Bab 23

3.7K 372 44
                                        

Karnival yang dinanti - nantikan setiap warga sekolah Smk Tunku Abdul Putra akhirnya hadir jugak. Cepat betul masa berlalu kan ? So apa yang jadi dengan hal cafe ? Betul ke apa yang dicakapkan oleh Ikhwan ? Tahun ni kelab seni budaya kena uruskan ke cafe yang selalu dibuat bila adanya karnival amal ?

Ya semua tu betul. Tahun ni tugas diberikan kepada kelab seni budaya. Namun andaian yang dibuat Ikhwan meleset sama sekali. Hahahaha kenapa ? Yang soal tak laku tu ke ? Ya ! Serious tahun ni cafe yang diuruskan kelab seni budaya mendapat sambutan yang tak dijangka.

Ramai pelanggan gila. Sampai tak menang tangan lah dibuatnya. Eh ? Macam mana boleh sampai macam tu ?

Hahahah mana taknya laku. Ada Tengku Adam Hanafie kot sebagai pelayan dekat cafe tu. Memang ramai pelajar la yang singgah cafe tu lebih - lebih lagi pelajar perempuan. Pehhh beratur beb ! Cafe ni bertambah laku lagi bila majalah sekolah yang ada wajah tampan adik beradik kembar diraja dekat cover depan telah laris dijual.

Adam berdiri di suatu sudut memerhati pelanggan yang sedang menjamu selera dengan hidangan dessert dan makanan western yang disediakan oleh kelab seni budaya. Adam tersenyum puas hati. Akhirnya dia dapat buktikan yang kelab seni budaya sekolah barunya ini tidaklah sekrik krik mana pun 😂

Tetiba pandangan Adam beralih kepada Damia yang sedang menghantar makanan kepada pelanggan. Adam tetiba teringatkan kejadian beberapa hari sebelum karnival diadakan.

*Flashback*

" Okay..ermm Tengku boleh jadi sebagai pelayan untuk cafe tak ? " tanya pengerusi kelab Seni Budaya iaitu Ameer.

Adam berdiam diri seketika dan memikirkan sesuatu.

" Ermm tak apa lah..Tengku boleh fikir dulu..okay .. ermm Damia..awak boleh tolong dibahagian pembersihan nanti tak dekat belakang nanti.." terang Ameer lagi.

Ya Adam dan Damia adalah satu kelab yang sama iaitu kelab Seni Budaya. Manakala adik - adik Adam pulak terpisah dengannya kerana masuk ke kelab Usahawan muda. Ahhh tak kesah lah. Janji ada kelab sudah.

Tetiba ada beberapa senior lelaki lagi menyampuk.

" Haah Damia...kita letak belakang aje..letak bahagian pelayan nanti kang tak laku pulak cafe kita. Biasalah budak malang lah katakan.." kutuk senior - senior tersebut.

Damia hanya tertunduk malu. Hmmm kenapa ada saja dirinya menerima kutukkan dari senior - senior.

Adam hanya memandang tajam ke arah senior - senior itu lalu berbicara.

" Hmmmm saya akan bertugas sebagai pelayan kalau Damia diberikan tugas yang sama.." kata Adam serious.

Semua ahli - ahli di situ sedikit terkejut dengan permintaan Adam. Begitu juga Damia.

*EndFlashback*

Kalau bukan aku yang ada kuasa sebagai anak raja. Mesti Damia diperlakukan macam hamba dekat bahagian belakang tu punya la..

Sampai bila entah orang nak kutuk dia ? Nak hina dia ? Tak penat ke mulut - mulut orang yang bersuara jahat ni ?

Adam sendiri juga buntu macam mana lah dia nak tutup semua mulut - mulut manusia yang suka menghina Damia ni..

" Oii Adam.." tegur Ikhwan menyentakkan Adam.

" Hah ? "

" Mengelamun jauh nampak ? Asal cafe tak laku ke bang ?" kata Ikhwan dan sempat lagi memerli.

" Hotak engkau cafe tak laku. Tu apa kebendanya meja semua full.." kata Adam sedikit geram dengan anggapan Ikhwan.

Ikhwan cepat - cepat memerhati setiap sudut yang dipenuhi dengan pelanggan. Dia sedikit terlopong ! Mak aiiii bkn main ramainya. Gila ! Lagi ramai dari tahun sebelum - sebelum ni.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang