Bab 35

3.6K 330 33
                                    

Pejam celik pejam celik tempoh untuk honeymoon dan buka sekolah untuk tahun baru sudah tiba. Kejap aje rasakan. Alahai tak puasnya cuti tambah - tambah sejak dah ada isteri and permaisuri hati ni.

Adam dan Damia mula masuk ke sekolah seperti biasa namun yang tak biasanya ni, Adam sedikit pelik kenapa bonda Hazwani tetap merahsiakan identiti sebenar Damia. Bonda pernah berpesan pada Adam supaya jangan pernah bagitahu siapa Damia di sekolah nanti. Adam juga agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh bonda mentuanya bahwa pihak sekolah termasuk pengetua sekolah memang tahu soal identiti sebenar Damia namun mereka merahsiakannya atas permintaan bonda Hazwani sendiri.

Bila ditanya kenapa sebegitu pada bonda Hazwani. Bonda hanya cakap tak ada apa - apa . Ni semua untuk kebaikan Damia.

Kenapa bonda mentuanya hanya berikan tanda tanya kepada Adam ? Tak kesah lah. Aku akan cari juga dan siasat tentang rahsia disebalik identiti Damia.

Aku berhak tahu sebab sekarang Damia di bawah tanggungjawab aku.

Hari pertama sekolah di tahun baru. Kini Adam dan Damia dah jadi budak senior iaitu pelajar form 5. Haish tahun ni ada exam penting. SPM 😪 Okay , jangan kata identiti Damia aje yang dirahsiakan namun perkahwinan Adam juga dirahsiakan. Kawasan cherating ni kan agak jauh sedikit so tak ramai yang tahu soal perkahwinan Adam dan Damia. Maka perkahwinan di antara Adam yang tahu hanya lah Ikhwan..

Setibanya Adam dan Damia di sekolah. Mulai tahun baru ni , Adam , Damia dan adik beradiknya di hantar ke sekolah dengan driver. Ada juga pelajar - pelajar memandang sinis dengan kehadiran Damia yang datang sekolah dengan 3 orang anak raja tersebut. Namun siapa aje yang tahu akan kelayakkan status Damia juga merupakan anak dari kerabat diraja.

" Princess ... " panggil Adam perlahan di sebelah yang jalan beriringan dengan Damia menuju ke tapak perhimpunan.

Damia menoleh ke arah Adam.

" Jangan pedulikan pelajar lain yang pandang sinis dekat Mia ya...abaikan diaorang.." pesan Adam seperti memahami Damia yang berasa tidak selesa dari tadi.

Damia sedikit tenang setelah mendengar kata - kata Adam itu. Damia kini lebih yakin bila Adam ada di sampingnya.

" Thanks my prince ..." ucap Damia.

Adam mengangguk kecil seraya berpisah dengan Damia untuk masuk ke barisan masing - masing.

********
Waktu rehat , Damia menyuruh Adwa dan Humaiera untuk ke kantin dahulu sebab Damia tiba - tiba rasa nak ke toilet. Adam ? Adam pula dia ada sedikit urusan dekat bilik guru. Maybe nak tanya tentang pelajarannya dekat guru kelas kami agaknya.

Seketika Damia melangkah menuju ke toilet perempuan. Apabila hampir sahaja Damia dengan toilet tiba - tiba ada sedikit pelanggaran di antara dia dengan seseorang namun nasib baik Damia tidak terjatuh.

" Sorry.." ucap orang yang terlanggar Damia itu.

Damia tidak sempat nak pandang wajah orang yang melanggarnya itu. Lagipun orang tu dah berlalu pergi.

Yang Damia pasti orang yang terlanggar Damia tu seorang lelaki. Berpakaian biasa bukan baju sekolah ermmm orang luar ke ? Namun bila tengok dari belakang nampak macam sama baya dengan Damia aje. Ahhh sudah lahh...Damia meneruskan niatnya untuk ke toilet.

Dalam beberapa minit macam tu, Damia keluar dari toilet. Tetiba terserempak dengan Amanda dan Farah.

" Hoii budak malang ! " teriak Amanda lalu menolak sedikit bahu Damia.

Damia mengundur beberapa tapak jadinya.

" Apa lagi yang awak berdua nak ni ? " tanya Damia.

" Hmmm kitaorang nak kau berambus dari sekolah ni ! Asal tahun ni pun kau still sekolah ni ? Kau tahu tak di sebabkan nasib malang kau kitaorang kena tukar kelas masuk kelas last tahu tak ? Ni semua sebab kau ! " hambur Farah.

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now