Hari ni sekolah macam biasa. Adam lalui tanpa ada masalah apa - apa cuma hari - harinya di kelas di ganggu oleh nenek - nenek 2 orang yang asyik nak ajak dia berborak aje. Siapa lagi kalau bukan Amanda dan Farah. Budak acah - acah hot SMK Tunku Abdul Putra.
Hari ni tiba - tiba Adam terasa nak ke kantin pulak pada waktu rehat. Teringin juga nak melawat kantin di tempat baru kan? Di kantin, pelajar tak lah terlalu padat. Boleh tahan lah.
" Adam kau nak makan apa ? Meh aku tolong beli kan ..." tawar Ikhwan.
" Boleh jugak. Kau tolong aku belikan air aje. Aku tak nak makan " kata Adam.
" Aiceycehh jaga badan ke bro ? Patut la smart aje aku tengok kau ni.." usik Ikhwan.
Adam memandang pelik ke arah Ikhwan. Selama ni , ni lah kerja Ikhwan ? Usya badan aku pehal ?
" Hahahaha kau ni tak payah pandang aku macam tu la..aku tahu aku handsome .." kata Ikhwan lalu beredar meninggalkan Adam.
Adam hanya menggeleng. Nasib lah aku dapat kawan tiga suka macam tu.
Seketika Adam berdiri di suatu tempat yang kurang sedikit orang. Entah dia tak suka la ramai - ramai. Sesak nafas dibuatnya. Adam tidak perasan akan adiknya yang sedang makan di meja yang berdekatan dengannya.
" Eh tu abang Adam kan ? Keluar rehat pulak dia hari ni ? " kata Humaiera dengan mulut penuh duk kunyah sosej.
" Haah la abang Adam..ermmm biar aje la dia. Dia tu kan pelik sikit. Kejap nak rehat lah, kejap tak nak rehat lah.." kata Adwa yang sambil sibuk dengan kuey teow tomyamnya.
Humaiera hanya mengangguk kecil.
Adam masih menunggu kedatangan Ikhwan. Lama betul budak tu beli. Ramai sangat ke orang ? Semasa Adam menunggu , ramai jugak lah pelajar - pelajar junior dan senior perempuan duk usya dia. Ada yang tersenyum - senyum kucing. Adeh tak selesa betul Adam dibuatnya. Namun Adam tetap menayangkan muka serious dan coolnya.
Dalam diam dua orang budak acah - acah hot sedang merancangkan sesuatu.
" Eh Farah kau nampak tak budak malang tu ..." kata Amanda sambil menunjuk ke arah Damia yang sedang membawa pinggan yang berisi nasi.
" Haah nampak aje kenapa ? " tanya Farah balik..
Amanda tersenyum sinis seketika.
" And now kau nampak tak Tengku Adam yang kat situ ? " tanya Amanda lagi kini ditunjuknya ke arah Adam pulak.
Farah terdiam seketika. Cuba mencerna apa yang ingin disampaikan oleh Amanda.
" Jom tolong aku malukan budak malang tu dekat depan anak raja tu " kata Amanda sinis.
Farah akhirnya faham maksud Amanda lalu tersenyum sinis juga.
Seketika Farah dan Amanda mendekati laluan yang ingin dilalu Damia. Semasa Damia membawa pinggan yang berisi nasi tersebut dan apabila dia sudah hampir bertembung dengan Adam , tiba - tiba Amanda menyelit di sebelah Damia dan berjalan laju sehingga berselisih dengan bahu Damia. Akhirnya Damia hilang imbangan dan terjatuh ke hadapan. Malangnya pinggan berisi nasi itu tertumpah di atas baju Tengku Adam Hanafie.
Damia tersentak !
Bunyi pinggan jatuh menarik perhatian pelajar yang berada di kantin tersebut. Adam terdiam seketika.
" Oh my god Adam ! " kata Amanda acah - acah terkejut.
Damia yang terjatuh di atas lantai tak berani mendongak. Tetiba Farah menarik tangan Damia supaya dia bangun.
" Hey Damia ! Apa yang kau dah buat ni hah ?! " jerkah Farah lalu menolak - nolak Damia di hadapan Adam.
Adam begitu terkejut. Bukan disebabkan nasi yang tertumpah di atas bajunya tapi terkejut akan Damia yang diperlakukan seperti sampah di hadapannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...