Langkah Adwa terhenti. Bila DERIA KEENAM disebut.
" Macam mana lepas kau tahu yang aku ada deria keenam ? Masih nak memperisterikan aku ke ? " kata Nadine lagi sinis setelah Adwa tidak memberi respon.
Adwa terdiam seketika. Hatinya berdebar - debar. Ya Allah semua kata - kata Noah telah dimakbulkan. Aku dapat isteri yang ada deria keenam. Patut lah selama ni , Nadine asyik bercakap sorang-sorang..tapi rupa - rupanya dia bercakap dengan benda halus tu ?
Kata - kata Noah tempoh hari menerjah ke ingatan Adwa.
" Serious ehh kau tak takut ni ? Okay aku doakan jodoh kau yang kau tunggu-tunggu nanti tu...seorang yang ada deria rasa keenam. " kata Noah.
" Heh...okay fine..aku tak kesah lah kalau jodoh aku tu ada deria keenam..aku akan pastikan yang aku akan jadi pelindung dia..." balas Adwa seperti biasa tidak mahu kalah.
" Kenapa kau diam ? Kau takut ? Kau terkejut ? Kalau macam tu kau ceraikan aku sekarang pun aku tak kesah lah ! " teriak Nadine. Sikit pun tak ada rasa hormat terhadap Adwa yang kini sah bergelar sebagai suami.
Adwa menarik nafasnya dalam - dalam apabila isu Cerai semakin hangat diperkatakan ! Arghhhh patut lah hak lafaz cerai ni tak ada di tangan perempuan kalau tak ? Sesenang tu aje diaorang lafaz kan !
Adwa menoleh memandang tepat ke wajah Nadine. Even kedudukan mereka agak jauh jugak sekarang.
" Apa kau pandang - pandang ? " tanya Nadine dengan pandangan sinis.
Haishhh kasar juga isteri aku ni. Macam mana lah aku nak lembut kan dia ?
" Kalau kau nak cerai kan aku...ceraikan lah sekarang ! "
Apabila Nadine berkata seperti itu , Adwa automatik menapak ke arah Nadine. Dia mendekati Nadine. Nadine masih berdiri statik di situ.
Langkah Adwa terhenti di hadapan Nadine apabila jarak mereka terlalu dekat. Adwa mendekatkan wajahnya dengan Nadine. Lagaknya seperti orang yang mahu bercium sahaja.
Nadine sedikit terdiam. Jarak wajahnya dengan Adwa teramatlah dekat sehinggakan boleh terasa hembusan nafas Adwa.
" Awak dengar sini ea Nadine Azwa...sekali lagi awak sebut pasal cerai...saya...errr saya..."
Nadine masih menantikan kata-kata Adwa..
" Saya..errr saya kiss awak ! " kata Adwa.
Automatik Nadine menekup mulutnya dengan tangan. Takut Adwa bertindak sebegitu.
Wajah Adwa mulai blushing. Aduhaiii aku tak tahu nak cakap apa tadi sebab tu aku cakap nak kiss dia ! Ya Allah malunya aku !
" Saya takkan ceraikan awak Nadine..so jangan minta saya ceraikan awak...Awak tak kesian ke dekat family kita ? Awak nak malukan diaorang ke ? Boleh tak awak fikirkan semua orang dulu sebelum awak nak buat sesuatu tu ? " kata Adwa serious cuba buat Nadine faham.
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
