Bab 43

2.8K 309 15
                                        

Adam tidak banyak bercakap dengan Damia sejak kebelakangan ini. Bukan dia salahkan Damia atau marahkan Damia tapi Adam cuba mencari ketenangan untuk dirinya. Dia tidak mahu terus menerus bergaduh dengan Damia.

Suatu malam itu , Adam duduk seorang diri melihat bintang dan bulan yang bersinar dan bergemelapan.

Hmmm kenapa semua ni berlaku ea ? Mungkin ni lah orang cakap ujian untuk rumah tangga. Dengan usia pernikahan yang masih baru ni biasalah mesti lah ada gaduh-gaduh manja sikit.

" Hmm mesti benda - benda macam ni pernah dilalui bonda dan ayahnda suatu masa dulu kan ? " desis hati Adam.

Seketika Adam bersandar pada kerusi yang dia duduk.

" Hmmm macam mana aku nak settlekan semua ni ? " soal Adam sendiri.

Tetiba telefon bimbit Adam berbunyi. Adam melihat nama si pemanggil.

" Bonda Hazwani ? " gumam Adam.

Adam terus mengangkat panggilan tersebut.

" Hello Assalamualaikum bonda..." sapa Adam dalam panggilan tersebut.

" Waalaikumusalam " jawab Hazwani di hujung talian.

" Ada apa bonda telefon Adam ni ? "

" Bonda telefon sebab nak tanya khabar anaknda bonda dan juga menantu bonda....sihat ke tidak? "

" Ohh Alhamdulillah bonda..kami di sini sihat - sihat sahaja..Bonda macam mana ? Sihat ? " balas Adam.

" Bagus la kalau anaknda berdua sihat. Bonda juga sihat di sini.." kata Hazwani.

" Kenapa bonda tak call saja Mia ? " tanya Adam.

" Err...errr "

" Bonda ? "

" Ya Adam...bonda dah cuba call Mia tadi...tapi dia tak angkat ..." kata Hazwani.

" Oh iya ? Hmm dia sudah tidur barangkali bonda..." kata Adam.

Hmmm Damia ni masih tak berbaik - baik lagi ke dengan bondanya. Kenapa lah kena bersikap macam ni ?

" Oh mungkin..Ermm Adam..seperti biasa bonda nak pesan dekat Adam...tolong jaga Mia baik - baik ya...bahaya ada di mana - mana sahaja. Kita tak dapat nak jangka bila dan di mana..." kata Hazwani seperti biasa.

Ya bonda mentuanya ini selalu memesan pada dirinya seperti itu. Dia sendiri pelik. Ada apa sebenarnya ? Apa yang akan berlaku sebenarnya ?

" Baiklah bonda..Adam akan jaga Mia baik - baik. Bonda jangan risau ea...kalau diri Adam terpaksa dikorbankan pun Adam sanggup..." kata Adam.

" Terima kasih Adam...anaknda memang menantu yang baik.." kata Hazwani.

Begitu lah serba sedikit perbualan Adam dan bonda mentuanya pada malam itu.

Selepas Adam menamatkan panggilan , dia terus masuk ke rumahnya. Sejuk pula duduk lama - lama di luar ni.

Kelihatan keadaan rumah pada waktu itu agak sunyi.Mungkin semua orang sudah ada di bilik masing - masing. Hanya tinggal beberapa pembantu rumah sahaja yang masih berjaga dan mengemas di beberapa ruang.

Adam terus melangkah naik ke biliknya di atas. Tombol pintu dipulas perlahan oleh Adam. Kelihatan satu figura sudah baring dan terlena di atas sofa di sudut ruang.

" Hmm kenapa dia tidur kat situ ? " desis hati Adam.

Seketika Adam bergerak ke meja solek lalu meletakkan telefon bimbitnya di situ. Setelah itu , dia mendekati figura Damia. Dia meneliti wajah Damia yang tertidur polos itu.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang