Bab 20

3.7K 377 13
                                    

Sudah tiba masanya untuk abang Damian balik. Hmmmm terasa sedih juga untuk biarkan abang Damian balik. Namun Damia tak dapat nak berbuat apa - apa sebab abang Damian ada hal yang dia perlu uruskan.

" Mia..abang balik dulu. In shaa Allah nanti abang bawa balik Mia sekali. Kita boleh tinggal sama- sama nanti. Okay lah jaga diri ya adik abang. Kalau Damia kena buli teruk lagi , inform abang cepat - cepat. Biar abang pukul sorang - sorang budak tu.."

Pesan abang Damian masih kekal berbisik di telinga Damia walaupun abang Damian sudah berangkat pulang hampir 2 jam yang lalu. Hmm abang Damian, jangan lupakan Mia. Abang pun jaga diri ya 😢 I gonna miss you.

Damia hanya baring di atas katilnya. Memandangkan hari ni hari sabtu boleh nak bermalas - malasan sekejap. Dalam pada dia baring tiba - tiba dia boleh terfikirkan tentang Adam.

" Erm Adam tengah buat apa ea ? " desis hati Damia.

Tetiba Damia teringatkan Firdaus pula.

" Hmmm aku memang patut move on dari Firdaus? Takkan aku dah jatuh cinta dengan Adam pula ? Tak ke khianat namanya ? " monolog hati Damia.

Ya sebenarnya Damia dah mula suka dengan Adam, namun disebabkan kenangan bersama Firdaus masih menerjah masuk ke dalam ingatan Damia membuatkan dia berasa takut mengkhianati cintanya terhadap Firdaus.

Tok ! Tok ! Tok !

Damia sedikit tersentak.

" Mia...keluar kejap. Ada benda nenek nak cakap ni.." panggil nenek Jannah.

" Ye nek ! "

Seketika Damia keluar dari biliknya. Kelihatan nenek Jannah sedang menunggu di ruang tamu.

Damia mengambil tempat duduk di sebelah nenek Jannah.

" Ada apa nek ? " tanya Damia.

" Tak nenek nak bagitahu ni..isnin sampai rabu ni nenek tak ada kat rumah...nenek nak kena pergi rumah kawan nenek di bandar..." jelas nenek Jannah.

" Apa nenek ? Nenek pergi rumah kawan nenek ? Habistu Mia macam mana ? Takkan Mia nak tinggal sorang ? Atau Mia ikut nenek aje ? Mia temankan nenek ea ? "

" Haish kamu ni. Cuba bertenang. Tak kawan nenek sakit jadi nenek nak pergi melawat lah. Tak kamu tak boleh ikut sebab nenek pergi 3 hari. Takkan kamu nak ponteng sekolah pulak ? Tahun depan kan kamu dah nak SPM..." jelas nenek Jannah.

Damia buat muka seposen.

" Alaaa nek...Mia tak nak tinggal sorang - sorang.." rengek Damia macam budak kecik.

" Ermm kamu tumpang lah rumah kawan kamu kejap..mesti diaorang boleh tumpangkan 3 hari aje.." kata nenek.

Damia terdiam. Tumpang kawan ? Hmm siapa aie kawan aku yang nak tumpangkan aku.

" Ermm tak apa lah. Menyusahkan aje. Tak apa lah, dah nenek nak pergi lawat kawan nenek..Mia tinggal aje lah sorang dekat sini. " putus Damia.

" Betul ni tak apa ? Kamu berani tinggal sorang - sorang ? " kata nenek Jannah agak risau.

Damia mengangguk lalu tersenyum. Alah tinggal sorang no hal lah. Aku memang selalu ditakdirkan sorang-sorang. Ada family pun still sorang - sorang.

" Hmm ok lah kalau macam tu. Kalau ada apa - apa nanti call aje.." kata nenek Jannah.

Damia mengangguk lagi lalu berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia menutup pintu bilik perlahan - lahan lalu bersandar pada pintu itu.

" Damia..rileks..3 hari aje...kau mesti boleh punya lah duduk rumah sorang - sorang..." kata Damia seorang diri.

Smile Again Please ?Where stories live. Discover now