*Disuggestkan baca chapter ni smbil dgr instrument yg sis letak kt ats tu ya 👆*
Damia sekejap pusing ke kiri dan ke kanan. Entah lah tidak selesa dia tidur di rumah mentuanya pada malam itu. Hmmm fikirannya kusut sangat. Kekadang dia juga memikirkan apa yang bakal terjadi dengan rumah tangganya akan datang ? Aku akan bercerai dengan Adam ke ?
Tetiba air mata Damia mengalir perlahan.
" Adam...kenapa kita jadi macam ni sekarang ? Kenapa awak buat macam ni dekat saya ? Mana janji - janji awak dulu...awak pernah cakap nak bahagia kan saya hingga hembusan nafas terakhir awak...tapi kenapa awak curang dengan saya Adam ? " desis hati Damia sebak.
Akhirnya, Damia mengubah posisinya. Dia mula bergerak ke toilet. Damia ingin membasuh mukanya lalu mengambil air wudhuk...Damia nak buat solat untuk tenangkan dirinya.
Seminggu kemudian. Setelah semuanya telah berubah, kini penampilan dan gaya hidup Adam juga berubah. Adam kini tidak lagi ke U . Yelah gila nak pergi U ? Ayahnda dah tak bagi lagi aku ada kaitan apa - apa dengan harta dia.
Adam mengenakan topi pada kepalanya. Dia memakai baju t - shirt biasa di dalam lalu dipadankan dengan baju kemeja diluar dan tidak dibutangkan. Seketika dia mula keluar untuk ke bandar. Itu lah rutin harian Adam sejak dia diusir dari keluarga kerabat diraja.
Adam buat busking dekat bandar. Itu sahaja yang dia mampu buat. Sambil busking tu , ada juga lah orang yang bagi dia duit apa semua. Alhamdulillah duit tu semua boleh dibuat sebagai duit simpanan Adam.
Nasib baik Adam pandai nyanyi dan ada gitar. Untung sahaja, Adam minta Humaiera untuk bawakan gitar miliknya. Humaiera dah percayakan Adam ke ? Hahaha actually , Humaiera percaya aje Adam cuma waktu tu dia tak berani nak mengaku yang dia percayakan Adam sebab ada ayahnda. Lagipun ayahnda tengah marah takkan ada sesiapa lah yang berani nak membantah.
Seketika Adam duduk berehat di tepi.
" Alahmdulillah hari ni rezeki aku banyak..." getus Adam seorang diri.
Tetiba Adam tersenyum sendiri.
" Susah juga nak cari duit kan ? Hahaha..tu lah Adam elok - elok jadi anak raja tapi last - last kena sabotaj pulak...." kata Adam sendiri.
Adam masih tak tahu siapa yang sabotaj dirinya ke apa ? Dia tak cari ke ? Hahaha tak payah cari pun dia tahu siapa yang buat semua ni. Hmm tak guna betul lah orang tu , licik gila ! Dengan cara macam ni dia cuba jatuhkan aku ? Its okay , aku akan buat semuanya terbongkar !
Tetiba Adam menoleh ke mall yang berdekatan di situ. Secara kebetulan Adam melihat 2 figura yang amat dia kenali sekali. Seketika Adam mengikuti kedua - dua figura tersebut dalam diam. Kelihatan kedua - duanya amat bahagia di sisi antara satu sama lain.
" Hmmm dia dah bahagia sekarang....Jauh lebih bahagia daripada dia di samping aku..." desis hati Adam sedih.
Siapa yang Adam intip tu ? Adam intip Damia dan Firdaus. Diaorang pergi mall sama - sama.
" Maafkan aku Fir...aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau untuk jaga Damia. Lepas ni adik kembar kau yang akan ambil alih tugas aku.." monolog hati Adam. Selepas itu dia cepat - cepat berlalu dari situ. Perit hati Adam untuk mengaku semua ni. Dia masih sayangkan Damia. Bahkan seperti yang pernah dia janjikan ... dia akan sayangkan Damia sehingga hembusan nafasnya yang terakhir....
************
Adam melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah seseorang. Apabila Adam menuju ke pintu masuk rumah , dia terserempak dengan pemilik rumah tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...