat hal yang sama. Dia juga memandang Damia dari jauh. Namun tiba - tiba kehadiran Sofee memberikan tanda tanya kepada Damia.

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now