Kepergian Adam merupakan satu penyesalan buat Damia. Kepergian Adam membuatkan Damia berubah menjadi Damia yang dahulu. Damia yang pendiam dan suka menyendiri. Semuanya kerana kekurangan kepercayaan , saling tuduh menuduh dan juga perasaan dengki yang ditanam dalam diri masing - masing.
Damia mengeluarkan beberapa buah novel dari dalam kotak yang baru sampai tadi. Di susun novel - novel itu di rak - rak yang disediakan. Novel - novel ini menjadi penemannya sejak setahun dulu. Kini Damia hidup sebagai orang biasa. Tiada lagi kerabat diraja. Tiada lagi pangkat dan darjat. Semuanya telah pupus dimakan tahun.
Hidup seperti ini lebih membahagiakan buat Damia. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa bersalah atas kepergiaan Adam.
" Zalikha.." panggil Deena.
" Ya kak Dee ? " sahut Damia lalu menoleh ke arah si pemanggil.
" Yang buku - buku ilmiah nanti belah sana tu tolong susunkan ya..." kata Deena merangkap manager kedai Muaz Bookstore.
Damia mengangguk kecil. Nama panggilan juga sudah ditukar. Damia sudah tidak lagi menggunakan nama Damia mahupun Mia. Dia kini lebih gemar dipanggil dengan nama Zalikha. Hmmm nama DAMIA hanya lah satu kenangan buatnya suatu masa dahulu.
Setelah selesai menyusun novel - novel baru yang sampai tadi , Damia mula bergerak menyusun buku - buku ilmiah seperti yang dikatakan oleh kak Deena tadi.
" Hmmm bestkan jadi buku ? Hmmm orang susunkan, lepastu ada yang beli...dijaga.. dan dibaca..." desis hati Damia sendiri.
Tiba - tiba datang seorang pelanggan menyapa.
" Assalamualaikum.."
" Waalaikumusalam.." jawab Damia seraya menoleh ke arah orang tersebut.
Damia sedikit tersentak. Orang itu tersenyum ke arah Damia. Seketika seseorang itu mendekati Damia lalu dipeluk Damia erat.
" Kak Mia...Maiera rindu kak Mia..." luah Humaiera.
Ya orang itu adalah Humaiera.
Damia terdiam , terkesima dan seangkatan dengannya. Seketika pelukan dilepaskan.
" Kak Mia sihat ? " tanya Humaiera senang. Lama dia mencari Damia. Kini panggilan juga telah bertukar menjadi kakak.
Damia mengangguk kecil.
" Apa Humaiera buat kat sini ? Macam mana boleh tahu saya ada dekat sini ? " tanya Damia.
" Kebetulan Maiera lalu kat sini tadi lepas tu tak sengaja ternampak kak Mia...Tu yang Maiera tegur...Akak...dah lama Maiera cari akak..Akak pergi mana aje ? Kenapa menhilangkan diri selepas kepergian abang Adam ? " tanya Humaiera..
Damia terdiam seketika.
" Kak Mia ? Kak Mia still rasa bersalah dengan apa yang terjadi ke ? " tanya Humaiera.
" Hmm maaf Maiera..saya tengah kerja ni...Lain kali lah ya kita borak pasal ni..Takut nanti boss saya marah pulak..." kata Damia ingin mengelak dari ditanya soalan sebegitu oleh Humaiera.
" Ermm yelah...Hmm esok akak free tak ? Boleh kita jumpa ? Banyak benda Maiera nak bagitahu akak..." kata Humaiera.
Damia menggeleng pantas.
" Esok saya kerja...sorry Maiera saya tak boleh jumpa awak lagi lepas ni..tolong jangan ganggu saya lagi...dan tolong jangan bagitahu sesiapa pun yang saya kerja dekat sini. Saya tak nak jumpa sesiapa pun...Saya minta diri dulu.." kata Damia seraya berlalu pergi.
Humaiera mengeluh sendiri. Hmmm macam mana ea aku nak pujuk Damia untuk kembali ke posisi yang asal ea ? Seketika Humaiera pun beredar pulang. Hmmm dia harus memikirkan cara lain untuk membuat Damia kembali semula sebagai Damia yang dahulu.
***********
Keesokan harinya Damia bekerja seperti biasa. Namun hari ni Damia lebih banyak menyusun stok buku - buku di kawasan yang sedikit terpencil. Bagi mengelakkan dia untuk berjumpa dengan sesiapa pun. Hmmm sejak kedatangan Humaiera kelmarin, telah mengugat hati dan fikirannya kembali. Memorinya bersama Adam mula terjah ke ingatan. Perit rasanya dia apabila mengenangkan itu semua.
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
