Pejam celik pejam celik kejap aje dah nak SPM sebenar. Baru sebulan lepas diaorang trial SPM dan result mereka agak memuaskan hati juga. Harap SPM sebenar ni result memang akan gempak lah kan ? Semua pelajar tingkatan 5 Smk Tunku Abdul Putra mula sibuk menyediakan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba hanya lagi 4 hari.
Macam mana dengan hal Firdaus ? Hmmm dia tak ada buat apa - apa setakat ini cuma beberapa bulan yang lalu sudah timbul isu tentang kematian abangnya adalah berpunca dari Damia. Satu sekolah telah berkatakan itu semula.
Akhirnya seperti terbongkar lah tentang diri Damia yang ada bersama Firdaus Hakim waktu kejadian. Damia telah mengaku akhirnya kepada Firdaus. Namun Firdaus hanya menunjukkan riak biasa. Dia tidak marah , malah dia hanya memaafkan Damia dan tidak menyalahkan Damia. Pelik ? Kenapa dia bersikap sebegitu ? Memang nampak apa semua yang dilakukan Firdaus itu baik tapi tidak pada Adam. Hati Adam masih kuat merasakan yang Firdaus masih saja berlakon menunjukkan dia baik di hadapan Damia.Hmmmm tak guna betul Firdaus ni.
Firdaus depan Damia memang kau boleh tunjuk baik. Memang kau boleh tunjuk yang kau tak.ada apa - apa sikit perasaan balas dendam tu. Namun bagi aku , aku tetap yakin bila - bila sahaja kau masih boleh balas dendam dekat Damia.
Aku janji aku akan jaga Damia. Aku takkan biarkan kau sakitkan Damia lagi. Even diri aku sendiri yang aku terpaksa korbankan.
" Adam ? " panggil Damia.
" Hah ? "
" Termenung jauh nampak ? Kenapa ni ? " tanya Damia.
" Hah ? Err tak ada apa - apa lah...Dah jom kita buat latihan math..." kata Adam.
Damia hanya mengangguk lalu menggeluarkan beberapa buku latihan Math. Pada petang itu di rumah mewah Tengku Ilham Huzairie. mereka belajar bersama - sama di halaman belakang bonda Aliya. Haish sweetkan suami isteri belajar sama - sama ? 🙈💕
Peperiksaan SPM telah tiba. Semua pelajar islam dikumpulkan untuk membaca doa terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan peperiksaa. Selepas selesai membaca doa mereka terus bergerak ke dewan peperiksaan.
Pelajar tingkatan 5 berjumlah hampir 200 orang pelajar. Dewan juga telah dipenuhi oleh 200 orang tersebut. Semua pelajar kelihatannya bersungguh - sungguh memerah otak untuk menjawab semua soalan dan mengeluarkan semua apa yang dipelajari oleh mereka selama ini.
Adam juga menjawab dengan tenangnya. Dia tidak boleh tergopoh gapah kalau tak nanti tersilap jawapan. Kekadang tu Adam sempat juga mengerling Damia di meja hadapan sebelah kanannya. Ya kedudukan Damia dalam dewan tidak lah terlalu jauh dengannya.
" Buat yang terbaik ya princess..nanti kita boleh masuk U sama - sama..." desis hati Adam sambil matanya melihat figura Damia dan dia tersenyum kecil.
Seketika dia dia memandang kertas soalannya semula..
*******
Alhamdulillah dah hampir semua subjek mereka menjawab. Hanya tinggal lagi satu paper aje esok. Heee harap dipermudahkan lah." Ermm Mia.." panggil Adam.
Damia mendongak memandang Adam yang duduk berhadapan dengannya.
" Ya kenapa ? "
" Adam nak tanya sikit boleh ? " tanya Adam.
" Ya tanya apa ? "
" Ermmm kalau Mia dapat result bagus nanti...Mia nak mohon U mana ? " tanya Adam ingin tahu.
Damia terdiam seketika sambil berfikir.
" Hah Mia...teringin nak mohon UITM atau USM..." luah Damia.
Adam mengangguk kecil.
" Kenapa Adam tanya ? Adam pulak nak mohon U apa ? " tanya Damia pelik.
" Adam ? Ermm satu aje U yang Adam teringin sangat nak masuk..." kata Adam serious.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...