Bab 32

3.7K 340 5
                                    

Adam berehat seketika sambil duduk di kerusi panjang yang disediakan di tepi balkoni bilik Damia. Dia memerhati setia sudut bilik Damia. Semuanya nampak baru. Seperti tak ada sesiapa pun yang pernah tinggal dalam bilik ni.

Hmmm Damia memang tak stay dengan family dia ke apa ? Memang dia duduk dengan nenek Jannah dari kecil lagi ?

Tetiba Adam teringatkan kata - kata bonda Lydia sebelum dia berangkat pulang ke rumahnya. Bonda Lydia ada memberi satu pesan kepada Adam.

" Adam...jaga Mia baik - baik ya ? Selagi ada peluang , jagalah dia..."

Hmmm kenapa macam pelik aje apa yang bonda Lydia pesan tu ? Selagi ada peluang ? Kenapa ? Ada antara keluarga Damia yang nak buat jahat dekat Damia ke ? Tapi siapa ? Motif ?

Pintu bilik air dibuka , figura Damia yang baru habis mandi pun keluar sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

Adam tersedar dari lamunannya. Dia memerhati setiap gerak geri Damia. Jadi tidak selesa Damia diperhatikan seperti itu oleh Adam.

" Err kenapa awak tengok saya macam tu ? " tanya Damia akhirnya.

" Errr tak ada apa - apa " kata Adam.

" Yeke ? Ke awak nak air ? Haus ke ? Nak saya buatkan ? "

" Ermm tak.."

Damia mengangguk kecil lalu melihat cermin solek seraya menyikat rambut panjangnya itu.

" Mia..." panggilan itu terpancul di bibir Adam.

Damia tersentak. Adam panggil dia Mia ? Panggilan Mia tu hanya orang yang rapat macam ahli keluarganya saja yang panggil. Kenapa tiba - tiba Adam pun panggil dia dengan panggilan tu ?

Perlahan - lahan Damia menoleh ke arah Adam.

" Awak panggil saya ke ? " tanya Damia.

Adam diam cuma matanya tak lepas memandang tajam Damia.

Damia telan liur. Adam dah kenapa ? Jangan dia buat bukan - bukan sudah....

" Boleh saya tanya something ? " kata Adam.

" Tanya apa ? "

" Kenapa awak lebih rapat dengan bonda Lydia berbanding bonda kandung awak sendiri ? " tanya Adam serious.

Damia terdiam seketika.

" Satu lagi sebagai suami awak yang sah sekarang , saya just nak ingatkan awak . Saya tak suka bila awak buat endah tak endah dengan bonda...dia bonda kandung awak Damia. Tak baik awak buat dia macam tu. Dia kecil hati nanti. " kata Adam panjang lebar. Dia tak boleh biarkan Damia terus - terus bersikap sebegitu dengan bonda mertuanya.

" Kalau awak boleh rapat dengan bonda Lydia kenapa awak tak boleh buat macam tu dengan bonda kandung awak sendiri ? " tambah Adam lagi.

Kelihatannya Damia sudah menunduk memandang lantai. Matanya dah mula berkaca . Kenapa ? Salah ke apa yang Adam cakapkan ?

" Dah lama saya perhatikan awak bila awak bercakap dingin dengan bonda...awak tak..boleh..." kata Adam terhenti apabila dipintas oleh Damia.

" Cukup Adam ! Awak tak tahu apa - apa ! Awak tak boleh tentukan sama ada saya patut bersikap macam mana pun dengan bonda Lydia atau bonda saya sendiri. Bonda memang patut dapat layanan macam tu. Dia bukan bonda saya. Kalau dia bonda saya , dia takkan tinggalkan saya dekat nenek Jannah ! Dia akan jaga saya Adam ! Tapi tak ! dia boleh tinggalkan saya dari kecil dekat nenek Jannah ! Dekat orang luar yang tak ada pertalian darah langsung dengan saya..." hambur Damia dengan air mata yang mengalir di pipi mulusnya.

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now