Adam dan Damia duduk berdua di ruang tamu. Damia ingin menolong neneknya di dapur tapi dihalang oleh neneknya. Nenek Jannah menyuruh Damia untuk berbual dan menemani Adam di ruang tamu. Hmm nenek memang sengaja !
Hampir beberapa minit juga mereka mendiamkan diri. Adam hanya memerhati setiap sudut ruang tamu rumah Damia. Agak simple dan tersusun rapi semua perabot di sudut tersebut.
" Hmmm awak ni dah kenapa ea Adam ? " luah Damia akhirnya tidak puas hati.
Adam menoleh memandang Damia yang duduk secara berdepan dengannya.
" Kenapa apa ? "
" Tolong jangan buat - buat tak faham. Kenapa awak ikut saya balik ? Saya dah katakan dekat pantai hari tu yang saya tak nak dan tak boleh terima awak sebagai kawan saya. Tolong lah jangan ganggu saya lagi..ramai lagi orang yang awak boleh kawan tapi bukan saya.." jelas Damia dengan nada yang rendah, takut didengari oleh neneknya pula.
Adam terdiam seketika sebelum kembali tersenyum nipis. Alahai entah la bila dia dengar celoteh Damia pasti dia ingin tersenyum.
" Damia ... mulai detik ni , saat ni , sekarang...saya kawan awak. Okay saya tak perlukan izin awak untuk saya kawan dengan awak pun. Terpulang awak nak anggap saya apa pun saya tak kesah. Yang penting awak kawan saya. Awak ingat ea awak kawan saya. " jelas Adam semula sehingga Damia pula yang terdiam.
Belum sempat Damia berkata apa - apa semula. Nenek muncul sambil menatang dulang air.
" Amboii..serious nampak berboraknya. Berborak apa ? Isu negara ? " kata nenek bergurau. Alahai nenek Jannah ni suka sangat bergurau.
Adam menoleh ke arah nenek Jannah. Dia tersenyum nipis.
" Haha tak ada lah nek..borak biasa - biasa aje. Eh susahkan nenek aje buat air untuk saya.."
" Tak ada apa lah...air kosong aje ni...hehehe tak ada la nenek gurau..air biasa aje ni " kata nenek Jannah.
Damia hanya tayang muka tidak puas hati. Kenapa nenek ni ramah sangat dengan Adam ? Baru aje kenal , tapi nenek layan sangat si Adam ni..
Seketika Adam minum dan berbual - bual ramah dengan nenek Jannah. Macam - macam soalan yang ditanya nenek Jannah kepada Adam. Salah satu soalan yang ditanya nenek Jannah ialah..
" Adam ni kawan atau boyfriend Damia ? "
Adam terdiam seketika sebelum menjawab.
" Setakat ni kawan aje nek..in shaa Allah yang lain tu akan menyusul hahaha " kata Adam selamba.
Damia tayang muka menyampah. Hish nenek dengan dia ni sama - sama naik!
Tak sangkakan Adam yang selalu berperwatakkan serious dan cool boleh jadi sehappening macam ni ?
Seketika Adam melirih jam di pergelangan tangannya.
" Ermm nenek , rasanya Adam dah kena balik ni. Mesti ayahnda dan bonda risau kalau Adam balik lambat. " kata Adam sopan.
" Haah ya tak ya jugak kan. Kamu kan anak raja. Sebenarnya tak boleh pun keluar bersendirian macam ni.." kata nenek Jannah.
Ya nenek sudah tahu tentang status Adam. Adam juga telah menceritakan kenapa dia berpindah ke sini. Pastu dia cerita lah yang ayahndanya iaitu Huzairie ingin dia dan adik beradik yang lain untuk hidup berdikari.
" Damia tolong hantarkan Adam keluar ya. Nenek nak pergi bilik air sekejap. " kata nenek Jannah lalu cepat - cepat beredar.
Damia mendengus kasar. Hish nenek ni saja lagi tau tak ! Nak ke bilik air pun time - time macam ni. Damia akhirnya keluar dengan protesnya. Adam hanya tersenyum kecil. Suka benar dia melihat Damia marah - marah macam tu. Nampak cute aje 😉💕
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...