Adam dan Damia sudah sembuh sepenuhnya. Mereka juga telah masuk ke sekolah seperti biasa. Damia dan Firdaus masih sahaja berkawan rapat. Adam hanya mampu berdiam diri. Tika ini dia tak mampu nak buktikan apa - apa lagi. Dia tidak mahu sampai Damia lebih percayakan Firdaus jika dia terus menerus memberitahu Damia tentang niat busuk Firdaus. Damia takkan percaya tanpa bukti.
Namun apabila Adam mendiamkan diri , Firdaus makin memijak kepala nampaknya. Dia lebih cuba untuk rapat dengan Damia dan sengaja menimbulkan perasaan cemburu dan sakit hati kepada Adam.
" Hish geram pulak aku tengok budak baru tu...makin hari makin rapat pulak dengan si Damia..Kau tak rasa sakit hati ke Adam ? Kau kan suami Damia ? " ngomel Ikhwan kepada Adam.
Adam hanya termenung jauh. Hari ni dia berehat berdua dengan Ikhwan.
" Oii Adam aku cakap dengan kau ni...kau tak sakit hati ke ? " kata Ikhwan seraya menolak lembut pipi Adam yang flawless gitu...
" Hah ? Oh pasal tu...hahaha siapa aje yang tak jelous...Hmmm tapi aku tak tahu nak buat apa ...semua ni terlalu rumit bagi aku Ikhwan...." luah Adam.
Ikhwan sedikit pelik. Eh ? Aku tanya pasal Damia rapat dengan Firdaus aje. Asal sampai Adam cakap semua ni terlalu rumit untuk dia ?
" Maksud kau ? "
" Hmmm kalau kau nak tahu...budak baru tu ada niat jahat dekat Damia....Kalau kau nak tahu , kalau tak kau takkan dapat jumpa aku kat sini sekarang..." kata Adam sedih sambil matanya jauh merenung ke padang bola yang kosong tanpa pemain.
Ya sini lah port Adam ngan Ikhwan suka rehat kalau tak mahu rehat dengan budak - budak lain.
" Hari tu budak baru tu melawat aku dekat hospital...nasib baik Allah nak tunjuk dekat aku niat busuk dia...Dia cuba cabut alat penafasan aku masa tu....nasib masa tu aku pura - pura pengsan ....kalau tak aku tak tahu apa akan jadi dekat aku..." jelas Adam hal yang sebenar.
Ikhwan menunjukkan reaksi yang amat terkejut. Dia tak tahu pula yang Adam lalui semua tu ?
" Apa ? Kau biar betul ?! "
Adam tersenyum sinis seketika.
" Mungkin kau pun tak percaya apa yang aku cakap kan ? Sama macam Damia...Dia pun tak percayakan aku..." kata Adam redha.
Tetiba Ikhwan menyentuj bahu Adam.
" Aku percayakan kau..." kata Ikhwan serious.
Adam sedikit mendongak memandang ke arah Ikhwan memandangkan Ikhwan sedang berdiri.
" Kenapa kau percayakan aku pulak ? "
" Erk..actually...aku tahu pasal plan budak baru tu dengan abang fasi....diaorang memang ada rancang nak tinggalkan Damia dalam hutan tu sorang - sorang..." cerita Ikhwan.
" Kau tahu ? Macam mana kau boleh tahu ? " tanya Adam terkejut.
" Ermm macam ni...lepas aje kau pengsan....kan semua jadi panik dan bawa kau pergi...aku tak sengaja terdengar perbualan si Firdaus tu dengan abang fasi ... dia cakap terima kasih jalankan plan ni dengan berjaya...pastu aku dengar lagi ....abang tu ada tanya kenapa Firdaus nak sangat buat plan ni...pastu kau tahu tak apa dia jawab ? " jelas Ikhwan serious. Kali ni dia benar - benar serious. Tidak seperti selalu.
" Apa dia jawab ? "
" Serious aku terkejut dengar jawapan dia...Dia cakap dia nak balas dendam untuk pihak abang kembar dia..." kata Ikhwan gugup.
Adam tersentak ! Apa ? Firdaus nak balas dendam untuk Fir ? Kejap ! Takkan lah dia salahkan Damia atas kematian Fir ? Gila ke apa budak ni ?
" Aku tak sangka pula yang dia segila ni....dan cuba nak bunuh kau pulak..." kata Ikhwan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomansaFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...