Sejak dari hari itu, Damia makin rapat dengan Adam. Perasaan cinta juga makin lama makin tumbuh mekar dalam hati masing - masing. Namun salah satu dari mereka tiada seorang pun yang berani mengungkapkan perasaan itu. Sebab apa ? Sebab masing - masing takut cinta mereka bertepuk sebelah tangan.
Para pelajar Smk Tunku Abdul Putra juga pelik ! Bagaimana nasib malang Damia itu boleh bertukar menjadi tuah ? Macam mana dia boleh rapat dengan Tengku Adam sedangkan orang lain tidak. Nak tegur Tengku Adam pun belum tentu. Masih juga ada beberapa pelajar yang tidak puas hati dengan keakraban yang terjalin di antara Damia dan Adam. Sama macam dulu di mana waktunya Damia yang rapat dengan Firdaus.
Ada juga pelajar - pelajar yang membuat andaian. Hmmm mula - mula aje rapat nanti mesti Damia tu akan jadi penyebab kematian. Ya lah sama macam apa yang terjadi pada Firdaus dulu. Alahai jahat betulkan mulut dan fikiran sesetengah manusia yang selalu nak iri hati dengan orang. Tak pernah nak terima hakikat. Tak semua orang Allah akan bagi hidup dia sengsara selalu. Mesti akan ada juga harinya untuk bahagia.
" Damia..." panggil Adam.
" Ya ? " sahut Damia.
Mereka berdua duduk di bawah pokok rendang di padang sekolah. Berhenti berehat daripada melakukan aktiviti sukan. Memandang sekarang tengah waktu sukan.
" Awak rasa akan ada tak pengganti Firdaus bagi awak ? " tanya Adam sambil matanya masih memandang ke arah beberapa kawan kelasnya yang sedang bermain bola sepak tanpanya.
Damia terdiam seketika. Sedikit terkesima dengan soalan yang tiba - tiba diajukan oleh Adam. Akan ada tak pengganti Firdaus? Dah ada pun..awak lah orang tu Adam..
" Ermm...entah lah..tak kot..sebab tiada siapa pun yang sudi kawan dengan saya Adam..ni pulak nak jadi pengganti Firdaus..saya budak malang..siapa aje yang berani nak dekat? " bohong Damia sedangkan dia sendiri tahu Adam adalah pengganti bagi Firdaus saat ini.
" Ohh..hmmm jangan la cakap macam tu Damia..jodoh ajal semuanya di tangan tuhan..mana tahu dalam awak duk kata budak malang..tetiba dapat jodoh dengan anak raja pulak kan ? " kata Adam spontan. Langsung dia tak teringat yang dirinya itu anak raja. Seolah - olah dia memaksudkan anak raja itu adalah dia.
Damia terbatuk - batuk kecil. Adam pantas memandang Damia di sebelah.
" Err kenapa ? Saya salah cakap ke ? "
Damia menggeleng laju.
" Ermm awak pulak macam mana ? Awak rasa awak boleh dapat pengganti Anisa ke ? "
Adam pula yang tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh Damia.
" Ermm..pengganti Anisa ? " soal Adam perlahan..
" Ermm ya lah.."
" Entah lah...ermmm makan masa juga untuk saya lupakan Anisa.." luah Adam juga menutupi perasaannya terhadap Damia. Takkan dia nak bertepuk sebelah tangan kan ?
" Hmm ohh ya tak ya jugak kan.." jawab Damia sedikit hampa.Kau takkan pernah dapat bertahta di hati Adam , Damia.
Seketika masing - masing melayan perasaan sambil melihat padang yang terbentang luas di hadapan mereka.
Dalam diam ada mata - mata yang memerhati dari jauh tidak puas hati.
*******
Pada petang itu, memandangkan Adam tak buat apa - apa so pun buka la buku study..Hahahaha pelajar cemerlang sekolah ni.Adam memilih buku matematik. Subjek kegemarannya. Entah lah ramai pelajar merungut tak suka math tapi baginya suka saja. Mungkin lah dia ikut jejak ayahndanya yang suka dengan subjek math barangkali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
Lãng mạnFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...