Kelihatan jasad Nia sedang terbaring kaku di atas katil yang ditempatkan di hospital itu. Wayer - wayer mesin denyutan nadi banyak melekat di tubuh Nia.
Nadine hanya terpaku melihat keadaan Nia.
" Hmmm tu aku... masih koma.. " jelas Nia alias roh Nia.
" Macam mana kau boleh ingat dah jumpa jasad kau ni Nia? " tanya Nadine.
" Ermmm tak macam ni... suatu hari tu, tetiba aku rasa macam aku ditarik ke suatu tempat. Tengok - tengok aku sampai sini. Masa tu aku nampak jasad aku yang tengah terbaring tu... tengah bertarung nyawa... tak stabil.... aku ingatkan memang nyawa aku dah habis dah... tapi alhamdulillah still selamat... cuma tu lah aku tak sedar - sedar lagi sampai sekarang.. " jelas roh Nia.
Nadine mengangguk kecil.
" Jadi kau ingat tak mana kau simpan rakaman tu? " soal Nadine.
" Hah tu lah masalahnya sekarang ni...aku tak ingat pasal rakaman tu... hmm sorry Nad... aku rasa if kalau aku boleh masuk balik dalam tubuh aku maybe aku boleh ingat dekat mana rakaman tu... " kata Nia.
Nadine menghembus nafas berat. Hmm Ya Allah macam mana ni?
" Hmm tak apa lah...Nia...kita tunggu aje lah sampai kau sedar ea ? In shaa Allah kau mesti akan sedar juga tak lama lagi..."kata Nadine cuba memberi semangat kepada Nia.
Nia hanya tersenyum manis. Sungguh Nia memang memiliki wajah dan senyuman yang comel. Ya Allah beri kesempatan untuk gadis ini hidup semula.
Seketika Nadine keluar dari wad Nia. Kelihatannya tiada sesiapa ahli keluarga Nia yang datang melawatnya. Hmm teringin juga Nadine nak bersua muka dengan ibu atau sesiapa sahaja ahli keluarga Nia.
Dalam diam ada yang memerhati tingkah laku Nadine yang hanya terpacak di hadapan pintu wad Nia itu. Dia menggenggam erat penumbuknya.
" Perempuan tu buat apa dekat sini ?"
**************
Adwa hanya duduk memeluk tubuh sejak dari tadi di ruang tamu rumah. Sekejap -sekejap jam di dinding di kerlingnya tajam. Haish ! Mana Nadine ni ? Keluar tak bagitahu aku langsung ! Dia pergi mana ? Tahu tak aku ni risau bagai nak gila dah ni. Apa call , whatsapp aku pun tak balasnya.
Tetiba kedengaran bunyi pintu rumah ditutup. Adwa menoleh memandang ke arah bunyi itu. Ya Nadine baru balik..
" Assalamualaikum..."
" Waalaikumusalam..."balas Adwa di dalam hati. Tidak mahu dia bercakap dengan Nadine. Nak merajuk !
" Habib....sorry Nad balik lambat....." kata Nadine lalu mendekati Adwa.
Adwa memeluk tubuh semula lalu memandang ke arah lain. Tanda dia merajuk. Seketika Nadine mengambil tempat di sebelah Adwa.
" Habib...marah Nad ea ?"tanya Nadine lembut lalu meraih tangan Adwa.
Adwa hanya membiarkan hal itu.
" Habib...jangan lah marah..please ? Sorry lah...Nad keluar tak bagitahu habib...Nad tadi...."
Zappp !
Nadine tersentak. Adwa tiba-tiba menarik dirinya ke dalam pelukan.
" Habib risau.....bukan habib marah....tolong lah lepas ni kalau nak pergi mana sekali pun..please bagitahu or contact habib dulu...Kalau jadi apa-apa dekat sayang macam mana ? Kalau habib tak sempat nak selamatkan sayang macam mana ?"luah Adwa. Itu yang dia rasakan sejak tadi.
Nadine tersenyum kecil di dalam pelukan Adwa. Alahaiii sweet aje suami aku ni.
" Okay, Nad minta maaf...lain kali Nad tak buat lagi....Nad akan contact habib dulu...." kata Nadine.
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
