Bab 7

4.2K 403 29
                                        

Hari ni ada latihan bola keranjang yang dijalankan di padang utama sekolah. Semua pelajar yang bermain bola keranjang perlu berkumpul di padang sekolah. By the way Adam tak masuk kelab bola keranjang jugak ke?

Tak! Dia tak berminat dalam bola keranjang macam ayahndanya. Adam lain sikit. Dia lebih bermain badminton so dia join kelab badminton aje dekat sekolah baru ni.

Okay berbalik kepada cerita, ada sesetengah pelajar pergi ke padang sekolah semasa waktu rehat. Ya lah yang ramai pun budak perempuan. Sebab apa ramai? Sebab diaorang nak tengok abang - abang senior diaorang yang hot - hot main bola keranjang lah.

Dalam pelajar perempuan itu ada juga terselit Damia di situ? Eh Damia pun join? Ingatkan dia takkan tengok orang main bola keranjang? Dia pun ada terminat abang - abang senior jugak?

Tak lah. Damia hanya ingin mengisi masa yang terluang. Hmm dia malas nak pergi kantin sejak kejadian tertumpahnya nasi dekat baju Adam. Namun, Damia memang suka tengok orang main bola keranjang. Tambahan pula, dulu arwah Firdaus memang join team bola keranjang sekolah. So bila ada latihan macam ni, Damia selalu jadi penonton dan memberi semangat kepada Firdaus.

" Hmm Firdaus.. Kan best kalau awak masih ada dekat sini. Masih main dekat sini.. " desis hati Damia sedih.

Dalam beberapa minit macam tu, Damia bangun dan ingin beredar untuk pergi. Dalam diam, ada sepasang mata sedang memerhati dengan sinis.

Semasa Damia melangkah baru beberapa langkah saja tiba - tiba tangannya ditarik dan dia termasuk di dalam pelukan seseorang. Selepas dia dipeluk, seseorang itu mengubah posisi dengan Damia.

Bukkkkk! Bunyi bola keranjang tepat terkena pada belakang kepala orang yang memeluk Damia.

Damia tersentak! Semua orang yang berada di padang tika ini juga tersentak!

Seketika pelukan dileraikan. Damia mendongak memandang seseorang itu. Damia tergamam.

Adam?

Kelihatannya Adam memejamkan matanya. Merasa perit dan berdenyutnya kepala dia yang terkena bola keranjang agak kuat.

Seketika Adam membuka matanya perlahan - lahan..

" Awa...k.. Ok..ay..? " tanya Adam gugup.

Peluh juga mengalir di dahi Adam. Tetiba Adam melorot jatuh menyembah bumi lalu pengsan. Damia tergamam.

" Tengku Adam! "

" Tengku! "

" Tengku Adam! "

Semua pelajar berlari mendapatkan Tengku Adam yang jatuh pengsan tak sedarkan diri.

************

" Alahai macam mana lah abang Adam ni boleh pengsan pulak? Terkena bola keranjang pulak? Dia pegi padang buat apa ntah " bebel Humaiera di dalam bilik rawatan yang menempatkan Adam.

Adam masih tidak sedarkan diri.

" Diam boleh tak Maiera. Ni bilik rawatan. Haish asyik membebel aje. " kata Adwa.

Maiera mencebik.

" Hmm benda dah nak jadi, nak buat macam mana lagi? Hmm kejap lagi abang Adam sedar lah tu. Dah jom kita masuk kelas dulu. Nanti cikgu marah pulak " kata Adwa lagi.

" Habistu abang Adam takkan nak tinggal sorang - sorang? " tanya Humaiera risau. Bebel dia pun dia masih sayangkan abang Adamnya.

" Alaaa cikgu bertugas ada kat dalam kan? Dah - dah jom. Nanti kita tengok abang Adam lagi.. " kata Adwa seraya menarik Humaiera keluar.

Smile Again Please ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang