Makin hari , Firdaus Hakimi semakin rapat dan mula selesa dengan Damia. Damia juga jadi semakin selesa bersama Firdaus. Mungkin Damia masih terasa dan terbayangkan yang Fir masih ada dengan dirinya.Dia boleh nampak dan rasa sikap Daus juga seperti Fir.Hal ini mengundang rasa tidak senang hati kepada Adam. Hmmm keakraban yang terjalin di antara Firdaus Hakimi dan Damia mengundang rasa cemburu di hati Adam. Siapa yang tak cemburu ? Bila isteri sendiri rapat dengan lelaki lain ? Tambah - tambah lagi rapat dengan lelaki yang berwajah sama dengan bekas kekasih. Namun Adam masih mampu menahan rasa cemburunya. Dia tidak boleh memaksa dan mengatur - aturkan hidup Damia. Nak melarang Damia untuk berkawan dengan siapa pun..dia tidak boleh buat begitu walaupun sebenarnya dia berhak.
" Adam.." panggil Ikhwan di sebelah.
" Apa ? "
" Kau tak jelous ke tengok Damia makin rapat aje dengan budak baru tu ? " tanya Ikhwan. Tengok Ikhwan sendiri juga nampak benda yang sama. Damia makin rapat dengan Firdaus.
" Hmm biarlah..diaorang nak berkawan apa salahnya...takkan aku nak halang.." kata Adam selamba.
" Ish kau ni. Kau kata tak salah ? Heyy man...dekat sekolah ni aku sorang aje yang tahu kau dengan Damia tu sepasang suami isteri tau....budak baru tu apa tau ? Dia nampak Damia tu single kau tau tak ? " bebel Ikhwan perlahan takut pula kalau didengari oleh orang yang ada dekat situ memandangkan mereka sekarang tengah lepak dekat padang basketball. Maklumlah tengah waktu rehat. Malas nak rehat dekat kantin.
Hmmm ada betul juga kata Ikhwan. Firdaus tak tahu pun yang Damia tu isteri aku. Milik aku. Be positive Adam. In shaa Allah Mia tahu jaga batas dia. Takkan dia nak jatuh cinta dengan kembar Firdaus pulak kan ?
" Oiii kau dengar tak ni apa yang aku cakap ? " tanya Ikhwan.
" Hah ? Oh dengar - dengar. Ermm tak apa lah Ikhwan...aku kenal Mia...dia just berkawan aje takkan lebih dari tu..." kata Adam yakin.
" Hmmm yelah - yelah...ikut suka hati kau lah Adam...yang penting aku dah ingatkan kau dah..." kata Ikhwan.
Adam mengangguk kecil lalu menghadiahkan senyuman kepada Ikhwan.
" Thanks Ikhwan ambil berat pasal aku.." kata Adam.
" Sama - sama.."
" Dah la jom balik kelas...kejap lagi loceng tamat rehat dah nak bunyi.." ajak Adam.
Seketika mereka pun beredar untuk pergi ke kelas. Semasa Adam dan Ikhwan hendak ke kelas, tiba -tiba dia terserempak dengan adik - adiknya. Kelihatan pelik sekejap sebab hanya ada adik - adik Adam tanpa Damia. Eh bukan Damia rehat dengan adik- adiknya ke hari ni ? Tadi Damia cakap dia nak rehat dengan Humaiera dan Adwa.
" Eh abang ? Dari mana ? " tegur Adwa.
" Abang dari padang basketball dengan Ikhwan tadi rehat dekat sana..." kata Adam. Matanya tidak fokus pada Adwa malah meliar ke merata tempat seperti mencari sesuatu.
" Hai angel ..." sapa Ikhwan kepada Humaiera.
Humaiera hanya menjelingkan mata memberi isyarat mata kepada Ikhwan bahawa dia malu disapa seperti itu.
" Ermmm Damia tak rehat dengan korang ke ? " tanya Adam akhirnya.
" Tak...dia cakap dia rehat dengan budak baru kelas abang tu..." kata Adwa selamba.
Adam sedikit tersentak ! Apabila budak baru itu disebut. Apa ? Damia rehat dengan budak baru tu ? Hmmm tadi cakap lain dengan aku kata nak rehat dengan Humaiera la apa la..
Ikhwan sedar akan perubahan riak Adam. Seketika dia memegang bahu Adam lalu membisikkan sesuatu.
" Rileks bro..aku tahu apa yang kau tengah fikirkan sekarang..." bisik Ikhwan.
![](https://img.wattpad.com/cover/151203713-288-k713908.jpg)
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomantizmFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...