Special Edition ( Part 15 )

2.5K 251 20
                                    

Tubuh Wafa diheret semula sampai ke biliknya. Selepas itu orang yang mengheretnya melakukan sesuatu. Dia menyiapkan tali gantung berdekatan dengan tingkap bilik Wafa. Wafa dibiarkan tersandar di tepi dahulu. Setelah tali gantung buatannya siap, dia mengangkat Wafa lalu disarungkan tali tersebut ke kepala Wafa.

" Selamat tinggal Wafa..lepas ni tak ada sesiapa lagi yang boleh menghalang aku.." bisik orang itu ditelinga Wafa.

Selepas itu dia membiarkan Wafa tergantung sendirian di situ. Akhirnya wafa terjerut di pergantungan tersebut sehingga mati.

Arini hanya tersenyum puas melihat kematian Wafa di hadapan matanya sekarang. Ya manusia jahat dan kejam itu adalah Arini, ibu tiri kepada Nadine. Dia buat semua ni , sebab dia nakkan Nazhan. Dia manusia paling benci melihat kebahagiaan Nazhan dengan perempuan lain. Kalau dia tak dapat bersama Nazhan , maka orang lain pun tak boleh bersama Nazhan. Kini dendamnya telah tercapai. Memang dah lama dia nak hapuskan Wafa. Hanya sekarang saja waktu yang ada.

Air mata Nadine mengalir laju jadinya. Seketika matanya dibuka perlahan. Dia menangis teresak-esak perlahan.

" Ya Allah jadi betul lah apa tekaan aku....Mama tak bunuh diri...tapi mama dibunuh...ibu yang bunuh mama....tak...dia bukan ibu aku tapi...perempuan yang berhati binatang ! " monolog hati Nadine.

Prangggggggg !

Nadine terkejut sedikit mendengar bunyi barang jatuh pecah. Dia menyeka sisa air matanya. Seketika ditoleh ke sisi. Ehhhhh ? Adwa tak ada lah. Selepas itu, Nadine turun ke bawah untuk melihat dan mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.

Nadine mencari bunyi itu sehingga ke dapur. Kelihatan Adwa sedang mengutip serpihan kaca gelas yang pecah berderai di atas lantai. Terkial-kial jugak lah nampaknya Adwa dengan tangan retak sebelah tu.

" Adwa ? Awak buat apa tu ?" soal Nadine seraya mendekati Adwa.

"Ehhh Nadine ? Awak dah terbangun ke ? Ermm sorry kalau saya buat bising sampai awak terbangun...."

Nadine menggeleng.

" Awak nak buat apa ni sebenarnya ?"soal Nadine lagi.

" Tak tadi saya haus jadi saya turun lah ke dapur...pastu pegang gelas tangan belah kiri rasa macam kekok last-last terjatuh lah..." jelas Adwa.

" Oh macam tu, kenapa awak tak kejutkan saya aje ? Saya boleh tolong amikkan..Dah-dah..awak duduk dekat kerusi ni dulu, biar saya yang kemas semua ni..." kata Nadine seraya menarik tangan Adwa lalu dibawa duduk di atas kerusi berdekatan.

" Eh tak apa lah..saya tak nak susahkan awak...."

Nadine memandang tajam ke arah Adwa. Terdiam jadinya Adwa. Takut juga pandang jelingan dari Nadine tu , nanti bertambah jatuh cinta macam mana ? Auchhhh ! Mengada lah kau ni Adwa.

**********************

Seketika Nadine membersihkan semua sisa-sisa kaca yang tinggal. Adwa hanya menjadi pemerhati di situ. Sungguh asyik dia memerhati Nadine. Alahaiii comel aje isteri aku mengemas. Punya leka duk tengok Nadine sampai tak sedar yang Nadine dah habis kemas dan dah letak secawan air milo di hadapan Adwa.

Adwa masih berkeadaan sebegitu. Berangan tak habis-habis !

" Adwa ?" panggil Nadine sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Adwa.

Adwa tersengeh sendiri. Masih dalam lamunannya. Nadine pulak yang rasa pelik. Suami aku ni dah kenapa ? Dia pulak yang kena sampuk ke ?

" Adwa ! " teriak Nadine mengejutkan Adwa.

Tersentak Adwa dari lamunannya.

" Ye sayang ?! " melatah Adwa.

Nadine pulak yang blushingnya bila Adwa cakap " sayang ".

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now