*Disuggestkan baca chapter ni sambil dengar instrument yang sis dh sediakan dekat ats ni ya 👆 *
Adam , Humaiera dan Damia tiba di rumah besar nenda pada pukul 2 petang. Rindu juga Adam pada rumah nendanya ini. Tak sabar nak jumpa nenda, bonda dengan ayahnda. Seketika pembantu rumah membawa masuk beg - beg pakaian Adam, Humaiera dan Damia ke dalam. Masuk - masuk aje rumah , orang pertama yang Adam berjumpa nenda dan bonda. Nenda dan bonda menyambut kedatangan Damia dan Humaiera begitu gembira sekali tapi tidak dengan Adam. Adam sedikit pelik. Kenapa dengan bonda dan nenda ni ? Layan aku acuh tak acuh aje ? Ermm perasaan aku aje kot.
Adam memerhatikan sekeliling, cuba mencari kelibat ayahnda. Ingin juga dia tahu kenapa tiba - tiba diajaknya mereka balik ke rumah besar nenda ni.
" Ermm bonda .... ayahnda mana ea ? Ke ayahnda dah keluar pergi mana - mana ke ? " tanya Adam.
Lama nenda dan bondanya iaitu Aliya mendiamkan diri.
" Ermmm kejap lagi ayahnda turun.." jawab nenda agak mendatar.
Adam mengangguk kecil.
Seketika Adam mula bergerak ke arah ruang tamu. Dia ingin berehat di situ seketika. Dilabuh punggungnya di atas sofa besar yang bersulamkan benang emas itu. Seketika Adam menyandarkan tubuhnya. Arghhh lega..lenguh betul tadi drive kereta...Kalau tau suruh Pak Zan hantarkan pulang pun tak apa...
Beberapa minit kemudian, Humaiera datang menyapa Adam.
" Pst...pst..abang Adam.." panggil Humaiera.
" Ya apa dia Maiera ? " tanya Adam.
" Abang tak rasa pelik ke ? "
" Rasa pelik ? Kenapa ? "
" Yelah .....ayahnda tiba-tiba panggil kita balik sini..pastu kan dari tadi lagi abang tak perasan ke nenda dengan bonda macam tak pedulikan abang sangat...." kata Humaiera.
Hmm ? Humaiera pun rasa benda yang sama ? Aku ingatkan Cuma perasaan aku aje bila nenda dan bonda macam tak pedulikan kehadiran aku.
" Hahahaha tak ada lah..Perasaan Maiera aje kot tu...Abang okay aje tengok nenda dengan bonda tu..." nafi Adam hanya ingin menyedapkan hatinya sahaja.
" Yeke ? Ermmm its okay lah kalau macam tu...Hmmm rindu abang Adwa la....bonda cakap dia tak dapat balik lagi..." kata Humaiera.
" Oh yeke ? Hmm tak apa lah kalau ada rezeki nanti dia balik lah....Mia mana ? " kata Adam.
" Hmm yelah, Mia ea ? Dia ada dekat dapur kot dengan bonda dengan nenda..Borak apa ntah..." kata Humaiera.
Adam mengangguk kecil. Hmmmm rileks Adam takkan jadi apa - apa hari ni. Think positive !
*************
Jam menunjukkan pukul 3 petang. Sampai sekarang Adam masih tak berjumpa dengan ayahndanya lagi. Hmmm ayahnda pergi mana ? Seketika Adam turun dari lif ke tingkat 1. Adam melangkah keluar setelah pintu lif terbuka.
Baru beberapa tapak aje Adam keluar dari lif, akhirnya Adam bertembung dengan ayahndanya. Mereka kini berhadapan antara satu sama lain.
" Ayahnda....Adam dah balik ni...ayahnda pergi mana tadi ? Baru sekarang Adam berjumpa dengan ayahnda..." sapa Adam teruja melihat Huzairie.
Namun Adam sedar akan perubahan riak wajah ayahndanya. Nampaknya Huzairie tengah moody sekarang. Tapi kenapa ? Ada masalah ke ?
" Ayahnda ? Kenapa ni ? Ada masalah ke ? " tanya Adam gugup.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...