Bab 41

3K 302 46
                                        

Sedar - sedar sahaja Damia terus mencari Adam. Mana Adam ? Kenapa dia tak ada di samping aku ketika ini ? Apabila dikabarkan sahaja keadaan Adam masih dalam kritikal , Damia terus berkeras hendak melihat Adam. Hendak ada di samping Adam.

" Mia...Mia baru sedar kan ? Nanti lah ya kita tengok Adam ? Biar doktor yang uruskan Adam dulu... " kata Hazwani.

Damia memandang tajam ke arah bondanya.

" Bonda ! Mia nak tengok Adam ! Bonda jangan nak halang - halang Mia ea ! Selama ni bonda tak pernah kesah pun tentang Mia ! Bonda tak pernah ambil tahu pun ! So sekarang tak payah nak halang - halang Mia..." kata Damia agak kasar.

Tersentak Hazwani dibuatnya. Terguris sedikit hati kecil ibunya. Hmmm tapi tak mengapalah dia dituduh sebegitu asalkan Damia masih selamat. Dia rela. Belum tiba waktunya Damia mengetahui segalanya.

Damia masih berkeras untuk bangun. Dia nak tengok Adam...Akhirnya Hazwani mengalah lalu membantu Damia untuk menemukannya dengan Adam. Damia duduk ditolak dengan kerusi roda.

Seketika sampai lah di hadapan ruang ICU.Ruang yang hanya untuk pesakit yang agak kritikal. Adam ditempatkan di bilik khas dan hanya dia sahaja di situ.

Damia ditinggalkan berdua dengan Adam yang masih baring tidak bermaya di situ. Damia menghampiri Adam. Mata Damia berkaca di buatnya. Tak sangka ! Adam yang baru kelmarin  berdiri menghulurkannya  botol air di tapak kem kini sudah terlantar lemah di ruangan ini.

" Adam..." panggil Damia.

Seketika tangan Adam diraih perlahan.

" Adam....bangun Adam...." rintih Damia lalu air matanya menitis.

Tangan Adam digenggam erat oleh Damia lalu dicium Damia.

" Maafkan Mia Adam....disebabkan Mia...Adam jadi macam ni....Andai sahaja Adam tak tolong buang bisa tu , Adam mesti masih sihat sekarang....Mia memang budak pembawa malang....Mia selalu cederakan orang disekeliling Mia....Mia minta maaf Adam...." kata Damia bersama tangisan.

Adam masih begitu. Tiada respon.

" Bangun ya Adam ? Mia akan tunggu Adam bangun....Jangan tinggalkan Mia...Mia sayangkan Adam...Mia tak nak hilang Adam...macam mana Mia hilang Firdaus...." luah Damia....

Seketika Damia ingin melepaskan tangan Adam. Dia tidak mahu menganggu Adam. Biarkan Adam berehat untuk seketika.

" Mia keluar dulu...Nanti Mia tengok Adam lagi...Adam rehat ya...Adam kuat demi Mia...Adam kena sedar cepat.

Tetap sama, Adam tidak memberi respon. Damia menghapus sisa air matanya. Ni kalau Adam tengok Damia menangis , mesti tangan Adam yang menghapus air mata itu.
***********
Sudah 2 hari berlalu namun Adam masih  tidak sedarkan diri. Ahli keluarga kerabat diraja dikedua - dua pihak tidak putus - putus mendoakan Adam.

Pintu wad Adam ditolak seseorang. Seketika ada sepasang kaki yang melangkah masuk ke dalam ruang yang hanya ada Adam yang terlantar di katil. Dia menghampiri Adam.

" Haha nak jadi hero pulak kau ni kan Adam ? " kata Firdaus Hakimi sinis perlahan.

Ya orang itu adalah Firdaus Hakimi. Dia datang melawat Adam hari ini.

" Hmmm kau ni cuma halangan aku untuk balas dendam dekat Damia aje...Bagus lah kalau kau tak sedarkan diri macam ni...tapi kan lagi bagus kalau kau lenyap terus dari muka bumi ni...." kata Firdaus sinis. Seketika tangannya mula bergerak ke arah alat penafasan Adam.

Dekat makin dekat....Dan apabila hanya hampir seinci sahaja lagi dia mahu mengenggam alat penafasan Adam untuk dibukanya tiba - tiba....

Zapppp ! Tangan Firdaus dicengkam kuat.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang