Bab 44

2.9K 291 4
                                        

Beberapa minit selepas Firdaus sampai di stor sukan baru Adam juga sampai. Semua memandang pelik ke arah Adam yang sedikit basah.

" Eh Adam ? Saya suruh kamu pergi beli air aje bukan suruh kamu terjun dalam air.." kata Hazali.

Firdaus hanya tersenyum sinis dalam diam. Ikhwan pulak hanya terpinga - pinga. Damia juga memberi reaksi yang sama seperti Ikhwan.

" Maaf cikgu...tadi hujan tiba - tiba.." kata Adam seakan memerli Firdaus.

" Hujan ? " kata Hazali lalu menjenguk ke luar stor sukan.

Eh biar betul anak murid aku ni ? Tak ada setitis pun air. Datang mana hujan ?

" Macam - macam kamu ni Adam..."

" Ermm cikgu saya nak pergi toilet kejap boleh ? " pinta Adam.

" Hah pergi lah..lagi pun kita dah nak habis kemas dah ni..." kata Hazali.

Seketika Adam terus beredar ke toilet. Dia nak tengok macam mana keadaan dirinya. Mesti serabut en dengan basah habis semuanya.

Beberapa minit selepas Adam membersihkan dirinya dan mengeringkan bajunya yang sedikit basah itu, dia pun keluar untuk meninggalkan toilet.

Baru aje beberapa langkah Adam keluar dari toilet tiba - tiba dia terserempak dengan Ikhwan.

" Oii Adam..." kata Ikhwan mendekati Adam.

" Kau buat apa kat sini ? " tanya Adam.

" Aku cari kau lah..."

" Kenapa cari aku ? "

" Tak lah...aku just nak tanya kau okay tak ni ? Asal kau basah habis  macam tadi tu ? Apa yang jadi ? Budak baru tu buat hal lagi kan ? " bebel Ikhwan. Haish dia ni prihatin sungguh dengan Adam.

" Hahaha chill lah weyh. Haah budak baru tu buat hal lagi , ada ke patut dia simbah muka aku pakai satu botol air mineral..." jelas Adam.

" Serious lah ? Kurang ajar betul budak tu..Aku dah agak dah mesti semua ni kerja budak tu...haish...aku belasah juga lagi kang budak tu...." kata Ikhwan geram.

" Hmmm biar aje lah kat dia Ikhwan..Biar orang buat jahat dekat kita tapi kita balas dengan kebaikan...Hmm kalau kita balas balik pun ...semua tu hanya akan tambah rasa dendam dalam diri dia..." kata Adam ikhlas.

Ya Adam dah malas nak fikir pasal benda ni semua buat masa sekarang...Adam cuma terfikir yang dia akan cuba jaga Damia sebaiknya tanpa halang Damia dari berkawan dengan Firdaus Hakim. Adam juga akan cuba cari jalan macam mana nak ubah pemikiran si Firdaus tu soal niat balas dendamnya ke Damia tu adalah satu perkara yang tak perlu dia buat...

" Kau ni kan Adam...asal baik sangat jadi orang hah ? " kata Ikhwan sedikit tidak puas hati dengan sikap Adam yang terlalu baik dan mudah memaafkan orang ni.

" Tak lah...aku mana ada baik....aku pun ada juga benda jahat yang aku buat tapi Allah jaga semua tu..macam ni lah nobody is perfect...dah ahh jom.." kata Adam lalu melangkah.

Ikhwan menggeleng seketika.

"Alahai Adam - Adam...kau ni kann boleh jadi cikgu kaunseling.." ngomel Ikhwan seraya mengejar langkah Adam.
*********
Waktu balik. Adam dan Damia mengemas beg sekolah masing - masing. Hanya tinggal mereka berdua aje sebagai orang terakhir macam biasa. Firdaus pun balik awal jugak hari ni. Kalau tak dia selalu juga duk tunggu si Damia ni. Entah kenapa hari ni dia tergesa - gesa sangat nak balik.

Adam dan Damia berjalan menuju ke pintu pagar utama sekolah. Adam berjalan di hadapan manakala Damia hanya berjalan di belakang Adam. Hmm mereka masih belum bertegur sapa sejak dari pagi tadi. Entah lah masing - masing ego tak nak bercakap. Sehinggalah tiba - tiba....

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang