Sedang lena dibuai mimpi tiba - tiba Nadine disimbah dengan sebaldi air. Nadine terus terjaga dari tidurnya. Hmmm baru nak bangun lewat sebab tak boleh solat.
" Sedap kau tidur atas katil ?! " jerkah Arini.
Nadine agak terkejut. Dia juga sudah basah lencun dibuatnya.
" Kau bangun sekarang ! Oh dah kahwin berani ea kau tidur atas katil ni ! " kata Arini seraya menarik tubuh Nadine kuat bangun dari katilnya.
Ya Allah , tak habis - habis lagi ke ibu tiri aku ni ? Seketika Nadine memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Mana Adwa ?
" Hah kau cari apa tu ? " tanya Arini sinis.
Nadine memandang Arini pelik.
" Cari hero kau ke ? Hahaha dia tak ada ! Dah keluar dengan papa kau ! "
Hmmm patut lah ibu tiri aku ni dah berani tunjuk belang dia ! Rupa - rupanya Adwa tak ada.
" Kau bangun sekarang ! Jangan nak berlagak jadi mem besar dalam rumah ni ea ! Kau dengar sini , bila depan anak raja tu aku boleh belakon buat baik dengan kau tapi bila dia tak ada....aku boleh buat apa aje yang aku suka dekat kau ! " hambur Arini.
Nadine melepaskan nafas berat sambil meraup wajahnya yang ada sisa - sisa air simbahan tadi.
" Dah ! Kau pergi mandi sekarang ni ! "
Tangan Nadine direntap kuat ke hadapan sehingga tubuhnya terdorong mengikut langkah ibu tirinya Arini. Kenapa Nadine tak melawan ? Sebenarnya dia dah banyak kali melawan tapi hasilnya tetap sama ! Di ugut nak cederakan papa. Tak pun dideranya Nadine sepuas hati.
Sampai di hadapan pintu toilet. Nadine kaku. Arini hanya berdiri di belakang Nadine.
" Kau tercegat apa lagi ? Cepat lah masuk mandi ! "
" Ibu..." panggil Nadine. Ya walaupun Nadine selalu didera oleh Arini tetapi panggil ibu tidak pernah lekang dari bibirnya.
" Kau jangan panggil aku ibu lah ! Kau bukan anak aku ! "
" Kenapa ? Kenapa ibu benci sangat dekat Nadine ? Apa salah Nadine ? " kata Nadine sambil membelakangi Arini.
" Kau nak tahu apa salah kau ?! "
Nadine menahan debaran apabila mendengarkan suara ibu tirinya yang nyaring itu.
" Aku benci kau sebab....kau anak Wafa ! " kata Arini kuat seraya menolak tubuh Nadine kuat dari belakang akibat geram dan masih teringatkan arwah mama Nadine iaitu Wafa.
Dorongan itu agak kuat sehingga menyebabkan Nadine tersungkur ke dalam bilik air dan kepalanya terhantuk agak kuat pada singki yang ada di dalamnya.
Ya Allah, apa salah mama sampai ibu benci kan sangat ? dan sekarang , aku juga jadi mangsa.
Akhirnya Nadine terkulai pengsan di situ. Kelihatan cecair merah mulai mengalir di dahinya.
*****************
Silauan cahaya dari tingkap menyilaukan mata Nadine. Nadine membuka matanya perlahan - lahan. Seketika dia mengubah posisinya dari baring ke duduk.
Dilihat ke arah tingkap , kelihatan seseorang yang amat dia kenali sedang berdiri di situ. Seseorang yang amat dia rindui selama beberapa tahun ini.
" Mama ? " luah Nadine perlahan.
Wafa hanya tersenyum sayu di tingkap tersebut. Seketika Nadine bangun lalu melangkah ingin mendekati Wafa. Namun apabila dia hampir dekat dengan Wafa aje , bayangan Wafa mula hilang.
" Mama ! " teriak Nadine.
Namun sunyi. Tiada sahutan dari Wafa. Seketika Nadine menjenguk keluar tingkap. Dia terpandangkan tingkap bilik jiran sebelah. Memang tingkap jiran berhadapan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Smile Again Please ?
Roman d'amourFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...
