Bab 31

3.7K 333 17
                                        

Adam membuka matanya setelah mendengar bunyi jam penggerak dari telefon bimbitnya. Terasa seperti ada sesuatu di atas tubuh Adam. Eh ? Selimut ? Sejak bila aku pakai selimut pula ? Bukan selimut ada satu aje ke ? Tu pun aku selimut.....

Automatik Adam memandang ke arah katil. Kosong ! Eh mana perginya Damia pulak ni ?

Adam membetulkan posisinya dari baring terus duduk seketika. Di ambil dan di lihat phonenya. Jam di dalam paparan phone Adam menunjukkan pukul 6 pagi.

" Hmm mana Damia ni ? Dia pergi mana pulak pagi - pagi ni ? " desis hati Adam.

Tiba - tiba seseorang keluar dengan siap berpakaian lengkap sambil mengelap kepalanya dengan tuala. Adam sedikit terpegun melihat Damia yang baru keluar dari bilik air tu. Nampak Damia macam lain...segar semacam aje pastu nampak comel pulak tu..dengan rambut panjangnya.

" Ehhh Adam ? Awak dah bangun ? " kata Damia sedikit terkejut.

Adam mengawal riak mukanya. Astagfiruallahalazim...Adam...istigfar banyak - banyak...

" Hmm..." jawab Adam.

" Ermm Adam memandangkan awak dah bangun...boleh tak kalau kita solat sekali ? " minta Damia.

Adam sedikit terdiam. Hmmmm dari mula mereka sah menjadi suami isteri, Adam belum lagi mengimamkan solatnya bersama Damia. Hmm dia berasa kasihan pulak dekat Damia. Ya lah setiap impian kaum hawa yang baru berkahwin mesti nak solat yang diimamkan suami sendiri. Hmm kejam sangat ke aku Ya Allah ?

" Adam ? Boleh tak ? Ermm..kalau tak boleh..tak apa lah...kita solat asing aje.." mengalah Damia akhirnya.

Damia ingin melangkah pergi meninggalkan Adam setelah Adam tidak memberi respon. Hmm tak bagi respon means tak sudilah kan ? Hmmm teringin sebenarnya nak solat diimamkan suami sendiri. Itu la impian setiap perempuan bila dah berkahwin.

Namun Adam cepat - cepat menahan langkah Damia dengan terus menghalang jalan Damia. Nak ditarik tangan Damia takut terbatal air wudhuk Damia pula.

" Hmm ya solat sekali. Tunggu kejap , saya siap..." kata Adam.

Damia terdiam jadinya. Akhirnya , Adam nak imamkan solatnya.

Seketika Adam mengambil barang - barangnya lalu masuk ke dalam toilet. Damia juga mula bergerak untuk bersiap nak solat subuh bersama dengan Adam buat pertama kali.

Dalam 15 minit macam tu , Adam juga sudah bersiap dan duduk di posisinya sebagai imam ketika itu. Bukan sahaja Damia yang rasa berdebar menjadi makmum untuk Adam bahkan Adam juga menjadi berdebar - debar untuk menjadi imam pada Damia subuh itu.

Solat subuh berjalan dengan lancar, akhir sekali Adam membaca sedikit doa selepas solat. Damia hanya menadah tangan dan mengaminkan setiap doa Adam. Damia tersenyum bahagia dalam diam. Suka benar dia mendengar setiap bacaan yang keluar dari mulut Adam. Lancar sahaja bacaannya.

Seketika Adam tiba - tiba pusing menghadap Damia. Damia sedikit tersentak. Err nak buat apa ni ? Salam tangan dia ea ?

Adam tiba - tiba menyuakan tangannya kepada Damia. Tanpa dipinta Damia menyambut huluran itu lalu disalamnya. Adam tersenyum kecil dalam diam.

Seketika masing - masing mengubah posisi. Sejadah juga dilipat dan disimpan.

" Siap , lepas ni kena turun makan pagi dekat bawah dengan ahli kerabat yang lain.." kata Adam mendatar.

Damia mengangguk kecil.

" Hmmm bila aku nak berbaik dengan dia ? Hmm aku pun teringin sangat nak tahu kenapa dia tipu aku pasal surat Firdaus? Hmmm nasib baik , Maiera dah ceritakan separuh dari cerita sebenar. Lagi separuh Maiera suruh aku minta Adam explainkan sendiri. Hmmm Adam memang sayangkan aku ke apa ? " monolog hati Damia sambil melihat figura Adam yang sedang membelakanginya melihat cermin.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang