Lepas aje habis kelas terakhir hari ni , Adam meminta Ikhwan untuk meninggalkan dia sendiri. Dia suruh Ikhwan balik ke hostel dahulu. Adam berjalan - jalan seorang diri di sekitar falkulti - falkulti. Adam cuba mencari ketenangan buat dirinya.
Sejak kejadian dia menumbuk Firdaus kelmarin menyebabkan dia tidak berhubung dengan Damia. Entah lah. Dia tidak mahu ganggu Damia. Biar mereka tenangkan diri mereka masing - masing. Adam tahu , kalau dia cuba berhubung dengan Damia pasti Damia akan menuduhnya macam - macam.
Jalan punya jalan tiba - tiba Adam sampai di fakulti Muzik. Hmmm muzik juga merupakan kegemaran Adam. Alahai rindu pada gitarnya semakin menggunung pulak. Kenapa lah aku tak bawa gitar aku sekali masuk hostel ea ?
Di suatu kawasan tiba - tiba Adam terjumpa sekumpulan senior yang sedar melepak sambil bermain gitar. Hmm nampak gaya macam senior dari fakulti muzik aje.
Kelihatan ada juga beberapa pelajar yang berhenti untuk mendengarkan senior - senior tersebut bermain gitar sambil menyanyi. Sedap jugak lah suara diaorang.
Adam menuju mendekati tempat lepak senior - senior tersebut. Dia juga turut memasangkan telinga mendengarkan nyanyian senior - senior tersebut.
Lagu Wahyu - Selow
Sudah biasa
Diriku ditinggalkan
Diacuhkan dan dicampakkan
Oleh orang yang kucintaMenyakitkan
Tapi tak kurasakan
Kupasrahkan semua pada Tuhan
Yang telah mengatur semua
Jalanku dan juga jodohku
Dimanapun kapanpun ituKarna ku selow
Sungguh selow
Sangat selow
Tetap selow
Santai santai
Jodoh gak akan kemanaBegitu la serba sedikit bait - bait lagu yang dinyanyikan oleh mereka. Alahai kena sebijik dekat batang hidung aku lirik tu. Hahahaha apa lah..
Seketika Adam mula kembali untuk balik ke hostelnya. Jauh juga dia merantau sampai dekat fakulti muzik ni. Dalam perjalanan tiba - tiba Adam ternampak Damia. Langkahnya terhenti.
" Damia..." desis hati Adam.
Tetiba muncul Firdaus di samping Damia menghulurkan sebotol air. Adam terdiam.
" Firdaus ? Hmmm dia dah kembali....Dia bakal rebut perhatian Damia semula dari kau Adam...Apa kau nak buat hah ? " monolog hati Adam sendiri. Terbit rasa sedih di hati Adam apabila melihat keakraban yang mula terjalin semula di antara Firdaus dan Damia.
Seketika Damia dan Firdaus berlalu pergi tanpa Damia tahu yang dirinya sedang memerhati dari jauh ini. Baru sahaja beberapa minit figura Damia dan Firdaus hilang tiba - tiba tak di sangka - sangka ada seseorang melanggar Adam dari belakang. Terkejut Adam dibuatnya. Namun apa yang paling mengejutkan Adam orang itu tiba - tiba jatuh pengsan selepas melanggarnya.
" Sofee ? " kata Adam.
Ya orang yang pengsan itu ada lah Anis Sofee pelajar fakulti pengurusan maklumat yang Adam baru kenal beberapa hari yang lalu.
******
Doktor yang bertugas baru sahaja habis memeriksa keadaan Sofee. Adam dikhabarkan oleh doktor tersebut bahawa Sofee mengalami demam biasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...