Bab 12

3.7K 392 27
                                    

Humaiera di tempatkan di dalam bilik jagaan yang ketat. Ya, keadaan Humaiera setakat ini tidak lah berapa baik sangat. Suhu demamnya terlalu tinggi. Doktor juga perlu memantaunya dengan kerap lagi.

Aliya masuk ke dalam bilik rawatan ViP untuk melihat keadaan putrinya. Huzairie pula sedang berbincang dengan doktor di bilik doktor tentang keadaan Humaiera.

Tinggallah abang - abang Humaiera di luar bilik rawatan Humaiera.

Adam hanya terduduk lemah di kerusi yang tersedia di situ. Manakala Adwa pula hanya berdiri sambil bersandar pada dinding.

" Semua ni salah aku. Kalau aku tak cetuskan semua ni. Maiera takkan sakit sampai macam ni..Kau memang abang yang bodoh lah Adam ! " teriak kasar Adam di dalam hatinya.

" Hmmm kan betul apa aku cakap hari tu.." luah Adwa tiba - tiba.

Adam sedikit tersentak ! Namun dia tidak menjawab.

" Disebabkan hal kau lah abang, Maiera sampai sakit kau tahu ? Semua punca dari kau ! Sibuk sangat dengan budak si Damia tu. Kau tengok apa jadi sekarang ? " kata Adwa geram.

" Hmm..aku..aku..minta..maaf.." ucap Adam akhirnya.

" Jangan minta maaf lah...dah terlambat..Maiera dah sakit dah pun..." kata Adwa sinis lalu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Maiera.

Adam terdiam. Seperti tepat kata - kata Adwa terkena pada batang hidungnya sendiri. Maafkan abang Maiera...

Seketika Adam meraup wajah tampannya kasar. Hatinya berbelah bagi saat ini. Di antara adiknya sendiri atau Damia, gadis yang semakin hari semakin membuka pintu hatinya semula.

Di sekolah pula...

Pelik. Setengah hari di sekolah tanpa ada gangguan dari Adam. Hmmm selalu bila datang aje sekolah, mesti akan tengok muka dia yang serious tu dulu. Namun hari ni dia tak hadir ke sekolah pulak. Rasa lain lah pulak. Alahai tu la orang suka cakap. Bila ada depan mata tak dihargai , bila dah tak ada depan mata baru nak tercari - cari.

" Kenapa dia tak datang ea ? " desis hati Damia lalu dia melihat ke arah tempat duduk Adam yang kosong. Dulu tempat tu dihuni oleh Firdaus. Sekarang dah jadi tempat Adam.

Seketika Ikhwan menegur Damia.

" Rindu Adam ke Damia ? " tanya Ikhwan spontan.

Damia tersentak lalu memandang ke arah Ikhwan.

" Dia tak datang hari ni, katanya ada hal keluarga. " kata Ikhwan seolah - olah menjawab pertanyaan yang terbuku di hati Damia.

Seketika Damia memandang ke hadapan.

" Hal keluarga ?" soal Damia di dalam hati.

*******
Siang telah berganti malam. Namun Humaiera masih tidak sedarkan diri. Dia masih pengsan dan terbaring kaku. Kelihatan bonda, ayahnda dan Adwa sudah balik ke rumah terlebih dahulu.
Ya Adam menawarkan dirinya untuk menjaga Humaiera sepanjang malam ini. Dia rasa bersalah sangat dengan Humaiera. Maka biarlah dia yang bertanggungjawab.

Adam memerhati setiap inci wajah milik adiknya Humaiera. Comel. Bersih tanpa ada sedikit pun jerawat. Pandainya adiknya ini menjaga muka. Ish cakap pasal muka pulak dah kenapa ? 😂

Seketika Adam meraih tangan adiknya Humaiera. Dia mengenggam erat jari jemari adiknya itu.

" Maafkan abang Adam..Abang Adam dah buat Maiera sakit.." kata Adam perlahan lalu mengusap lembut tangan adiknya itu.

Betapa sayangnya Adam terhadap Humaiera sebenarnya. Even dia jarang tunjuk sifat caring dia dekat Humaiera namun dia teramatlah sayang akan adik perempuan satu - satunya ini ❤

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now