Bab 46

3K 282 60
                                        

Itu lah kali terakhir Adam melihat Firdaus. Kata - kata terakhir Firdaus itu amat menggentarkan dada Adam. Hmmm Adam tahu tak mudah nak ubah pemikiran Firdaus. Dia bukan calang - calang orang. Dia tetap akan usaha demi mencapai apa yang dia nak. Hmm Ya Allah engkau kuatkan aku dalam menghadapi ujianmu yang bakal datang kelak. Bantu aku untuk selesaikan semua ni.

Siku Adam ditolak oleh seseorang yang duduk disebelahnya.

" Oii kau termenung apa ? Aku tengok sampai nak tembus slide Prof Marry tu kau tengok.." kata Ikhwan.

" Hah ? Mana ada lah....aku tak termenung pun..aku tengah fokus lah ni..." bohong Adam.

Ikhwan mencebik. Ye ye aje tu.

Eh kejap Prof ? Diorang dekat mana sebenarnya ni ?

Ya masa berlalu dengan begitu pantas sekarang ni. Kejap aje diaorang dah sambung belajar dekat Universiti. Masing - masing dah masuk Universiti pilihan masing - masing. Result SPM hari tu pun semuanya bagus - bagus. Itu lah siapa yang usaha dia dapat lah apa yang dia nak. Adam, Damia , Humaiera dan Ikhwan masuk UITM manakala hanya Adwa seorang sahaja yang masuk USM.

Kenapa Adwa seorang aje yang masuk USM ? Sebab dia memang teringin sangat nak masuk USM. Habis ayahnda iaitu Tengku Ilham Huzairie tak halang ke dia sorang aje yang masuk USM ? Ermm pada awalnya halang juga lah sebab semua kembar Adwa masuk UITM kan ? Tapi Adwa berjaya memujuk ayahndanya iaitu Huzairie dan menyakinkan ayahndanya  bahawa dia boleh masuk USM. Akhirnya Huzairie berlembut hati dan mengizinkan Adwa masuk ke sana. Huzairie tidak mahu memaksa dan dia hanya ingin anak - anaknya berjaya. Biarlah diaorang mengikut haluan diaorang masing - masing.

Okay tertunai jugak lah hajat Adam nak satu U dengan princessnya kan ? Ya memang satu U tapi bukan satu course. Damia telah memilih course seni pastri manakala Adam memilih course sains komputer. Ikhwan amik course yang sama dengan Adam manakala Humaiera pulak ambik course yang sama dengan Damia.

Hahahah Ikhwan ni ke mana aje Adam pergi semua nak ikutkan ? Well buddyz forever !

By the way apa jadi dengan Firdaus ? Dia masuk U mana pulak ? Hmm entah lah setakat ni Firdaus masih belum muncul lagi. Hari ambil result SPM pun diaorang tak nampak Firdaus. Setakat ni Adam masih berasa aman. Namun Adam tetap kena bersedia juga sebab bila - bila sahaja Firdaus boleh muncul balik.

Kelas Prof Marry telah berakhir. Semua pelajar keluar meninggalkan dewan kuliah begitu juga Adam dan Ikhwan.

" Adam...cafe jom ? " ajak Ikhwan.

" Haah kau pergi ahh dulu...aku nak pergi toilet jap.." kata Adam.

" Orite...aku pergi chop tempat dulu ea ! " kata Ikhwan seraya berlalu meninggalkan Adam.

Seketika Adam bergerak untuk ke toilet. Dalam perjalanan hendak ke toilet tiba - tiba berlaku satu pelanggaran kecil antara Adam dengan seseorang.

" Eh sorry - sorry..." kata Adam.

Nasib baik tak jatuh anak dara orang hahaha.

" Err sorry juga..." kata Sofee.

Adam mengangguk kecil. Seketika dia berlalu pergi meneruskan niatnya yang hendak ke toilet.

Sofee atau nama penuh Anis Sofee pelajar diploma pengurusan maklumat. Dia juga ingin berlalu tapi tiba - tiba dia terpijak sesuatu. Seketika Sofee melihat sesuatu di bawah tapak kakinya.

" Eh kad pelajar ? " desis hati Sofee.

Selepas itu dia mengambil kad pelajar tersebut. Tertera la gambar  Adam dan namanya.

" Tengku Adam Hanafie ? " desis hati Sofee. Ehh mamat tu anak Tengku Ilham Huzairie kan ?

Ya Sofee tahu serba sedikit tentang ahli kerabat diraja tersebut. Tak sangka pulak yang anak raja pun ada belajar dekat sini. Eh dia tertinggal kad pelajar ni pulak. Haish macam mana nak cari dia ni ? Sofee menoleh ke belakang juga Adam sudah tidak ada lagi. Hmmm mati lah Sofee nak kena cari satu U ni...dah la banyak falkulti.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang