Balik - balik aje rumah, mau tak kena beleter dengan Aliya ! Mana taknya , semua putra - putranya kekotoran habis dan muka tak tahu cakap lah. Semua lebam - lebam dah kenapa ?
" Adam , Adwa ada apa sebenarnya ? Kenapa sampai lebam - lebam macam ni ? Kamu berdua bergaduh ke apa ? " tanya Huzairie serious.
Semua anak - anaknya terdiam seribu bahasa dan hanya menunduk memandang lantai. Termasuk Humaiera sekali. Tidak berani bertatapan dengan ayahnda mereka tika ini.
" Ayahnda tanya ni kan ? Kenapa semua diam ? " kata Huzairie tegas lagi.
Humaiera terus memandang ayahndanya. Dia tidak mahu ayahndanya marah akan abang - abangnya. Sedangkan semua pergaduhan ini berpunca darinya.
" Ayahnda...." panggil Humaiera takut - takut.
Adwa dan Adam serentak melihat ke arah Humaiera. Humaiera nak bagitahu ke yang diaorang gaduh berpunca dari dia ?
" Sebenarnya...abang Adam..dengan abang Adwa gaduh sebab...Maiera...cakap... "
" Ayahnda ! Tak semua ni sebab Adam yang salah faham dekat Adwa...Adam yang salah..Adam tahu Adam sebagai abang yang sulung tak sepatutnya bertindak melulu. Adam..minta maaf ayahnda...sebab tak jaga adik - adik Adam dengan betul..." pintas Adam tiba - tiba.
Humaiera terus memandang ke arah Adam. Abang Adam ? Kenapa abang Adam pulak yang ngaku - ngaku salah dia ? Semua ni salah Maiera lah abang !
Aliya hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia di samping Huzairie. Alahai anak - anak aku ni macam - macam hal lah..
" Baiklah disebabkan Adam dah mengaku kesalahan dia, maka dia harus diberikan hukuman. "
Adam, Adwa dan Humaiera tersentak ! Apa ? Hukuman ?!
Pada petang itu, seperti mana yang telah dikatakan oleh ayahnda. Adam dikenakan sedikit hukuman iaitu berdiri di halaman rumah selama 5 jam. Itu hukuman yang perlu diterima Adam.
Humaiera ada jugak memujuk ayahndanya untuk berhentikan hukuman abang Adamnya. Namun hampa tidak berhasil. Humaiera rasa serba salah pulak dengan Adam. Semua ni sebab dirinya sendiri. Kalau tak mesti abang Adam takkan didenda macam tu. Kalau tak mesti abang Adam dengan abang Adwanya tidak bergaduh.
Hmmm betul lah cakap orang kat sekolah. Budak Damia tu memang pembawa malang! Disebabkan dia lah semua ni berlaku. Andai sahaja dia tak buat abang Adam berubah, mesti mereka bertiga adik beradik baik sahaja.
3 jam telah berlalu. Adam masih utuh berdiri di luar. Cuaca sekarang sedikit tidak menentu. Tadi panas terik jugak lah walaupun petang. Sekarang redup lah pulak. Macam nak hujan aje. Hmmm sabar Adam , lagi 2 jam aje lagi hukuman ni nak habis. Stay strong ! Demi Damia ❤
Dalam beberapa minit, hujan rintik tiba - tiba turun. Adam memandang ke atas. Melihat langit yang semakin mendung. Aduh hujan pulak !
Tetiba dia teringatkan sesuatu. Posisi dia sekarang sama macam posisi ayahndanya suatu ketika dahulu. Di mana ayahndanya ingin memujuk bondanya di rumah nenek. Dengan berdiri macam ni lah, bonda dapat maafkan ayahnda dan berbaik semula. Mungkin ini juga situasi yang harus Adam hadap untuk buat Damia bahagia dan tersenyum semula. So Adam kena kuat ! Even hujan sekali pun.
Tanpa diundang , hujan rintik bertukar menjadi lebat.
Di dalam rumah, Humaiera sudah kegelisahan. Kesian abang Adam ! Kat luar hujan lebat tu. Damia cuba nasib memujuk ayahndanya sekali lagi. Namun tetap sama pendirian Huzairie. Hukuman tetap hukuman. Datang lah hujan sekali pun, Adam tetap kena hadap. Itu saja cara Huzairie untuk mengajar anak - anaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
Roman d'amourFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...