Bab 36

3.2K 320 12
                                        

Firdaus ? Kenapa nama itu yang disebut di dalam hati Damia ?

" Sila kenalkan nama kamu dekat kawan-kawan baru kamu..." kata cikgu sejarah.

Pelajar baru lelaki itu tersenyum manis seketika sebelum mula berbicara mengenalkan diri.

" Hai semua...kenalkan nama saya Firdaus Hakimi....saya pelajar baru kat sini. Mintak tunjuk ajar ya...Ermmm harap kita semua dapat berkawan..." ucap Firdaus.

Semua pelajar agak tergamam tambah – tambah bila Firdaus kenalkan namanya. Firdaus Hakimi ? Hampir sama nama dengan seorang pelajar yang pernah menjadi pelajar di sekolah Smk Tunku Abdul Putra iaitu Firdaus Hakim. Memiliki wajah yang serupa juga memberikan tanda tanya kepada semua pelajar kelas 5C1 lebih-lebih lagi Damia.

" Firdaus ?" desis hati Damia dan dia juga tidak lepas menatap wajah pelajar baru di hadapan.

Adam sedar akan perubahan riak wajah Damia. Riak wajah Damia yang seakan-akan terkejut dan juga seperti menahan sebak. Kenapa dengan Damia ? Kenapa dengan pelajar baru itu ? Mereka saling mengenali antara satu sama lain ke ?

" Mia ...." Panggil Adam perlahan.

Damia tidak memberikan respon. Tanpa membuang masa, Adam terus menyentuh tangan Damia memandang kan jarak meja mereka tidak lah sejauh mana. Damia sedikit tersentak ! Dia terus menoleh kearah Adam.

" Kenapa ni ? Okay tak ni ?"

Damia terdiam. Dia ingin berkata sesuatu kepada Adam...namun sukar untuk dia luahkan.

" Hey kenapa ni ?" tanya Adam untuk kesekian kali.

Akhirnya Damia menggeleng.

" Tak ada apa-apa ..." jawab Damia bohong.

Adam melepaskan tangan Damia akhirnya. Seketika pelajar baru itu disuruh cikgu sejarah untuk duduk di tempat kosong yang agak berdekatan juga dengan meja Damia. Damia hanya mendiamkan diri.

Adam masih tidak lepas memerhatikan Damia dan pelajar baru itu silih berganti. Adam tahu ni pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Damia.

" Pst...pst...Adam..." panggil Ikhwan di meja sebelah.

Adam menoleh kea rah Ikhwan lalu mengangkat keningnya sebagai tanda " Apa ?"

" Sama gila dhoo" itu yang dikatakan oleh Ikhwan.

Adam sedikit berkerut dahinya. Apa yang sama gila ? Dia tidak mengerti soal percakapan Ikhwan.

" Apa yang tiba-tiba sama kau ni ?" tanya Adam.

" Budak baru tu lah .... Muka dia sama gila dengan Firdaus Hakim...kekasih lama isteri kau ..." kata Ikhwan akhirnya membongkarkan semuanya.

Adam tersentak hebat. Apa ? Jadi sebab tu lama Damia terus berubah jadi macam tu ? Jadi muka Firdaus sama dengan budak baru tu ?

" Ermmm kembar Fir kot ..." tambah Ikhwan lagi.

Hmmm kembar ? Tapi kenapa tiba-tiba baru sekarang muncul pulak ?

" Tapi setahu aku selama aku berkawan dengan Fir..aku tak tahu pulak yang dia ada kembar...Sebab Fir tak pernah mention pun yang dia ada kembar.." jelas Ikhwan panjang lebar.

Adam terdiam seketika. Tetiba kedengaran suara kerusi Damia yang ditolak. Damia bangun lalu menuju ke hadapan dan meminta izin cikgu Sejarah untuk ke toilet.

Damia berjalan seorang diri di sekitar kawasan sekolah. Dia tidak ke toilet sebenarnya justeru dia ingin mencari sedikit ketenangan. Sejak kemasukkan pelajar baru, emosinya jadi tidak keruan. Kenangan-kenangan dia bersama Firdaus muncul kembali. Akhirnya Damia pergi ke tempat biasanya iaitu di rooftop sekolah. Di rooftop dia melihat pemandangan sekolah dari atas. Seketika Damia memejamkan matanya. Bayangan Firdaus muncul kembali.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang