Bab 30

3.8K 387 65
                                        

Alhamdulillah dengan sekali nafas saja, Adam kini sah menjadi suami orang. Perasaan Adam kini berbelah bahagi. Fikirannya juga kini penuh dengan tanda tanya. Setelah selesai akad nikah , mula lah sesi pembatalan air sembahyang antara pengatin lelaki dan pengantin perempuan.

Adam bergerak penuh debaran menuju ke isterinya. Sang Puteri hanya menunduk tidak kuat untuk menatap Sang Putera.

Apabila sampai sahaja Adam di hadapan isterinya. Dia di minta untuk menyarungkan cincin. Seketika acara pertukaran cincin pun dilangsungkan. Selepas itu si isteri mencium tangan Adam. Dapat Adam rasakan tika itu tangan si isteri tersangat lah sejuk begitu juga ada sedikit titisan air mata yang terkena pada tangan Adam.Menangis barangkali si isteri.

Tibalah masanya untuk Adam mencium dahi si isteri. Jatung Adam berdegup laju ketika itu. Seperti mahu tercabut aje dibuatnya. Apabila sampai sahaja bibir merah Adam pada dahi si isteri , semua wartawan memainkan peranan mereka. Gambar Adam dan Damia tidak henti - henti di ambil.

Ya isteri Adam kini ialah Damia. Sungguh tak sangka semuanya jadi seperti ini. Siapa Damia sebenarnya ? Dia juga kerabat diraja seperti Adam ? Bukan sebagai statusnya rakyat biasa yang selalu dihina dan dikatakan budak malang itu ? Apa semua ni ? Adam ditipu ke selama ni ?
Damia atau nama sebenarnya Tengku Zalikha Damia. Ya Damia satu - satunya putri kepada Tengku Aiman Namzin.

Setelah semua majlis akad nikah selesai. Adam bertemu dengan Damian yang kini abang iparnya. Adam masih tidak mengerti apa semua ni ?

" Wahh..dah jadi adik ipar aku akhirnya kau..Tak sangka betul..so macam mana ? How your feeling ? " kata Damian atau nama sebenarnya Tengku Malique Damian.

Adam terkelu. Jadi , abang Damian pun tahu yang aku akan berkahwin dengan adiknya ? Kenapa dia tak bagitahu aku apa- apa pun masa dekat mall tempoh hari ? Siap pukul aku lagi tu kenapa ?

" Apa semua ni abang Damian ? Kenapa tak bagitahu Adam pasal ni ? " tanya Adam mendatar. Entah lah dia rasa dirinya tertipu sangat.

" Bagitahu kau ? Dah kau tak pernah tanya pun...by the way sorry lah aku tumbuk kau hari tu. Actually aku sengaja aje buat macam tu. Saja nak usik bakal adik ipar aku..." kata Damian selamba.

Memang Damian anggap itu satu gurauan tapi tidak pada Adam.Dia rasa dirinya seperti orang bodoh ketika ini. Dia harus bersua muka dan minta ayahnda explain kan semua ini. Ayahndanya juga terlibat dalam hal ini.

Baru Adam hendak bersuara tiba - tiba dirinya dipanggil. Adam diminta untuk melakukan sesi photografi untuk majlis akad nikah ini sebelum ke majlis yang seterusnya. Maka perbualan dia bersama Damian terhenti di situ.

Di sesi photografi akad nikah, Adam terasa sedikit kekok apabila harus menggayakan gaya yang sweet - sweet bersama Damia. Tak sangka , betul - betul tak sangka yang Damia dah sah menjadi isterinya. Allahu..

Damia hanya mendiamkan diri sejak tadi. Sikit pun tidak bersuara. Semasa mereka membuat gaya bertatapan antara satu sama lain. Masing - masing menahan perasaan malu antara satu sama lain. Bila kena buat gaya pegang tangan pun rasa seram + sejuk semacam entah. Ya lah mana tak rasa macam tu apabila dulunya hanya kawan tapi kini telah menjadi suami isteri.

" Okay rapat sikit yaa...pastu Tengku Adam tolong pegang pinggang Tengku Zalikha ya.." kata photographer itu.

Takut - takut Adam untuk memegang pinggang Damia. Alahai apa lah tangkap gambar zaman sekarang ni ? Pelik - pelik aje. Akward gila dhoo..

*********
Setelah selesai majlis akad nikah , diteruskan pulak majlis persandingan yang diadakan di Hotel The Light Star ( Entah wujud ke tak 🤣) Majlis persandingan ini dibuat terus bagi kedua - dua pihak. Tema warna yang dipilih ialah Blue Pink..

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang