Bab 54

2.7K 273 22
                                        

Damia tersentak ! Dia pantas menoleh.

" Firdaus ? "

" Ya ni saya lah...kenapa ? " kata Firdaus seraya melepaskan pegang bahu Damia.

Damia menghembus nafas lega. Fuhhh ingatkan siapa tadi. Fobia betul Damia bila ada orang datang secara diam - diam dari belakangnya.

" Awak buat apa kat sini ? Tak balik lagi ke ? " tanya Firdaus prihatin.

" Err..tak..driver saya tak datang lagi...pastu saya nak call Adam tapi tiba - tiba bateri telefon saya habis..."

" Oh macam tu...tak apa lah..nah guna phone saya...try call Adam tengok.." kata Firdaus lalu menghulurkan telefon bimbit miliknya.

Damia menyambut huluran Firdaus tanpa ragu - ragu. Selepas itu dia cuba menelefon Adam. Namun hampa Adam tak angkat. Hmm mana Adam ni ? Busy sangat ke ?

" Macam mana ? Dapat tak ? " tanya Firdaus.

Damia menggeleng lemah.

" Ermm tak apa lah..jom saya hantarkan awak balik...lagipun ni saya ada bawa payung hari ni...boleh lah kita kongsi...lagipun hujan makin lebat ni....kalau awak nak cari teksi pun takkan dapat...." kata Firdaus.

Damia berbelah bagi jadinya. Nak balik dengan Firdaus takut nanti Adam fikir bukan - bukan pulak. Hmmm tapi kalau tak terima pelawaan Firdaus ...aku pun tak tahu nak balik macam mana...dan aku tak nak stay sini sorang - sorang.

" Damia ? Jom lah.." kata Firdaus yang sudah mula duduk di bawah payung di tengah - tengah hujan.

Akhirnya Damia melangkah dan berdiri di sebelah Firdaus dalam kehujanan itu. Seketika mereka berjalan berdua menuju ke tempat parking kereta Firdaus.

Berjalan punya berjalan tiba - tiba Damia melihat sesuatu yang mampu melukakan hatinya. Damia tengok apa ?

Damia melihat Adam di dalam satu payung bersama seorang perempuan yang pernah Damia nampak tempoh hari. Perempuan tu adalah orang yang sama menegur Adam semasa Adam dan dirinya bergaduh tempoh hari.

Dilihat Damia Adam dan perempuan itu sedang bertatapan antara satu lain di bawah satu payung yang sama....Tebit rasa kecewa dalam hati Damia.

" Ohhh sebab ni la dia tak angkat call aku ? Dia bukan datang sini sebab nak jemput aku ? Tapi sebab perempuan lain ? Ada yang lebih penting yang dia kena jemput berbanding aku isteri dia sendiri ? " desis hati Damia sedih.

" Damia ? Kenapa ni ? Cepat masuk dalam kereta...hujan makin lebat ni...." kata Firdaus sedang memayungkan Damia dan menunggu Damia masuk ke dalam seat duduk di hadapan sebelah seat driver.

Terlepas pandangan Damia dari Adam terus dia masuk ke dalam kereta milik Firdaus. Firdaus tak perasan pun akan Adam bersama perempuan lain juga di situ. Seketika dia pun masuk ke dalam kereta.

************
Damia sampai di rumah terlebih dahulu daripada Adam. Damia hanya duduk di ruang tamu membisu. Hmm kenapa dia balik lambat ? Sibuk hantarkan budak perempuan tu kot ?

Tetiba kedengaran bunyi kereta Adam. Beberapa minit kemudian, Adam pun masuk dengan perlahan. Adam sedikit pun tidak menegur Damia..Dia hanya ingin melangkah untuk naik ke biliknya. Sikit pun dia tak endahkan Damia yang duduk membisu di ruang tamu. Sehinggalah tiba - tiba Damia mula bersuara kerana tidak berpuas hati dengan sikap Adam yang mengendahkan dirinya.

" Seronok hantar perempuan tu balik ? " tanya Damia sinis.

Langkah Adam terhenti. Namun dia tidak menoleh.

" Tak ada hati dan perasaan langsung ! Bukan nak datang jemput isteri tapi datang jemput perempuan lain ! " teriak Damia. Dia tidak dapat menahan amarahnya lagi.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang