Selesai juga kemas rumah baru. Adam hanya minta rumah sederhana aje dekat ayahnda. Tu pun ayahnda bagi yang sederhana tapi tetap 2 tingkat. Dia tak nak lah mewah - mewah sangat. Bukan duduk ramai pun tapi dah ayahnda tetap sewakan rumah tu so Adam terima aje la. Akhirnya dapat juga duduk berdua dengan Damia heee even ada Humaiera jadi pengacau daun aje.
Rumah baru Adam ni memang selesa dan paling bestnya ada halaman kecil walaupun tak adalah sebesar halaman rumah ayahnda dan bonda dekat Cherating.
Setelah selesai solat isyak, Adam turun ke bawah. Dia mencari kelibat Damia dan Humaiera. Di ruang tamu kosong sahaja. Namun tiba - tiba Adam menghidu sesuatu dari ruang dapur. Nyummm bau sedap semacam aje. Siapa yang masak kat dapur ? Tak silap Adam , ayahnda kata nak hantar satu pembantu rumah minggu depan.
Seketika Adam masuk ke ruang dapur. Kelihatan figura isterinya yang sedang bertungkus lumus memasakkan sesuatu.
" Ehh my princess masak apa tu ? " sapa Adam.
Damia menoleh.
" Eh awak...saya masak nasi goreng aje...lagipun kita tak ada bahan masak banyak lagi...so sebelum kita masuk pindah, bonda ada beri beberapa barang dapur. " jelas Damia.
" Oh...wahh isteri saya masak lah...Tak pernah lagi saya rasa masakkan isteri saya ni..." kata Adam seraya menjenguk - jenguk apa yang dimasak oleh Damia.
" Hahaha maaf ya Adam...sebab sejak kita kahwin saya tak pernah jalankan tugas saya sebagai isteri...masakkan untuk awak...sebab awak tahu kan..sejak saya kahwin dengan awak semua benda pembantu rumah buat...diaorang tak bagi saya masuk campur...." kata Damia tulus.
Chupp !
Adam mencium pantas pipi Damia. Damia tersenyum kecil. Alahai Adam ni suka curi - curi cium pipinya.
" Its okay princess...saya faham...dah memang kita ni bukan rakyat biasa..nak buat macam mana kan ? Hmm tak apa lah...awak masakkan lah untuk saya untuk beberapa hari ni sebelum ayahnda kirimkan pembantu rumah ya...." kata Adam.
Damia mengangguk kecil. Baik lah dia akan cuba masak untuk Adam sebelum ayahnda mentuanya mengirimkan pembantu rumah.
" By the way Maiera mana ? " tanya Adam.
" Maiera ? Oh dia ada dekat atas kot.." balas Damia sambil sibuk mengaul - gaul nasi gorengnya.
" Ehem - ehem....kat atas apanya. Dari tadi Maiera kat sini tau ...tengah tengok drama sweet abang ngan kak Mia ni...hahaha " kata Humaiera seraya melangkah menuju ke peti sejuk untuk mengambil air.
Hahahaha ya daripada tadi Humaiera tercegat dekat situ cuma Adam dengan Damia aje yang tak perasan. Asyik sweet - sweet berdua aje.
" Errr tak apa lah abang ke depan dulu..." kata Adam seraya melangkah pergi. Hahaha malu siot. Tu susah nak sweet - sweet kalau ada adiknya stay dalam rumah yang sama ni.
" Hahaha eleh malu lah tu..." usik Humaiera lagi.
Damia hanya tergelak kecil jadinya. Hahahaha apa lah adik beradik kembar ni. Ni kalau ada Adwa memang kuat disakat lagi lah Adam tu.
*********
Keesokan harinya mereka masuk kelas seperti biasa. Adam,Damia dan Humaiera telah dihantar oleh driver yang dikirimkan oleh ayahnda Huzairie mereka. Kini ke mana sahaja mereka akan dihantar oleh driver tersebut.Hmm Adam tetiba terfikir nak beli kereta sendiri pulak.Susah lah kalau asyik harapkan driver aje. Nak kata Adam tak ada lesen kereta tak juga sebab masa cuti habis SPM hari tu Adam dah pergi ambik lesen dan lulus dah pun.
" Humaiera...tolong..." kata Adam ingin berpesan.
" Ya Maiera tahu...tolong jagakan Damia...jangan biarkan dia sorang - sorang..Kalau ada apa - apa call abang...Haish dari dalam kereta lagi abang Adam pesan benda yang sama aje..." kata Humaiera.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...