Tanpa berfikir apa - apa , Adam terus terjun ke dalam kolam lalu berenang untuk mendapatkan Damia yang terkapai. Apabila Adam sudah dekat dengan Damia tiba - tiba Damia berdiri selamba dan air kolam itu hanya paras dadanya sahaja. Dia cuma ingin menguji Adam sahaja.
" Sayang juga awak kat saya ea ? Ingatkan dah tak peduli even saya lemas sekalipun ? " kata Damia.
Adam memandang tajam Damia. Walaupun takut bagi Damia untuk membalas pandangan Adam. Dia tetap memandang Adam.
" Apa awak cuba buat ni Damia ? Awak dah gila ke hah ? " marah Adam.
" Saya cuba buat awak dengar apa yang saya nak cakap ! " balas Damia kuat.
Alahai bergaduh dekat dalam kolam pulak. Masing - masing dah basah lencun. Adam masih dengan keras kepalanya. Dia ingin berlalu pergi untuk keluar semula dari dalam kolam. Namun Damia tidak melepaskan peluang untuk memeluk Adam dari belakang. Hal ini menghentikan langkah Adam.
" Adam..please..tolong dengar dulu apa saya nak cakap..." kata Damia sambil memeluk erat belakang Adam. Takut Adam melangkah pergi lagi.
Adam diam dan terkaku. Dia hanya membiarkan Damia memeluknya dari belakang. Tanpa membuang masa , Damia terus meneruskan katanya.
" Saya tak rehat pun dengan Daus...saya rehat dengan awak sebenarnya..." kata Damia.
Adam sedikit tersentak ! Hah ? Apa maksud Damia ? Dia rehat dengan aku ? Bila masa pulak.
" Memang awak nampak waktu habis aje waktu rehat tadi saya ada berdua dengan Daus dalam kelas kan ? tapi sebenarnya kitaorang baru aje sampai kelas pastu saja borak - borak sikit..." jelas Damia.
Adam masih tak faham dan mematungkan diri. Betul ke apa yang Damia cakapkan ni ? Boleh percaya ke ?
" Mungkin awak salah faham kot sebab Maiera cakap saya rehat dengan Daus kan ? Tak semua tu sebenarnya waktu Maiera dengan Adwa ajak saya rehat sekali memang saya nak rehat dengan diaorang tapi...Daus aje yang memandai - mandai cakap saya rehat dengan dia...pastu terus Maiera dengan Adwa percaya dan tinggalkan saya...saya mengaku memang Daus ada ajak saya rehat sekali , tapi saya tolak. Hmm saya malas nak pergi kantin dah so saya pergi koperasi beli roti dan saya makan dekat padang basketball. Masa tu la saya nampak awak dengan Ikhwan. Saya nampak awak dengan Ikhwan macam bincangkan sesuatu yang serious aje...so saya tak nak la kacau...Saya duduk berdekatan dengan awak berdua aje..." jelas Damia panjang lebar.
Alahaiiiii rupanya Damia ada dekat aje dengan aku ? Sedangkan masa tu aku tengah borak dengan Ikhwan pasal dia dengan Firdaus.
" Saya balik awal kelas sebelum awak...sebab tu kita tak bertembung pun masa balik dari padang basketball tu. Awak tolong percayakan saya..Saya takkan tipu awak Adam...Jangan buat macam ni dekat saya...Jangan marah saya...Jangan mengelak dari saya..." kata Damia dan akhirnya dia menangis teresak - esak di belakang Adam.
Tersentuh dan rasa bersalah Adam setelah mendengar semua penjelasan dari Damia Alahai Adam kau lah ni cemburu sangat. Kan dah tersalah tafsir. Seketika Adam memusingkan tubuhnya menghadap Damia setelah dia meleraikan pelukan Damia. Kelihatan Damia memandang ke bawah...
Adam menolak sedikit dagu comel Damia ke atas agar Damia memandang tepat ke wajahnya. Mata Damia sedikit merah akibat menangis. Hmmm aku dah buat dia menangis lagi.
Tetiba Adam mencium dahi Damia. Lama. Damia memejamkan matanya cuba untuk menghayati ciuman Adam pada dahinya.
" Maaf Mia...Adam cemburu tengok Mia rapat dengan budak baru tu...Adam takut..Adam hilang Mia...Dia kembar Firdaus...wajah dia sama dengan Firdaus...Adam takut kalau Mia mula jatuh cinta pulak dengan dia...Adam takut , Adam dah takkan ada lagi tempat di hati Mia.." luah Adam akhirnya. Itu yang dia rasakan sejak munculnya Firdaus Hakimi dalam hidup dia dan Damia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...