Bab 19

3.7K 380 40
                                        

Sepanjang perjalanan balik ke rumah , Adam hanya mendiamkan diri dari Adwa dan Humaiera. Sehinggalah Humaiera menegur abangnya.

" Abang Adam ! Kenapa ? Diam aje ? " tanya Humaiera.

Adam tersentak lalu memandang adiknya.

" Hmmm..kenapa Maiera tak bagitahu abang ? " kata Adam mendatar.

Dahi Humaiera serta merta berkerut. Tak bagitahu ? Benda apa pulak ?

" Apa dia ? Benda apa pulak yang Maiera tak bagitahu ? "

" Tentang abang Damia ? " kata Adam lagi.

" Ohh abang Damia ? Yang dia bawa lari Damia tu ea ? Laa ingatkan Damia dah bagitahu abang..Lagipun abang yang tak tanya dekat Maiera. Mana Maiera tahu yang abang tak tahu lagi pasal abang Damia tu.." jelas Humaiera panjang lebar.

Adam menghembus nafas berat.

" Asal abang ? Ada apa - apa yang kitaorang tak tahu ke ? " sampuk Adwa tiba - tiba.

" Hmmm tak ada apa - apa..." kata Adam lalu berjalan cepat ke hadapan meninggalkan adik - adiknya. Arghhhhh malunya aku 😭

" Abang ! Tunggu lah kitaorang ! Asal jalan laju sangat ? Selalu lembab aje jalannya ! " teriak kedua - dua adik kembarnya.

Sesampainya di rumah , tiba - tiba Adam digemparkan oleh sesuatu.

" Hah balik pun kamu Adam.." kata Aliya.

" Kenapa bonda ? "

" Tu hah ada barang untuk kamu dari nenda.." kata Aliya seraya berlalu ke ruang tamu.

Adam melihat akan barang yang dikatakan oleh bondanya. Benda apa pulak ? Aku ada pesan barang ke ?

" Barang dari nenda ? Eh takkan untuk abang aje ? Kami tak ada ? " kata Humaiera.

" Sibuk aje..dah pergi naik atas ganti baju.." kata Adam menghalau adik - adiknya.

Humaiera mencebik ! Seketika Adwa membawa Humaiera untuk naik ke atas. Adam pulak masih berdiri statik di situ sambil melihat bungkusan di situ. Seketika dia mendekati bungkusan tersebut lalu membukanya.

Dalam beberapa minit. Terpampang di hadapan Adam gitar miliknya. Ohh gitar aku rupanya. Ya tak ya juga aku tak bawa hari tu. Aku tertinggal dekat rumah nenda. Alahai nenda ni tahu - tahu aje aku rindu dengan gitar aku ni. Hahahaha terima kasih nenda.

Seketika Adam naik ke bilik bersama gitarnya itu.

**********

Petang ni Adam berjalan bersama gitar kesayangannya di tepi pantai. Seketika dia mencari tempat di bawah pokok yang rendang.

Dia duduk seorang di situ, memandangkan petang tu orang tak berapa nak ada. Alahai suka benar Adam pada pantai. Tenang aje Adam rasa bila dia dekat pantai. Hahahaha ni kes ikut jejak bonda lah ni yang sukakan pantai. See sekarang Adam pulak yang terjebak.

Seketika Adam cuba memetik gitarnya. Dah nak dekat berapa bulan dah tak petik gitar. Adam cuba memainkan lagu kesukaannya yang terkini iaitu Sampai ke hari tua by Aizat ❤
Dia juga turut menyanyi sambil memetik gitar.
Suara Adam boleh tahan sedap jugak. Hah ni turun dari ayahnda lah ni bakat menyanyi 😂 perfect betul kan Adam ni ?

Sampai ke hari tua by Aizat Amdan.

Jika ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
Menjadi seri mu
Dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
Akulah jodoh mu
Jaga mu selalu

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang