Nadine hanya termenung jauh saja sejak terbangun dari tidur siang tadi. Terasa menyesal pulak dia tidur sampaikan termimpi semua tu. Ya Allah sungguh berat ujian darimu ini.
" Hmm semuanya mustahil untuk aku buktikan, orang yang ada bukti tu pun maybe dah meninggal... and semua ni disebabkan ibu tiri aku yang kejam tu... aku rasa bersalah sangat.. " desis hati Nadine sedih.
Tok ! Tok !
Pintu bilik Nadine diketuk. Nadine berpaling ke pintu biliknya. Haish siapa pulak yang nak kacau ni? Ibu tirinya ke? Kakak tirinya? Hantu?
Seketika ketukan pintu itu terhenti. Nadine buat tak peduli aje.
Namun selepas beberapa saat macam tu, pintu bilik Nadine diketuk semula. Haish bising! Rimas.
Nadine terus bangun dan melangkah untuk buka pintu bilik. Dia tak kesah sekarang ni sesiapa saja yang di hadapan pintu biliknya sekarang even hantu sekali pun. Hmmm orang dah lah serabut dia boleh pulak main ketuk-ketuk pintu. Ada juga yang makan penampar aku ni kang!
Pintu pantas aje dibuka oleh Nadine. Buka - buka saja pintu, tak sempat lagi Nadine nak membebel or kata apa - apa. Tubuhnya pantas dipeluk oleh orang yang di hadapan pintu itu. Nadine tersentak!
" Sayang ! I miss you... " kata Adwa.
Ya orang yang duk main ketuk-ketuk pintu tu Adwa. Suaminya sendiri.
Seketika Adwa meleraikan pelukannya. Dia menatap wajah Nadine yang jelas sekali masih terkejut dengan keberadaannya di situ.
" Heyyy... i'm here... " kata Adwa.
"H.. ow..? " soal Nadine tergagap.
Yalah.. macam tak percaya Adwa ada dekat sini.. macam mana kalau bukan Adwa ke? Hantu yang menyerupai Adwa ke? Seketika Adwa melangkah masuk ke dalam bilik Nadine lalu menutup pintu bilik. Yelah takkan nak berborak depan pintu aje kan ?
Memasing duduk di birai katil. Adwa seorang aje yang excited, tapi Nadine masih terkejut dengan kehadiran Adwa.
" Kenapa ni sayang ? Macam tak suka aje habib ada dekat sini ?" soal Adwa.
" Ehh bukan macam tu...tapi macam tak percaya aje yang awak ada dekat sini...bukan awak ada kelas padat ke hari ni ? Macam mana sempat datang sini ?" luah Nadine.
Adwa tersenyum nipis. Dia meraih tangan Nadine.
" Kelas saya hari ni ada yang cancle...sebab tu saya boleh balik sini cepat-cepat..lagipun hati saya tak tenang lah dekat sana...."jelas Adwa.
" Tak tenang ? Kenapa ?"
" Yelah...awak jauh dari saya...saya risau...sangat-sangat risau..lebih-lebih lagi bila tahu awak balik sini...ada mama tiri awak tu..."kata Adwa.
Nadine tersenyum kecil akhirnya. Alahaii sweet juga suami aku ni ea ? Risau sungguh dekat aku..
"Saya okay lah...setakat ni mama tak buat apa-apa lagi dekat saya....awak jangan lah risau sangat ya..."kata Nadine.
Adwa mengangguk.
" So macam mana dengan siasatan awak ? Dapat apa-apa information tak?"soal Adwa akhirnya.
Dengarkan saja pertanyaan Adwa itu, Nadine menunduk suram. Perasaan kecewa dan bersalahnya mula menjelma semula.
" Eh kenapa ni ?"
Nadine menggeleng.
" Mustahil...semuanya mustahil awak...."
Adwa terpinga. Apa yang mustahil ?
YOU ARE READING
Smile Again Please ?
RomansFirst author suggest kpd pembaca sebelum nak baca cerita ni a.k.a buku ke 2, baca terlebih dahulu buku cerita pertamanya yang bertajuk " Mr. Sweet Tu Aku Punya ! " ? Buku ini merupakan sambungan daripada buku cerita Mr. Sweet Tu Aku Punya ! Kisah...