Special Edition ( Part 11 )

2.6K 263 24
                                        

Bayangan wafa mula muncul semula di tingkap bilik. Nadine hanya memerhati dari katil. Dia sendiri masih tidak mengerti apa semua ni ? Kenapa arwah mama kerap kali muncul dalam mimpinya dan seperti ingin menyampaikan sesuatu.

" Mama...kenapa ? " tanya Nadine terus. Takut bayangan itu hilang lagi.

Wafa tidak menyahut , dia hanya tersenyum sayu.

" Mama....Nad tahu mama tak tenang pergi macam ni kan ? Nad tahu mama bukan bunuh diri...Nad akan bersihkan nama mama...Nad sayang mama..." ucap Nadine.

Wafa masih dengan senyuman sayunya sambil mengangguk perlahan. Lama kelamaan bayangan wafa mula kelam.

Nadine terus tersedar dari tidurnya. Buka - buka saja mata , Nadine nampak syiling bilik. Ehhh ? Bukan aku dalam kereta ke ? Dah sampai rumah ? Tapi bila masa aku masuk ?

" Dah bangun ? " tegur Adwa yang baru keluar dari bilik air. Kelihatan rambutnya yang masih basah dilap dengan tuala kecil.Baru lepas mandi agaknya.

Nadine terus duduk di atas katil. Dia memandang ke arah Adwa.

" Errr macam mana saya boleh ada atas katil ni ? Bukan saya dalam kereta ke ? " tanya Nadine.

Adwa terdiam seketika. Anak matanya melirik ke kiri dan kanan.

" Errr awak ni tak sedar ke ? Awak yang masuk sendiri dalam bilik tadi masa sampai...Sleep walking ke ? " kata Adwa gugup.

Ehh kenapa Adwa nak gugup pulak ? Kalau betul Nadine masuk sendiri kan ?

" Aku sleep walking ? " desis hati Nadine pelik.

" Dah lah pergi lah mandi..awak nak tidur sampai esok pagi ke ? " kata Adwa seraya mula bergerak ke meja solek. Nak sikat rambut.

Nadine seperti terpinga - pinga sedikit. Namun selepas itu dia bangun lalu mencapai tualanya beredar masuk ke dalam toilet.

Adwa memandang dirinya di dalam cermin seraya dia tersenyum tipis.

*Flashback*

Adwa memakirkan keretanya di dalam perkarangan rumah besar ayahandanya , Huzairie. Sampai juga dia dekat rumah ni akhirnya. Seketika enjin kereta dimatikan. Dia memandang ke sisi. 

" Nyenyak betul dia tidur ennn ? " ngomel Adwa sendiri.

Seketika Adwa ingin menyentuh bahu Nadine untuk mengejutkan Nadine dari tidurnya.  Hampir saja tangannya ingin menyentuh, tindakkannya terhenti. Dia berfikir sejenak lalu tersenyum penuh makna.

Sekelip mata, tubuh kecil Nadine dicempungnya. Dia mengangkat Nadine yang masih tertidur itu masuk ke dalam rumah.

Kelihatan suasana rumah ketika itu agak sunyi so tak ada lah malu sangat dilihat orang kan ?

Adwa cempung tubuh Nadine sehinggalah masuk ke dalam bilik. Nadine pulak masih nyenyak sepanjang perjalanan ke bilik mereka.
Tak sedar langsung dirinya yang dicempung Adwa itu.

Tapi kenapa Adwa tak mengaku pun yang dia sendiri angkat Nadine masuk bilik ? Hm hahahaha gila nak mengaku ? Kang mengamuk si Nadine ni pulak. Biar lah semua ni menjadi rahsia. Tak salahkan nak buat sweet dalam diam ? Hehe. 🤣🤣🤣🤣

*End Flashback*

****************
" So sekarang ni macam mana?  Nadine tinggal dengan Adwa la lepas ni? " tanya Aliya.

Nadine hanya terdiam seribu bahasa.Entah lah dia tak ready lagi nak tinggal sebumbung dengan Adwa. 

" Ermm yelah bonda.. Habistu takkan kami nak tinggal berasingan pulak kan? " jawab Adwa.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang