Ke hulur ke hilir jadinya Adwa. Dia dirundung rasa risau. Ya Allah selamatkan lah Nadine. Harap dia tak ada apa-apa yang serious. Hmm andai saja aku tak terlambat buka pintu tadi mesti tak seteruk ni jadinya.
Haish.. Benda apa yang kacau dia tadi pun tak tahu lah. Hmm alahai nanti kang aku pulak yang dicop suami dayus. Yelah kalau orang tuduh aku yang aku pukul isteri dera isteri ke macam mana? Tak ke naya namanya tu.
" Ermm Tengku Adwa? " panggil doktor yang bertugas.
Ya disebabkan tak mahu orang lain tahu, Adwa membawa Nadine ke hospital kerajaan biasa sahaja. Hmm nak pakai doktor peribadi diraja ? Oh no ! Boleh masalah besar jadinya. Nanti ayahnda soal banyak macam mana? Aku nak jawab apa ? Takkan nak bagitahu yang menantunya ni boleh nampak hantu pulak kan ? Impossible !
“ Macam mana dengan keadaan dia ?” tanya Adwa langsung.
“ Alhamdulillah, Puan Nadine dah stabil sekarang ni. Cuma dia hilang banyak darah juga lah. Tapi...saya pelik pada kesan di pergelangan tangannya yang berdarah tu. Tu bukan kesan kelar menggunakan pisau tapi macam kesan cengkaman yang kuat....Ermmmm apa yang berlaku sebenarnya ni Tengku ? Err maaf kalau saya terlalu berlebihan...Tengku dengan Puan Nadine bergaduh ke ?” kata doktor tersebut.
Glurp ! Adwa tertelan liur sendiri. Ehhh doktor ni ! Nak cop aku dera Nadine pulak ke ?
“ Errr mana ada saya gaduh dengan dia. Ermm tak apa lah doktor...terima kasih sebab tolong selamatkan dia...”kata Adwa malas nak memperpanjangkan lagi cerita dengan si doktor ni.
“ Maaf kalau saya berlebihan...Ehh Tengku tak perlu berterima kasih sepatutnya kami pihak hospital yang patut berterima kasih dekat Tengku sebab sudi menggunakan khidmat kami...”kata doktor.
Adwa mengangguk kecil.
“ So sekarang saya dah boleh melawat dia?”
“ Boleh Tengku..sila kan...”kata doktor.
Seketika Adwa menapak masuk ke dalam bilik rawatan khusus untuk Nadine itu. Dapat dilihat Adwa akan Nadine yang terbaring dengan penuh balutan di setiap anggota badannya. Adwa terasa agak sedih melihat keadaan Nadine yang sebegitu. Teruk juga dia kena gangguan kali ni. Hmm macam mana life dia yang sebelum ni ? Mesti peritkan nak kena tanggung sorang-sorang?
Mama pun tak ada. Mesti dia kesunyiaan kan? Ya Allah aku bersyukur sebab aku diberikan untuk menjadi pelindung dia.
Adwa akhirnya mengambil tempat di bangku yang disediakan di sebelah Nadine itu. Adwa memerhati wajah Nadine yang masih tidak sedarkan diri itu. Seketika pandangannya jatuh pada tangan Nadine. Selepas itu, Adwa perlahan-lahan meraih tangan milik Nadine. Digenggam erat tangan Nadine seperti menyalurkan sedikit kekuatan buat Nadine.
“ Sayang Nadine....kuat ya....habib akan selalu ada dengan Nadine...” tutur perlahan Adwa lalu tangan Nadine diciumnya.
Sumpah. Aku dah mula sayang dan cintakan Nadine. Aku janji pada diri aku yang aku akan jaga dia sampai hujung nyawa aku.
*****************
Adwa tersandar seketika di bangku yang terletak berhadapan dengan pintu bilik rawatan Nadine. Dia menghembus nafas kasar. Adwa terasa lelah. Nadine masih belum sedarkan diri. Apa yang aku nak buat sekarang ? Aku sendiri tak tahu pasal benda-benda halus ni. Andai saja apa yang berlaku ni disebabkan manusia betul , pasti saja aku dah buat laporan polis. Ni masalahnya benda lain. Haish nasib baik kelas Adwa dan Nadine start minggu depan...so masih ada waktu lagi untuk Nadine berehat dahulu.
“ Adwa ... “ panggil seseorang yang baru hadir.
Adwa menoleh.
“ Abang Adam...” sahut Adwa.
Ya akhirnya baru Adam sampai di hospital. Seketika Adam menapak mendekati Adwa lalu mengambil tempat duduk di sebelah Adwa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
