Seperti biasa Adam berjalan di belakang seorang diri. Adik - adiknya berjalan di hadapan. Adik - adiknya masih bermasam muka dengannya. Masih tidak puas hati dengan keputusannya barangkali.
Adam memang kena buat macam ni. Sebab ni aje yang dapat dia buat untuk jaga Damia. Semua ni pun disebabkan surat yang Adam jumpa tempoh hari.
Surat ? Apa isi kandungannya ? Tetiba dia teringatkan setiap isi kandungan surat tersebut.
Assalamualaikum wahai orang bertuah yang menemui surat ini !
Tak kesah lah yang jumpa surat ni lelaki atau perempuan. Saya Firdaus , hanya nak minta pertolongan sedikit saja. Tolong jagakan gadis di meja sebelah kiri tu ! Please jagakan dia untuk saya ! Buat dia happy ! Buat dia tersenyum selalu andai saya ditakdirkan pergi dahulu :) Terima kaseh atas pertolongan yang awak berikan. Hanya tuhan yang dapat membalas segala jasa baik awak.
Firdaus :)
Begitulah sedikit coretan yang tertulis di dalam surat tersebut. Hmmm begitu sayangnya Firdaus terhadap Damia. Sehinggakan dia titipkan pesanan dan amanah seperti itu. In shaa Allah Firdaus. Aku akan cuba buat dia happy. Aku akan cuba buat dia tersenyum semula.
Seketika macam biasa, Adam lalu di hadapan rumah Damia. Dia berhenti seketika. Matanya meliar mencari Damia. Namun tiada.
" Hmm dia dah pergi sekolah ke ? " desis hati Adam.
" Ehem - ehem " berdehem Adwa tiba - tiba.
Adam terus menoleh ke hadapan dan mula melangkah semula.
Di sekolah, Adam melangkah masuk ke dalam kelas macam biasa. Kelihatan Damia sudah duduk di tempatnya. Semasa Adam melangkah untuk ke tempatnya dia sempat menyapa Damia.
" Hai selamat pagi " tegur Adam.
Damia sedikit tersentak dengan sapaan Adam yang tiba - tiba itu. Damia hanya memandang kosong ke arah Adam.
Namun Adam , membalas itu dengan senyuman nipisnya. Walaupun nipis senyumannya namun dapat mencairkan hati para gadis pada saat itu 😂
Damia hanya mendiamkan diri seperti biasa.
" Selamat pagi dekat Damia aje ? Habis aku ni tak nak cakap selamat pagi jugak ke ? " tanya Ikhwan tiba - tiba.
Adam menoleh ke arah Ikhwan.
" Kau pun nak jugak ? Okay selamat pagi Ikhwan.." kata Adam.
Ikhwan tersengeh seperti biasa.
" Hahahahah mestilah nak. Siapa aje yang tak nak wish good morning dari anak raja ni kan ? " kata Ikhwan bersama usikan.
Adam hanya membiarkan kata - kata Ikhwan itu berlalu seperti angin. Beberapa minit kemudian cikgu Bahasa Melayu pun masuk ke dalam kelas. Kelas bermula seperti biasa.
********
Waktu rehat, Damia membeli makanan di kantin. Selepas itu, dia mencari tempat kosong. Hmmm macam biasa bila Damia cari tempat kosong untuk diduduk aje mesti akan ada pelajar yang buat - buat meja tu penuh lah. Pastu ada jugak yang terus beredar bila nampak Damia nak duduk tempat yang berdekatan dengan diaorang.
Hmmm semua ni jadi macam ni sejak kematian Firdaus. Semua orang tak nak kawan dengan Damia. Dia dianggap budak pembawa malang.
Seketika Damia mendapat tempat duduknya. Dia duduk dan mula untuk makan. Tetiba ada seseorang duduk di meja yang sama dan duduk secara berhadapan dengan Damia. Seketika Damia mengangkat wajahnya memandang orang itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/151203713-288-k713908.jpg)
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomanceFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...