Sekolah tiba - tiba digemparkan dengan karnival yang akan dibuat lagi 2 minggu. Semua guru sibuk mewar - warkan tentang karnival tersebut. Dengar - dengar karnival tu karnival amal. Mesti best lah , sebab macam - macam gerai akan dibuka nanti . Pastu mesti akan ada satu kelab buat macam cafe untuk orang makan dan minum. Kelab tu selalu random, entah kelab apa tahun ni yang akan buat macam tu.
" Adam..kau kelab seni budaya kan ? " tanya Ikhwan tiba - tiba.
" Hah ya kenapa ? "
" Aku rasa tahun ni kelab seni budaya yang aka jadi untuk buka cafe tu.." kata Ikhwan.
" Asal pulak ? "
" Yelah...kau tahu tak sebab kelab yang lain dah pernah buat dah. Hmm tapi kelab seni budaya ni macam krik krik sikit tahu tak ? So maybe tahun ni kelab seni budaya lah yang kena buat cafe tu..hahahah entah laku ke tidak..mesti tak ada siapa yang datang.. hahaha nasib baik aku masuk kelab usahawan muda..tu ahh kau kenapa tak masuk kelab usahawan muda macam aku ? " kata Ikhwan belagak.
Adam terdiam seketika , cuba memikirkan sesuatu. Hmmm kelab seni budaya dekat sini krik krik ? Tak sama langsung macam kelab seni budaya dekat sekolah lama aku. Kalau dulu kat sekolah lama aku kelab seni budaya lah paling aktif. Paling megah lah ! Siapa aje yang tak kenal dengan kelab Seni Budaya sekolah lama aku tu.
Tetiba Adam bangun dari tempat duduknya.
" Kau nak pergi mana Adam ? "
" Aku nak pergi toilet kejap.." kata Adam lalu berlalu pergi.
Setelah selesai keluar dari toilet, Adam berjalan di sekitar sekolah sekejap. Memandangkan cikgu subjek Addmath tak masuk hari ni. Adam memerhati setiap sudut sekolah, kelihatan ramai juga pelajar yang sibuk menghias sekolah sempena karnival amal yang dihebohkan tu.
Hmm lagi 2 minggu kan karnival tu nak diadakan. Kenapa awal sangat orang buat persiapan ?
Tiba - tiba tengah Adam duk leka berjalan memerhati pelajar - pelajar yang duk buat kerja tu, namanya di seru.
" Tengku Adam ! "
Langkah Adam terhenti , dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.
Kelihatan pelajar perempuan yang ala ala nerd sedikit dengan kaca matanya dan bersama buku nota kecil dipimpinnya.
" Ya ? " sahut Adam.
" Maaf mengganggu..saya Farahana..dari kelab photographer sekolah...nak minta tolong Tengku boleh ? " kata Farhana pelajar tingkatan 5.
" Hah ? Minta tolong ? Mintak tolong apa ? " kata Adam sedikit terpinga - pinga.
Farhana mengangguk laju.
**********
Loceng rehat telah berbunyi. Semua pelajar keluar untuk rehat. Adam bangun dari tempat duduknya lalu dia mendekati tempat duduk Damia." Damia.."
" Ya ? "
" Awak rehat dengan Maiera dengan Adwa dulu ya..saya ada hal sekejap. Kalau Maiera tanya saya mana, awak cakap aje saya ada hal dekat bilik guru.." pesan Adam.
Damia hanya mengangguk tanda faham. Seketika Adam pun berlalu pergi.
" Adam ada hal dekat bilik guru ? Hal apa ? " desis hati Damia.
Adam berjalan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Farhana tadi. Bilik photographer. Ya dekat sekolah ni ada bilik photographer.
Pintu bilik tersebut tertutup rapat. Adam mengetuk perlahan pintu bilik photographer tersebut.
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...