Bab 18

3.6K 389 24
                                        

Humaiera dan Damia masing - masing berjalan nak menuju ke kantin. Tetiba apabila hampir sahaja dengan kantin Humaiera terasa nak ke tandas pulak.

" Ermmm Damia..Maiera rasa nak pergi toilet lah.."

" Oh yaka ? Okay jom lah pergi toilet ..." kata Damia sambil memeluk erat bekal yang diberikan abangnya tadi.

" Eh tak apa lah..Damia pergi lah rehat dulu. Maiera boleh pergi sorang - sorang..." kata Humaiera.

Damia serta merta menggeleng. Tak ! Dia tak boleh biarkan Humaiera ke toilet seorang diri. Nanti jadi apa - apa lagi macam mana ?

" Tak apa ! Damia temankan.."

Eh mana Adam dan Adwa ? Oh diaorang ada sedikit hal di bilik guru.

Akhirnya Humaiera akur. Seketika mereka ke tandas bersama - sama. Di hadapan toilet, Damia hanya tunggu di luar sahaja. Sementara menunggu di luar , Damia tergerak hati untuk tahu apa makanan yang disiapkan oleh abangnya. Seketika Damia mencari tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan toilet.

Setelah duduk, Damia membuka perlahan - lahan penutup bekal makanannya. Heee tadi masa abangnya bagi dia belum lagi melihat isi di dalam.

Buka - buka sahaja , Damia sedikit tersentak. Spageti cabonara kesukaannya. Ya Allah lama tak makan 😭 hmmm dekat kampung nenek susah nak jumpa bahan - bahan spageti macam ni sebab jauh dari pekan. Ni mesti abang Damian susah- susah cari bahan semata - mata nak buat bekal ni untuk aku 😢

" Abang Damian...memang the best lah..dia tahu aku suka makan benda ni dari kecik lagi..lama gila tak makan.. " kata Damia seorang diri.

Tetiba Damia tak sabar pulak nak rasa makanan dari air tangan abangnya ini. Seketika dia melihat ke arah toilet. Kelibat Humaiera masih belum muncul. Hmm lamanya Humaiera ni melepaskan hajat.

" Apa kata aku try rasa masakkan abang Damian dulu ? " desis hati Damia.

Damia mencedok sesudu spageti cabonara tersebut. Baru beberapa inci sahaja lagi hendak masuk ke mulutnya tiba - tiba ditepis seseorang. Habis jatuh bersepah di atas lantai spageti di dalam sudu tersebut. Selain itu bekas makanan di tangannya juga ditepis dan jatuh di atas lantai. Damia terkejut lalu memandang orang itu.

" Wahhh budak malang ni nak makan spageti pulak ya ?! Hebat ! " kata Amanda.

Damia memandang sayu ke arah spageti yang bertaburan di atas lantai.

" Hey budak malang ! Kau dengar sini ea ! Aku tak suka kau rapat dengan 3 triplet tu ! Kau kena sedar yang kau tak setaraf dengan diaorang ! Kau faham tak hah ?! " jerkah Amanda.

" Betul tu Amanda..." sokong Farah.

Tiba - tiba Amanda menarik kuat tudung Damia setelah Damia tidak memberi respon. Damia tersentak hebat. Tak sangka dia akan diperlakukan macam tu.

" Kau tu dah lah pembawa malang ! Miskin pulak tu ! Tu hah spageti tu kau nak makan sangat ke ?! Okay nah makan lah ! Kau makan atas lantai tu ! Kutip ! " kata Amanda sambil menolak - nolak kepala Damia ke arah lantai. Damia sudah seperti pengemis lagaknya di mata Amanda.

" Woiii ! " teriak Humaiera yang baru keluar dari toilet. Terkejut dibuatnya apabila keluar - keluar sahaja dari toilet di lihatnya Damia yang dibuli seteruk itu.

Apabila terdengarkan teriakan Humaiera sahaja , terus Amanda dan Farah berlari meninggalkan Damia. Humaiera terus cepat - cepat mendekati Damia. Damia terduduk lesu. Dia bukan sedih sebab dihina tapi dia sedih sebab makanan yang disediakan oleh abangnya Damian rosak macam tu aje. Damia terasa ingin menangis. Tetiba teringatkan kata - kata abangnya. Bahawa pelajar - pelajar lain akan jelous terhadap dirinya kerana mempunyai abang seperti Damian.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang