Hampir tamat waktu sekolah, baru Firdaus masuk kelas untuk ambil beg sekolahnya. Sampai aje dia dekat kelas dia terserempak dengan Damia dan Adam yang kebetulan dah nak balik." Firdaus...awak dah okay ke ? " tanya Damia risau.
" Eh Damia..ya saya dah okay...awak jangan risau lah..." kata Firdaus.
" Hmmm menyampah aku..." desis hati Adam.
" Hmm saya minta maaf tau sebab saya awak sampai pengsan...dan terima kasih sebab pinjamkan saya buku teks awak...nah....lain kali awak jangan buat lagi...jangan tolong saya...nanti awak yang kena denda..." jelas Damia panjang lebar sambil menghulurkan buku teks math kepunyaan Firdaus.
Firdaus Hakimi hanya tersenyum lalu menggeleng seraya menyambut huluran Damia.
" Its okay...biasa aje la kena denda ni..Lagipun saya okay ...saya lelaki....Takkan saya nak biarkan perempuan kena denda...tak gentle lahh...." kata Firdaus agak bernada sinis gitu seperti menyindir Adam.
Adam hanya mengetap bibirnya geram dalam diam. Adam terasa dhoo yang Firdaus macam menyindir dirinya.
" Hmmm thanks sangat - sangat ya Daus..." ucap Damia lagi.
" Dah la Mia..jom kita balik.." kata Adam lalu ingin beredar. Tidak tahan lama - lama dia di situ. Naik menyampah tengok muka Firdaus Hakimi tu.
" Eh ? Awak berdua balik sekali ke ? " tanya Firdaus.
" Errrrr ya..."
" Rumah dekat ea ? " tanya Firdaus.
Aduhhh banyak tanya pulak budak ni. Hmmm kalau kantoi kami tinggal serumah macam mana ? Kalau kantoi kami ni sepasang suami isteri macam mana ?
" Errr ya saya tumpang Adam balik..sebab jalan ke rumah kami laluan yang sama..." bohong Damia.
" Dah la Mia..jom balik cepat...driver saya dah tunggu lama..." kata Adam lalu beredar. Kang nanti budak baru ni banyak tanya pulak !
" Saya balik dulu tau Daus...bye jumpa esok.." kata Damia lalu mengejar langkah Adam.
Firdaus tersenyum sinis sendiri.
" Satu jalan konon ! Cakap aje lah kalau satu rumah ! Pembohong ! " teriak hati Firdaus Hakimi.
Firdaus tahu ke tentang hubungan Damia dan Adam. Ya dia tahu sebab sebenarnya sebelum Firdaus menjejakkan kaki di sekolah Smk Tunku Abdul Putra ni lagi , dia dah mengintip Damia dan Adam dah lama. Ke mana sahaja mereka pergi dia selalu intip dalam diam.
Bahkan sewaktu Adam dan Damia pergi honeymoon tempoh hari dekat Cameron Highland pun sebenarnya dia juga pergi ke sana.
" Abang Fir....aku takkan biarkan dia bahagia...sedang kan aku dengan ibu merana kehilangan kau... " desis hati Firdaus sambil penumbuknya digenggam kuat.
**********
Beberapa hari kemudian semua pelajar ting kaftan 5 dihebohkan dengan satu kem jati diri membentuk sahsiah pelajar tingkatan 5 untuk persediaan SPM hujung tahun ini.Namun kem jati diri ini tidak terbuka kepada semua pelajar. Hanya untuk 40 orang pelajar sahaja. Siapa cepat yang beri nama, dia lah yang dapat pergi.
" Bro...kau tak nak pergi ke kem tu ? " tanya Ikhwan.
" Ermm entah lah...tengok la macam mana nanti.." jawab Adam.
Tetiba Firdaus mendekati Damia di meja sebelah Adam. Errr menyampah la dia ni....Sikit - sikit cari Damia...Macam dah tak ada kawan lain. Seketika Adam mencuri - curi dengar perbualan Damia dan Firdaus.
" Awak pergi tak kem tu Damia ? Kalau awak pergi saya pun nak pergi la...." kata Firdaus.
" Tak pasti la Daus...tapi saya memang rasa nak pergi pun. Teringin pulak nak rasa pergi kem. Lagipun tahun akhir kita kan dekat sekolah ni...Erm saya rasa saya pergi la..." kata Damia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomansaFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...