Hari ni Damia ke sekolah seperti biasa. Heee sebelum ke sekolah dia sempat memberi arnab kesayangannya makan terlebih dahulu. Apa nama arnab yang diberikan oleh Damia ? Ermm setelah berfikir lama, akhirnya Damia memberi nama clara. Heeee comel kan ?
Di kelas, Damia hanya mencuri - curi memandang Adam yang duduk di tempat asal Ikhwan dulu.
" Hmmm dia ke yang datang semalam ? Bagi hadiah arnab tu ? Tapi macam mana dia boleh tahu birthday aku ? Tak ada seorang pun yang tahu birthday aku bila. Pastu arnab tu memang arnab tu aku teringin nak bela tapi aku tak berkesempatan lagi nak bela.." desis hati Damia.
Tiba - tiba Ikhwan menoleh ke arah Damia.
" Eh Damia ? Tengok apa tu ? Tengok saya ke ? " tanya Ikhwan cuba mengusik.
Damia tersentak. Seketika Adam juga menoleh ke arah Ikhwan dan Damia.
" Errr tak lah.." kata Damia gugup lalu memandang ke arah tingkap semula. Arghh dia malu. Hmmm pasti Adam akan ingat dirinya yang curi - curi pandang Adam. Masih berharap pada Adam.
Part of Adam.
Hmmm harap dia suka la hadiah tu. Nasib baik aku sempat beli balik arnab dekat mall tempoh hari. Mana aku tahu birthday dia ?Aku tahu sebab aku terbaca diari dia tempoh hari. Ingat lagi tak masa diari dia terjatuh dan aku simpan. Sebenarnya aku terbaca separuh diari dia. Tentang keinginannya yang nak kan seekor arnab pada hari lahirnya. Hmmm ya lelaki yang berpayung pada malam itu ialah Tengku Adam Hanafie. Sanggup Adam curi - curi keluar pada malam itu, semata - mata nak sampaikan hadiah untuk Damia.
Even Adam dah bertunang dan dalam proses untuk melupakan Damia namun dalam diam dia susah untuk lupakan Damia. Damia cinta keduanya selepas Anisa. Tak mudah untuk Adam berubah hati untuk tunangnya.
******
Adam duduk bersua muka dengan ayahndanya." Ayahnda.."
" Ya.." sahut Huzairie.
" Anaknda dah ikut apa kemahuan ayahnda. Anaknda harap lepas ni ayahnda jangan ugut - ugut lagi anaknda soal Damia. Anaknda tak mahu ayahnda ganggu kehidupan Damia. Kalau ayahnda apa - apa kan Damia, anaknda tak teragak - agak untuk batalkan pertunangan dengan Tengku Zalikha. " kata Adam serious.
Huzairie berfikir sejenak lalu mengangguk.
" Baik lah tapi andai saja ayahnda dapat tahu yang anaknda masih berhubungan dengan budak tu , ayahnda pun tak jamin apa yang akan jadi dekat budak tu.." balas Huzairie sinis.
Adam terdiam seketika lalu dia bangun dan meninggalkan ayahnda sendiri dia ruang tamu itu. Adam bergerak ke halaman belakang untuk mencari sedikit ketenangan.
Di halaman, Adam hanya sendiri. Melayan perasaan yang entah ke mana..
" Kenapa ? Kenapa aku tak boleh kejar kebahagiaan aku sendiri ? Kenapa perlu diatur ? " desis hati Adam sedih.
Adam kecewa dengan sikap ayahndanya. Entah lah kekadang tu Adam rasa macam nak lari aje dari kehidupannya ini. Dia nak hidup macam biasa. Nak jadi rakyat biasa. Tanpa ada penindasan , tanpa ada kongkongan dari sesiapa. Hidup aman dan hidup mengikut apa yang dia sendiri inginkan 😌
Adam mengeluh untuk yang kesekian kali. Lagi beberapa bulan aje dia akan bernikah. Mampu kah dia pikul tanggungjawab jadi suami orang diusia semuda ini ? Hmm entah lah , dia sendiri juga tidak yakin.
Harap apa yang dia buat ni memang betul - betul yang terbaik. Adam tak mahu menyesal di kemudian hari nanti.
" Eh Adam ? " sapa Aliya.
Adam sedikit tersentak dengan kehadiran Aliya yang muncul tiba - tiba.
" Eh bonda..bu..at apa dekat sini ? " tanya Adam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...