Keesokan harinya. Humaiera dan abang - abangnya menjemput Damia lagi. Sejak Humaiera dah berkawan dengan Damia. Pergi sekolah dan balik sekolah sama - sama. Hidup Damia tidak terasa keseorangan lagi. Kini hari - harinya kembali ceria semula dengan kehadiran 3 triplet ini.
Namun disebalik keceriaan Damia , ada orang yang masih tidak berpuas hati. Hmmm ada aje orang yang tak suka tengok kebahagiaan orang lain. Haish manusia - manusia.
" Nampaknya kau nampak happy sekarang ea ? " desis hati Amnda.
Ya. Amanda lah orang yang memerhati tidak puas hati dengan keakraban Damia dengan 3 triplet tersebut.
" Aku kena cari jalan supaya 3 triplet itu anggap Damia memang budak malang . " desis hati jahat Amanda .
Loceng rehat berbunyi seperti biasa. Sekarang Damia rehat pun dengan Humaiera. Hahahaha dah macam bff pulak diaorang ni.
Adam dan Adwa jugak rehat bersama - sama dengan mereka. Hmmm ada juga pelajar - pelajar yang berbisik - bisik mengenai Damia yang mula rapat dengan 3 triplet tersebut. Antara bisikkan - bisikkan tersebut ialah...
" Macam mana budak malang tu boleh rapat dengan 3 triplet tu ? "
" Eleh nak tunjuk hebat lah tu boleh berkawan dengan anak raja "
" Herrr rapat dengan anak raja semata - mata nak cari perhatian aje. "
" Nak kikis harta anak - anak raja lah tu "
Damia hanya menahan rasa aje. Sakit juga hatinya bila mendengar orang berkata tentang dirinya seperti tu. Tolong lah ! Dia tak seteruk tu.
Tiba - tiba tangan Damia disentuh. Damia memandang orang yang menyentuh tangannya itu.
" Jangan dengar cakap orang. Semua tu fitnah semata - mata. " kata Humaiera memberi kata - kata semangat.
Damia senyum lalu mengangguk.
" Nah makanan korang.." kata Adwa yang tiba - tiba muncul bersama makanan Humaiera dan Damia.
Mereka berdua sedikit tersentak lalu melihat ke arah Adwa dan Adam.
" Kenapa ? Muka macam terkejut semacam aje ? " tanya Adam.
" Err hah ? Tak ada apa - apa lah abang.." kata Humaiera.
Damia hanya mendiamkan diri. Dia tak nak bagitahu Adam tentang pelajar - pelajar yang mengata tentang dirinya. Begitu juga Humaiera. Seperti berkongsi fikiran yang sama , dia juga tidak mahu memberitahu abangnya.
Seketika Adam dan Adwa lalu mula makan bersama - sama Damia dan Humaiera.
******
Beberapa hari kemudian. Semasa waktu hampir tamat sekolah, kelas 4C1 tidak ada guru yang masuk ke kelas disebabkan ada mesyuarat tiba - tiba diumumkan oleh pengetua." Abang...Maiera nak pergi toilet kejap.." kata Humaiera tiba - tiba.
" Nak abang teman ke ? " tanya Adwa prihatin.
Humaiera memandang tajam ke arah Adwa.
" Tak payah nak mengada ! Toilet perempuan lahh..." kata Humaiera lalu beredar...
" Alaaa tapi abang ...."
Belum sempat habis Adwa nak cakap dengan Humaiera..Humaiera telah berlalu pergi. Entah dia rasa tak sedap hati pulak. Hmm tak ada apa - apa kot. Abaikan aje lah..
Dah nak dekat hampir tamat sekolah dah namun kelibat Humaiera masih tidak kelihatan. Hmm ? Mana Humaiera ni ? Adwa dihuni rasa risau. Dia jadi tak keruan. Mata dia pulak tak lepas - lepas memandang pintu. Kenapa lama sangat Maiera pergi toilet ni ?
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...